" Ayah ! Elvin TAKNAK ayah ! Kenapa ayah buat Elvin macam ni ?! " Aku menghamburkan kata-kata itu kepada ayah sambil memeluk kakinya.
" Kau tetap kena pergi , Elvin ! Ini masa depan kau ! " Balas ayah dengan nada suaranya tinggi. Dia langsung tidak memandang wajahku yang sedang merayu.
" Apa ayah cakap ni ?! Ayah tak sayangkan anak ayah ke ?! Elvin ni anak ayah tau ! Ayah lupa ke ?! " Jeritku. Kini aku tidak lagi memeluk kakinya. Aku mula rasa membahang dengan sikap orang tua ini. Aku bangun dan berdiri di hadapan dia. Jelas air mata mengalir di pipi ayah. Aku tahu dia tidak sanggup membuat keputusan ini. Tetapi keadaan yang memaksa.
" Ayah sayangkan kau nak. Sebab tu ayah buat kau macam ini. Tolonglah dengar cakap aku ini. Aku membesarkan kau, kau kena ingat, Elvin." Kata ayah dengan lembut tetapi dia mula tidak memandang wajahku. Aku tahu dia cuba mengelak raut wajahku yang meminta rayuan.
" Abang, tolonglah jangan buat macam ini, kat anak kita bang." Suara itu, kami spontan menoleh ke arah ibu yang sedang terlentang sakit di atas tilam nipis itu.
" Keputusan aku muktamad. Tak ada sesiapa yang boleh halang. Aku ketua dalam keluarga ini. Kau orang berdua kena ingat." Kata ayah, dia tidak meninggikan suaranya tetapi, aku tahu suaranya kedengaran tegas dan dia mahu aku, mengikut keputusan bodoh dia.
" Hah !? Ayah sanggup, tengok anak ayah menderita? Ayah sanggup ? Ayah dah gila ke ?! Mental ayah dah rosak ke ?! Hah ! " Aku tidak sengaja meninggikan suara kepada orang tuaku. Mana mungkin aku boleh bersabar dengan situasi ini.
Pang !
Satu tamparan padu hinggap di pipi kiriku menyebabkan aku terteleng dan terjatuh duduk. Tamparan ayah ? Sudah biasa aku rasa. Sehinggakan aku rasa tamparan itulah wajib hinggap dipipiku.
" Kau jangan biadap Elvina Rossana ! Selama ni aku yang bagi duit belanja. Aku yang bagi kau makan . Aku yang didik kau ! " Marah ayah, lalu dia mencangkung di hadapanku sambil memegang kuat rahangku untuk memandang dia.
" Hah ? Duit belanja ? Duit tu halal ke ? Jangan ingat, Elvin tak tahu, duit itu hasil ayah berjudi ! " Dengan berani aku menegakkan kebenaran apa yang ayah sudah lakukan di belakang kami. Selama ini aku hanya diam. Sebab aku tak tahu, apa yang akan jadi kalau ayah dapat tahu, aku mengetahui perkara jijik yang dia lakukan selama ini.
Pang !
Ya ini tamparan kedua yang hinggap di pipiku. Aku membiarkan sakit pedihnya pada pipi kiri ini. Aku hanya memikirkan bagaimana untuk menentang keputusan ayah.
" Abang ! Berhenti bang ! Sakit anak kita tu. Abang dah gila ke ? " Ibu yang sedang sakit, mula bersuara. Aku tahu, ibu tidak sanggup menarikku di dalam pelukannya, kerana seluruh tubuh badan kini lumpuh akibat ayah.
Ayah mula berdiri dia menghampiri ibuku. Aku hanya berdoa agar ayah tidak memukul ibu. Aku lihat ayah sedang marah,dia duduk di atas tilam itu, pandangan menusuk pada mata ibu. Yang aku dapat lihat, mata ibu jelas ketakutan. Mana mungkin ibu boleh melawan ?
Aku terkejut dengan kelakuan ayah, dia mencengkam leher ibu. Aku terus bangun dan menarik badan ayah. Aku lihat ibu seperti kurang pernafasan. Tenaga wanitaku tidak mampu melawan ayah. Walaupun aku tahu, ia tak akan berjaya tetapi, aku sedaya upaya menghalang perbuatan kejam orang tua ini.
" BERHENTI AYAH ! AYAH NAK MASUK PENJARA KE ?" Aku menjerit kepada ayah lalu aku menolak tubuh badannya dengan kuat, spontan pegangan dari leher ibu juga terlepas dan ayah terduduk.
Ayah tidak berkata apa-apa, jelas sekali dia terkejut perbuatan aku yang melampau ini. Dia berdiri di hadapanku, jelas mukanya bertukar merah.
Badan ayah mula menggeletar, dia terus mengepal jarinya lalu dia menumbuk pada wajahku. Sekali lagi, aku terjatuh duduk, menahan pedih pada bibirku. Cecair yang berwarna merah mula mengalir. Aku mengelap dengan tanganku.
YOU ARE READING
GIBRAN XAYDEN'S [ 1 ] [ HIATUS]
RomanceGIBRAN XAYDEN & ELVINA ROSSANA Pertemuan yang tak diduga, pada awalnya lelaki yang bernama Gibran itu, hanya mahu membantu gadis tersebut yang hampir dijual oleh bapa kandung. Takdir yang tertulis buat mereka, tidak sangka mereka bakal naik pelamin...