Aku menanti kehadiran Uncle Adnan untuk datang menjemputku.Aku tidak boleh balik menaiki motor atau bas kerana barang peribadiku amat banyak.Hendak aku tinggalkan sahaja di sini sayang pula,sekurangnya barang yang aku bawa pulang ini boleh Shazuan guna pada tahun depan.
Hari ini merupakan hari terakhir aku berada di sekolah ini selepas 2 tahun. Semalam merupakan subjek terakhir dalam peperiksaan SPM.Pengurusan sekolah dan asrama pula memberi ruang kepada kami semua untuk menginap di asrama bagi 1 malam lagi.
Malam tadi semua pelajar tingkatan 5 berkumpul,ada sedikit jamuan kecil kecilan dibuat oleh Cikgu Amin untuk meraikan kami.Permulaan jamuan malam tadi cukup ceria,masing-masing bergurau di antara satu sama lain. Entah mengapa secara tiba-tiba suasana yang ceria itu bertukar menjadi muram.Beberapa kawan wanitaku mula memeluk sesama mereka dan menangis.
Situasi itu juga terjadi kepada kami pelajar lelaki.Amirrul terlebih dahulu mengalir airmata dan begitu dengan yang lain.Aku pula merupakan seorang lelaki yang ego,aku tidak mahu diriku terperangkap dengan emosi.Aku berlakon seperti biasa sahaja seperti tiada apa yang terjadi.
Lewat juga aku dan kawanku semuanya tidur. Dalam jam 2 pagi baru kami semuanya beransur pulang ke asrama.Kami turut mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Amin diatas kesudiaannya mengadakan jamuan ini untuk kami semua.Meskipun jamuan ini hanyalah jamuan kecil,ianya cukup bermakna bagi kami semua.Pada malam ini kami semua tidur bersama sama diatas tilam yang diletakkan di atas lantai.Ada yang masih leka berborak dan ada juga yang sudah dibuai mimpi indah.
Ketika makan tengahari,makcik kantin yang kami panggil Mak menahan sebak apabila melihat kehadiran kami di sini buat kali terakhir.Buat pertama kalinya kami menikmati makanan tengahari tanpa sebarang bunyi.Masing-masing mendiamkan diri.Aku dan beberapa kawanku yang lain mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal buat Mak,airmata mereka berguguran.
Semakin dekat jarak kami dengan asrama,semakin berat langkah kaki kami semua.Di perkarangan asrama kelihatan beberapa kenderaan milik ibubapa dan penjaga menunggu anak mereka.Syed terlebih awal mengucapkan selamat tinggal kepada kami semua.Aku meneruskan langkahku dengan menaiki bilik di tingkat atas.
Fakhrul sibuk mengemas barang peribadi dan memasukkannya ke dalan beg.Dia memalingkan wajahnya ke arahku apabila aku masuk.Ternyata dia menahan kesedihan yang teramat sangat untuknya.Aku terus berjalan dan mengambil barangku.Dalam masa yang sama aku duduk sebentar di katil sementara menunggu Fakhrul bersiap.
Aku dan Fakhrul berdua menuruni tangga ke aras bawah.Hatiku semakin berdebar.Dari atas tadi aku dapat melihat kereta Uncle Adnan telah pun tiba di perkarangan sekolah.
"Bang,nak Wan angkatkan tak barang abang ni?", tanya Shazuan semasa aku terserempak dengannya di tangga.
"Haa boleh jugak," jawabku ringkas.
Aku dan Fakhrul kemudian melepak sebentar di pangkin bersama kawan kawanku yang lain seperti ZulFakar dan Raden.Meskipun kami bersembang,tetapi perbualan kami semua tidak serancak sebelum ini. Jelas di wajah masing-masing sedang menahan sebak.Seorang demi seorang kawanku bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal.Air mataku mula bertakung di kelopak mataku.Sedaya upaya aku menahan agar airmataku tidak membasahi pipiku.
Shazuan mula menghampiriku dan dia memberitahuku sekiranya tiada apa-apa lagi,Uncle Adnan mahu bertolak ke rumah sekarang.Aku hanya mengangguk faham dan merenung wajah setiap kawan-kawanku di sini. Aku bersalaman dan berpelukan bersama mereka semua.Orang yang terakhir aku bersalaman pastilah Fakhrul.Dialah rakan baikku selama berada di sekolah ini.Aku sendiri dapat merasai basahnya airmata milik Fakhrul apabila dia memelukku.
"Jumpa lagi Fi.Kau jangan lupakan aku eh", pesan Fakhrul dengan suara yang serak ketika memelukku.Aku mengusap belakang badannya agar dia kembali tenang.Aku mula melangkah ke arah kereta Uncle Adnan sambil ditemani oleh Shazuan.Dia tidak bercakap apa pun,mungkin dia tahu aku manahan sebak di dadaku.
Aku memberi lambaian akhir kepada semua rakan-rakanku di sini.Kenderaan yang dipandu Uncle Adnan mula meninggalkan perkarangan sekolah.Selepas 10 tahun aku berada di zaman persekolahan, akhirnya pada hari ini zaman itu telah pun berakhir.
Dalam perjalanan pulang ke Rembau, banyak memori dan kenangan yang berada di ingatanku.Segala pahit manis kehidupan di asrama dari sekolah lamaku di Rembau dan di Melaka ini akab terus segar difikiranku.Aku mula terbayang dan teringat akan semua kenanganku bersama kawan-kawanku di sini dan dalam tidak sedar,akhirnya airmataku mengalir di pipi.
YOU ARE READING
ASRAMA 2009
Storie d'amoreKONFLIK BERLAKU PADA DIRIKU DAN BEBERAPA ORANG KAWAN SETINGKATAN BERKAITAN JAWATAN KEPIMPINAN ASRAMA. TAHUN TERAKHIR AKU BERADA DI ASRAMA SELAMA 5 TAHUN. DIINSPIRASIKAN DARI SEBUAH KISAH BENAR.