" Clarissa. Bangunlah. Dah lama awak tidur. Saya rindu nak gosip dengan awak. Gelak ketawa awak. Semua pasal awak, Clarissa. Saya rindu." Rintihku sambil memegang erat jari Clarissa yang sedang terlantar di atas katil hospital.
Melihat raut wajahnya jelas pucat serta bibirnya juga. Sudah empat bulan, dia masih koma tidak sedarkan diri.
Ruangan wad ini, sunyi sepi. Hanya aku dan Clarissa sahaja berada di dalam wad ini. Hanya , Mesin Defibrillator sahaja, berbunyi .
" Maafkan saya, Clarissa. Saya nampak awak kena pukul. Tapi, saya tak dapat nak tolong awak masa itu. Saya betul-betul rasa bersalah."
Aku mendekatkan diri pada tubuh itu, tangan mengusap perlahan pada umbun-umbunya.
" Tolonglah bangun dengan cepat, Clarissa. Saya banyak nak cerita kat awak. Jangan buat saya macam ini, Clarissa. Hari-hari saya doakan untuk awak. Awak dah banyak tolong saya. Awak selamatkan saya, dari saya hampir dijual oleh abang tiri awak."
Air mata yang bertakung di tubir mata, mula mengalir perlahan di pipiku.
" Terima kasih sebab jaga saya selama ini. Terima kasih, tolong saya, kongsi rezeki. Mimi pun mesti rindukan awak, Clarissa. Bangunlah. Semua orang rindukan awak."
Aku menundukkan kepala seraya air jernih mula lebat mengalir, pandangan mataku kabur hanya dibanjiri oleh air mata sahaja.
" Dulu awak jaga saya. Awak tolong saya. Tapi, kali ini biarlah saya pula yang jaga awak ya , Clarissa. Awak jangan mengalah. Kuatlah demi semua orang, lagi-lagi abang awak. Kami semua setia tunggu awak, kami tak pernah lupakan Clarissa."
Rintihanku ini semakin parah, memohon dia sedar dari koma itu hanya mensia-siakan sahaja dalam waktu yang singkat. Kecederaan di otaknya , bukan mudah untuk dia pulih. Tapi, dengan kuasa Allah sahaja yang mampu.
Aku mengerling jam menunjukkan sudah pukul 8.00 malam. Sudah pasti, Gibran diluar sedang menunggu aku.
Aku mencapai beg silangku lalu aku bangun dari kerusi ini, terlebih dahulu aku tunduk mencium dahi Clarissa. Aku seka air mata, dan tangan kananku setia memegang erat tangan Clarissa.
" Aku tahu kau dengar apa yang aku cakap, Clarissa." Bisikku lemah, lalu aku melangkah keluar dan membuka pintu bilik wad ini.
Gibran yang sedang melihat iphonenya ditangan, di atas kerusi itu, mendongakkan kepala memandang aku. Dia menutup iphonenya kemudian, di simpan dalam kocek seluar. Aku melangkah ke arah dia.
" Jomlah balik." Ajakku, cuba untuk mengelak bertembung dengan matanya. Sudahlah, mata pun merah akibat menangis, hidung pun aku yakin dah merah.
" Dahlah, Rossa. Kau menangis air mata berdarah sekali pun, Clarissa tu tak boleh sedar. Kan aku dah pesan, jangan menangis depan dia, mesti dia pun terseksa, Rossa." Ujarnya lembut. Entahlah, makin hari aku rasa Gibran ini, bukanlah apa yang aku sangkakan.
" Saya tahu. Cuma, saya rindukan dia." Kataku sebak.
" Aku tahu, semua orang sedih tengok keadaan Clarissa sekarang. Tapi, apa yang kita boleh buat ? Berdoa je lah. Itu je yang kita mampu buat."
Aku setuju dengan kata-kata dia, lalu aku menganggukkan kepala.
" Dahlah, jom balik. Dah pukul 8 lebih."
Lalu kami berdua melangkah ke arah lif. Aku menekan butang ke tingkat G untuk menuju ke arah aras parking kereta. Selepas itu, tingkat yang kami mahu tujukan sudah pun sampai, pintu lif ini serta-merta terbuka, kami melangkah keluar dari lif tersebut dan berjalan menuju ke arah kereta milik dia.
Ruangan bangunan parking kereta ini, sunyi-sepi. Entahlah, aku rasa macam diperhatikan. Aku berjalan bersebelahan dengan Gibran membuatkan rasa takut itu kurang. Sesekali, aku menoleh ke arah belakang apabila aura itu ada. Gibran menoleh ke arahku seraya dia menjongket kening sebelah.
YOU ARE READING
GIBRAN XAYDEN'S [ 1 ] [ HIATUS]
RomanceGIBRAN XAYDEN & ELVINA ROSSANA Pertemuan yang tak diduga, pada awalnya lelaki yang bernama Gibran itu, hanya mahu membantu gadis tersebut yang hampir dijual oleh bapa kandung. Takdir yang tertulis buat mereka, tidak sangka mereka bakal naik pelamin...