" Yang mana tunang kau, Elvina?" Tanya Aqilah lalu dia melabuhkan punggung di atas sofa.
" Yang paling tinggi, pakai kemeja colour purple gelap tadi." Jawabku sambil mengunci pintu rumah, kemudian melabuhkan punggung di sebelah Aqilah.
" Perghhh !!! Serious lah weh? Tu tunang kau?" Hampir tersembur air di dalam mulutnya, dia memandang aku tidak percaya.
" Serious, dia tunang aku." Jawab aku, kemudian aku mengambil bantal sofa untuk dipeluk.
" Bapaklah weh ! Mana kau cari nyah? Macam lelaki dalam novel pulak ." Tanya dia dengan serius ingin tahu.
" Aku pun tak cari , Qilah. Dia yang datang. Allah hantarkan dia untuk aku." Jawabku lalu aku menyiarkan mata sebelah ke arah dia.
Dia menjuihkan bibir.
" Acah lah kau. Bagilah tahu."
" Ya Allah, Qilah. Betullah, aku tak cari pun."
" Hm kau tipu aku kan?" Dia masih berdegil mahukan jawapan dari aku.
Betullah kan? Bukan aku yang cari, tapi dia yang datang nak tolong aku, tup tup dah nak kawin pun.
Aku ambil nafas terlebih dahulu sebelum berbicara dengan manusia disebelah aku ini.
" Betul, Qilah. Aku tak cari, tapi Allah hantarkan dia untuk bantu aku, dalam keadaan aku hampir-" kata-kataku terhenti seketika. Perlu ke aku bagitahu dia? Sedangkan baru sehari kami berkawan. Tak pasal-pasal dia pandang aku jijik pula.
" Hampir ? Hampir apa weh ?! Kau hampir nak kena culik ke?" Kini dia betul-betul serius memandang aku, dia tegakkan badan menghadap aku seraya mendesak untuk menyambung ayat itu.
Aku diam seketika. Culik ? Entahlah, aku rasa tak pun cuma ayah sendiri nak jual. Usahlah, Elvina kau nak cerita semua kisah silam kau, Aqilah pun baru sehari kenal kau.
" Tak ada apalah, dia datang tolong aku je." Aku mengelak. Dia terus buat muka.
" Ish ! Kau ni." Dia mula muncung bibirnya, dah macam itik. Terus aku teringat sewaktu aku berbual dengan Gibran di balkoni tiga bulan lepas. Aku dulu pun suka muncungkan bibir, Gibran pula tak habiskan kutuk aku, dia samakan aku dengan itik. Hampeh !
" Hahahaha betullah. Kau ni boleh tak? Jangan muncungkan mulut kau tu, dah macam itik." Ujarku seraya aku ketawa kuat.
" Ish kah ni kan. Ugh." Aqilah mula merajuk dia baling bantal sofa ini ke arah mukaku lalu ketawa aku automatik terhenti.
" Ala marajuk ke ni?" Pujuk aku.
" Diamlah."
" Okay, sorry. Aku saja je lah nak bergurau dengan kau. Janganlah ambil hati aduh kau ni."
" Esok, kau pergi beli barang sorang-sorang aku tak nak teman." Aqilah mula bangun dan menapak ke tangga kakinya dihentak kuat tanda protes.
Aku gelengkan kepala cuba menahan senyum dengan gelagat dia, dah macam budak-budak kecil pula dia ni.
...
Pagi yang hening, aku buka langsir tingkap bilik, Cahaya dari matahari mula memancar ke dalam ruang bilikku, Aku bernasib baik kelas dijadualkan pada waktu petang.
Tujuan hari ini, aku mahu pergi kedai membeli barang keperluan yang masih tidak lengkap. Aku sarungkan baju cardigan berwarna hitam dan tudung bawal sudah terletak kemas di atas kepala. Aku betulkan owning tudung terlebih dahulu.
Aku memulas tombol pintu bilik tersebut dan menapak ke anak tangga untuk turun. Bayangan Aqilah, aku langsung tak nampak. Mungkin, dia ada hal, atau dia masih merajuk dengan aku? Aku biarkan sahaja, terus berjalan ke luar rumah. Sandal dipakai kemudian, aku hidupkan motor skuter elektrik ini.
YOU ARE READING
GIBRAN XAYDEN'S [ 1 ] [ HIATUS]
RomanceGIBRAN XAYDEN & ELVINA ROSSANA Pertemuan yang tak diduga, pada awalnya lelaki yang bernama Gibran itu, hanya mahu membantu gadis tersebut yang hampir dijual oleh bapa kandung. Takdir yang tertulis buat mereka, tidak sangka mereka bakal naik pelamin...