AIR BUSUK

528 7 5
                                    

Aku diumumkan menjadi Ketua Asrama kembali mengambil jawatan yang sebelum ini disandang secara sementara oleh Fakhrul.Aminul pula dilantik sebagai Ketua Pelajar yang baru menggantikan Helmi yang dipecat.Jawatan Aminul sebagai Timb Ketua Pelajar akan disandang oleh Raden.Penguguman itu dibuat khas ketika perhimpunan pagi.Fakhrul mengucapkan tahniah di atas perlantikkan semulaku dalam jawatan tersebut.Reaksi para pelajar yang majoritinya adalah penghuni asrama disambut dengan baik ketika tuan pengetua membuat penguguman tersebut.

Dari awal lagi aku katakan bahawa aku tidak berminat dengan sebarang jawatan sama ada di sekolah mahupun di asrama.Aku juga sudah mempunyai kes dan telah juga mendapat hukuman yang amat berat sebelum ini,dan aku berasakan diriku tidak layak sebenarnya.Aku menemui pengetua dan ketua warden dan memberikan alasanku,tetapi mereka meminta aku melupakan hasratku.Akhirnya aku terpaksa akur.Aku juga telah memberitahu Fakhrul untuk memulakan kembali peraturan dan perancangan yang kami rangka sebelum ini dan dia menyambut baik cadanganku.

Helmi dan Irfan yang mendengar penguguman itu hanya mendiamkan diri sahaja.Sudah pasti tiada apa perkara yang mampu mereka lakukan lagi.Sudah pasti pemilihan Wafi sebagai Ketua Asrama berdasarkan popularitinya di kalangan penghuni asrama.Tambahan pula dia bukanlah jenis yang suka menghukum dan membuli juniornya tanpa sebab.Wafi bukanlah jenis yang suka bercakap atau mengumpulkan penghuni asrama,jika ada sebarang arahan atau makluman,sudah pasti Fakhrul akan ke hadapan bagi pihak Wafi.
--------------------------------------------------------------
Naufal memegang punggungnya yang masih sakit dan pedih.Dia tidak pasti apa puncanya,tetapi dia mengalami masalah untuk membuang air besar dan punggungnya sentiasa berdarah.Sudah dia adukan kepada Irfan,tapi Irfan hanya memberi jawapan bahawa itu adalah kesan ubat yang ditelannya tempoh hari.

Sakit yang dirasainya bukan biasa-biasa.Kadang-kadang airmatanya mengalir menahan kesakitan tersebut.Pernah juga ahli dormnya seperti Ashraff dan Raden bertanya mengapa dia menangis,namun dia memberi alasan dia sangat merindui keluarganya.

Petang ini dia mahu menemui kakaknya untuk mengadukan perkara ini,mungkin Azmira boleh membantu.Dia perlu menyusun ayat sebelum menemui kakaknya nanti.Safuan pula yang kebetulan mengetahui perkara tersebut mengadukan perkara ini kepada Irfan.Jika tidak rahsia mereka akan terbongkar.Safuan juga sebenarnya ada meliwat Naufal ketika penghuni asrama tingkatan 1 itu masih tidak sedarkan diri di bilik rawatan.

"Kau nak ke mana petang ni?", tanya Irfan ketika menemui Naufal di biliknya.

"Jumpa kakak saya bang,kenapa?", jawab Naufal kehairanan.

"Kau nak mengadu apa kat dia? Mengadu pasal bontot kau sakit?", soal Irfan lagi dengan suara yang kasar.

"Haah bang.Mana tahu dia ada ubat", jawab Naufal jujur.

"Kau dah besar,takkan benda macam ni kau nak mengadu,tak payah.Esok lusa okay la sakit tu", Kata Irfan seolah memujuk.

Meskipun Naufal memberikan pelbagai alasan,Irfan tetap memujuknya dan berkata tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan.Untuk menambahkan rasa bimbang dan risau pada Naufal,Irfan mengatakan selepas ini dia tidak akan membantu dirinya lagi jika dalam kesakitan.Akhirnya Naufal akur dan membatalkan hasratnya untuk bertemu kakaknya,Azmira.
--------------------------------------------------------------
Aku sedang menyemak cadangan lantikan Timb Biro Asrama yang bakal dilantik dalam kalangan pelajar tingkatan 4.Ketika ini aku bersama Fakhrul,Ahmad Khairi dan yang lain sedang berada sedang bertukar pandangan dan pendapat tentang senarai nama yang dicalonkan,hanya Irfan sahaja yang tidak hadir.Selain daripada nama Ashraff,nama Shazuan juga dalam senarai pencalonan.Meskipun aku akui hubunganku dengan dia tegang,tapi aku perlulah bersikap profesional bagi hal seperti ini dan peribadi.

Setelah kami berpuas hati dengan pendapat dan pandangan ketika mensyuarat,kami bersetuju untuk menyerahkan senarai nama pelapis kepada ketua warden esok bagi dipertimbangkan oleh pihak pengurusan asrama dan sekolah.Aku berharap calon yang terpilih nanti mampu memikul tugas dan membantu kami semua pada tahun ini disamping menimba pengalaman dengan kami.

Naufal tidak dapat lagi menahan kesakitannya.Sudah hampir 1 minggu dia tidak dapat membuang air besar.Air najisnya yang berbau busuk mula menusuk lubang hidungnya dan dia dapat merasai air tersebut membasahi seluar yang disarungnya.Lama kelamaan bau itu dapat dihidu oleh ahli biliknya dan mereka mula mencari punca bau busuk tersebut.Aniq kemudian menyedari wajah pucat Naufal yang mula meritih kesakitan.Dia kemudian menarik selimut Naufal dan melihat ada air dan kesan darah di atas tilam adik Azmira itu.Segera dia mengarahkan Daus untuk memanggil Raden atau mana-mana pelajar tingkatan 5 yang lain untuk meminta bantuan.

ASRAMA 2009Where stories live. Discover now