HANDPHONE

617 8 3
                                        

Aku betul-betul menikmati waktu terluang ketika ini.Benar kata Fakhrul, sekali sekala aku perlu merehatkan diri,setelah hampir 3 minggu,lusa merupakan kertas SPM yang terakhir. Selepas itu zaman persekolahanku bakal berakhir dan pengembaraan kehidupan baruku bakal bermula.
Entah ke mana kawan-kawanku yang lain,mungkin mereka bersiar siar di sekitar bandar.Maklumlah,hanya kami sahaja yang tinggal ketika ini.Cikgu Amin selaku warden yang bertugas juga seolah tidak menghiraukan kami.

Ada juga aku merayau mencari Fakhrul tadi,tetapi dia tiada di sekitar asrama. Aku yakin dia juga ketika ini berada di luar berjalan jalan bersama Raden dan kawan kawanku yang lain.Aku ingat sebentar lagi aku mahu ke gym,dengan segera aku menukar pakaianku dan bergerak menuju ke sana.

Kelihatan jelas peluh jantan milikku menitik ke lantai,meskipun aircond dipasang di sini,peluh jantanku mengalir juga.Inilah kenikmatan sebenar apabila bermain gym.Jika lemak yang terkumpul sudah pecah,sudah pasti berpeluh seluruh badan.Aku mengambil masa untuk berehat seketika di gym sambil merasai kesejukan aircond yang terpasang.Aku pasti pada tahun depan Shazuan pasti akan kerap berada di sini.

Sedang aku mengelap peluh ditubuhku, pintu gym dibuka.Terkejut aku apabila Nurul tiba-tiba menerpa masuk ke dalam bilik ini.Aku yang ketika itu tidak berbaju segera memakai kembali bajuku yang masih berpeluh.Melihat tindakanku sebegitu,Nurul hanya ketawa sahaja.

"Kau ni asal Nurul tiba-tiba datang sini, nampak orang lain mampus kita." Jerkahku kepada Nurul.Sememangnya tindakan Nurul hadir ke sini membuatku jiwaku tidak tenteram.

"Rileks je la Wafi.Tak ada orang pun.Wafi pun tak payah la gelabah sangat.Kecoh la dia ni", kata Nurul tersenyum.Sememangnya dia tidak lut dengan jerkahan dariku.Bukan baru sekali dia dimarahi begini,aku rasa sudah banyak kali.Tetapi dia tidak pernah peduli.

"Kau tu perempuan Nurul.Aku ni lelaki. Mestilah aku risau.Kalau Cikgu Amin tiba-tiba naik sini habis kita kena sekolah nanti." Terangku lagi.

"Cikgu Amin tak adalah Wafi.Dia balik kampung.Lusa baru ada sini balik.Chill lah,takde sape-sape pun kat sini", jawab Nurul lagi.

"Masalahnya tu bukan lesen untuk kau datang sini sesuka hati Nurul.Kang kalau kita kena tangkap khalwat susah nanti", jelasku lagi pada Nurul.Aku tidak mahu mengikuti jejak langkah Nizam yang kantoi berkhalwat ketika kami dalam tingkatan 3 semasa di sekolah lamaku dulu.

"Nurul nak mintak tolong ni.Nurul punya handphone terjatuh kat dalam tandas hujung tu." Kata Nurul lagi.

Aku tidak pasti sama ada Nurul bergurau atau tidak,tapi aku terpaksa bersetuju dengan permintaan Nurul.Lagi cepat aku setuju,lagi lekas kami berdua keluar dari bilik ini sebelum ada sesiapa yang datang ke sini.

"Haa jomlah cepat", kataku.Nurul hanya memandangku dengan penuh senyuman.Tandas yang dimaksudkan  Nurul terletak di hujung kawasan gym ini.Jarang sangat pelajar menggunakan tandas di situ kerana tiada akses seperti tangga untuk menuruni tingkat bawah. Jika ada pun,tandas itu digunakan olehku untuk merokok.Di sebelah tandas tersebut merupakan bekas bilik kaunseling yang kini dijadikan stor menyimpan fail pelajar.

Sedang aku menyeluk tanganku ke dalam tandas yang dimaksudkan Nurul, secara tiba-tiba aku mendengar jeritan yang kuat dari bilik sebelah.Risau jika terjadi apa-apa dengan segera aku meluru masuk ke dalam bilik tersebut.
Tetapi tiada kelibat Nurul kelihatan.Keadaan dalam bilik ini cukup sejuk dengan aircond telahpun dibuka.Tiba-tiba aku mendengar pintu masukku tadi telah terkunci.

Aku menoleh ke belakang dan aku melihat Nurul hanya tersenyum.Aku sebenarnya tidak berapa faham apa yang terjadi sebenarnya,sebentar tadi dia meminta bantuanku mengambil handphonenya,kini dia mengunci diri kami berdua di dalam bilik ini.Perkara ini benar-benar membuatkan aku berasa amat marah.

"Kau ni nak apa Nurul? Kau janganlah main-main.Handphone kau sebenarnya jatuh ke tidak?", soalku kepada Nurul dengan nada yang agak keras.

"Janganlah marah Wafi.Kita berdua je dalam bilik ni.Kalau Wafi nak keluar boleh,tapi ambillah kunci kat dalam ni", kata Nurul.Dia menyimpan kunci pintu di dalam colinya.

Aku ketika itu cukup tergamam,tidak pasti apa yang harus aku lakukan.Jika aku tidak mengambil kunci tersebut,aku akan terkurung di sini bersama dia.Jika aku mengambil kunci tersebut,aku perlu pula membuka bajunya.Akhirnya aku sedar diriku diperangkap.

"Nurul,aku rayu sangat kau janganlah buat macam ni.Kalau kena tangkap habis kita", Rayuku kepada Nurul.

"Dulu kat dalam van boleh je,takkan sekarang tak boleh?", soal Nurul lagi.

"Itu kisah lama.Lagipun kau yang paksa.Bukannya aku yang nak", Kataku lagi kepada Nurul.Hatiku kini cukup berdebar bimbang jika kami berdua tertangkap dalam bilik ini.

ASRAMA 2009Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang