KHALWAT

1.3K 9 0
                                    

Aku melangkah menuju ke dewan untuk sarapan pagi bersama kawan-kawanku.Fakhrul memberitahuku dia telah memulangkan semua duit yang dikutip Akmal kepada penghuni asrama yang telah membayarnya.Hatiku senang apabila Fakhrul memaklumkan perkara itu kepadaku,sekurangnya aku masih membantu penghuni asrama junior meskipun aku bukanlah Ketua Asrama lagi.

Wajah Shahzreen jelas tidak berpuas hati apabila melihatku ketika ini.Dia memandang wajahku dengan penuh api kemarahan.Aku tersenyum sahaja kepadanya seolah mengejeknya.
Fakhrul seolah memberi insyarat kepadaku supaya mengabaikan tenungan tajam Shahzreen ketika ini.
Helmi dan Irfan juga sebenarnya amat marah kepada Wafi apabila Shahzreen mengadu perkara itu kepada mereka berdua.Jika diikutkan perancangan asal mereka,wang tersebut akan dibahagikan bertiga sesama mereka.

"Wafi,aku ingat kau tak payah la cari pasal dengan diorang lagi lepas ni", pesan Fakhrul kepadaku ketika kami berada di dalam kelas.

"Aku tak buat apa pun kat dorang", jawabku ringkas.Sebenarnya aku tidak menduga Fakhrul akan membuka topik ini.

"Aku taknaklah perbuatan kau ni menyusahkan diri kau kemudian hari,lagipun benda macam ni boleh je selesaikan dengan baik", jawab Fakhrul lagi.

"Aku cuma buat apa yang aku rasa betul.Lagipun aku rasa takde salah aku buat,aku just pulangkan balik duit orang.Bukannya aku ambik duit tu", jawabku mempertahankan tindakanku sebelum ini.

Fakhrul menghela nafas panjang.Dia tidak tahu bagaimana mahu membuat Wafi faham.Dia tidak menafikan apa yang dibuat oleh rakannya itu adalah tindakan yang betul.Tetapi tindakan Wafi yang secara terang terangan menentang Helmi dan rakan rakanya itu yang dibimbangi olehnya.

Helmi ketika ini melangkah kaki menuju ke koperasi untuk membeli alat tulis.Dalam masa yang sama dia masih berfikir bagaimanakah cara yang sesuai untuk menasihati Wafi,dan dalam masa yang sama untuk mewujudkan suasana yang harmoni di asrama seperti dulu.Bukanlah dia takut untuk menentang Helmi,tetapi dia sedar dia tidak akan mampu menentang seorang diri.Tingkahlaku Helmi yang buruk itu mula mempengaruhi sebilangan besar penghuni asrama yang lain,kerana itu dia perlu bertindak sebelum keadaan bertambah buruk.

"Weh Fakhrul,teman aku kejap", kata Aminul apabila mereka terserempak di kawasan berhampiran.

"Nak ke mana?", soal Fakhrul pula.

"Ustaz Majid panggil tadi.Ada pelajar buat kes.Aku cari Helmi kat asrama,tapi dia tak boleh nak join pulak", jawab Aminul.

"Aik,apa dia buat kat asrama tu sampai tak boleh join?", soal Fakhrul ringkas.

"Hisap gam lah.Takkan lalok macam tu nak datang.Dia dengan 2 orang member dia tu", jawab Aminul.

"Maknanya pasal kes Helmi ke ni?", soal Fakhrul lagi.

"Bukan,pasal lain sebab tu lah aku ajak kau teman", jawab Aminul lagi lalu menarik tangan Fakhrul kerana mahu bergerak dengan segera.

Ketika mereka berdua sampai di pejabat guru disiplin,Nurul dan beberapa biro sekolah wanita sudah pun berada di situ sambil menenangkan Azmira,kekasih Wafi yang menangis teresak esak.Fakhrul mula bimbang apakah Wafi ada melakukan apa-apa perkara kepada Azmira,memandangkan mereka sudah lama tidak berjumpa.Kemudian Ustaz Majid keluar dari biliknya dengan muka yang merah padam.

"Pengawal keselamatan dan Cikgu Masyitah menangkap pasangan pelajar yang didapati berkhalwat selepas makan tengahari di makmal sains sekolah.Jadi saya panggil kamu semua ke mari untuk membantu saya mengambil keterangan dari pelajar terlibat." Kata Ustaz Majid dengan suara yang amat tinggi.

Terkejut Fakhrul mendengar perkara itu.Tidak silap Wafi ada sahaja bersamanya tadi selepas waktu makan tengahari.Masa bila pula Azmira dan Wafi ada bertemu fikirnya.

"Siapa yang kena tangkap tu Ustaz?", soal Aminul.

"Shazuan dan Azmira.Keduanya pelajar tingkatan 4", jawab Ustaz Majid ringkas.
--------------------------------------------------------------
Latihan sekolah yang diberikan guruku pagi tadi sudah aku selesaikan.Aku sebenarnya masih menanti kepulangan Fakhrul yang sudah lama berada di koperasi.Jam sudah menunjukkan pukul 4.15 petang,mungkin dia ada urusan penting dan terus pulang ke asrama.Atau sebenarnya dia terasa hati dengan sikapku sebentar tadi ketika kami membahaskan tentang Shazreen.
Raden ada mengajakku untuk bermain bola pada petang ini.Aku bersetuju lagipun aku sebenarnya pantang dicabar.Ada juga aku bertanyakan Raden tentang keberadaan Fakhrul,tetapi dia sendiri tidak tahu.Aku mula mengemas mejaku dan bersiap untuk kembali ke asrama kerana waktu prep akan tamat sebentar sahaja lagi.

Aku berjalan keluar dari kelas,dan ketika aku melalui blok pentadbiran sekolah,begitu ramai yang memandangku.Aku hanya melemparkan senyuman sahaja kerana memang begitu caraku.Hampir kesemua pelajar ting 4 lelaki dan wanita sedang berkumpul dan bercakap sesama mereka ketika ini.Kelihatan juga kelibat Fakhrul sedang berbual dengan Ashraff.
Dekat sini rupanya dia,aku menghampirinya yang sedang rancak bersembang.

"Kat sini kau,punya lama aku tunggu kat kelas.Kau cakap kau pegi koperasi,apa kau buat punya lama lagi?", soalku kepada Fakhrul yang terkejut melihat kehadiranku.

"Ouh tadi aku ada hal,teman Aminul.Kau dah tahu ke belum?", soal Fakhrul kepadaku.

"Tahu pasal apa pulak?", soalku kembali dengan penuh pertanyaan yang bermain di fikiran.

ASRAMA 2009Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang