Chapter || 31

31 2 0
                                    

" Elvina?" Sapa Hadi, aku pantas menoleh ke kiri. Bibirnya terukir senyuman segaris sebelum dia melabuhkan kerusi Puan Emma. Kini, semua manusia yang berada di dalam dewan mula berbual-bual antara satu sama lain . Aku hanya duduk di kerusi tidak tahu buat apa.

" Eh Hadi."

" Elvina, datang sini Gibran jemput?"

Aku senyum segaris.

" Ya Gibran jemput saya."

" Elvina dengan Gibran ada apa-apa ke?" Tanya dia penuh syak. Aku mengerling sesaat di dalam ruang dewan makan ini.

" Erm, saya rasa soalan tu patut awak jela yang tanya abang awak." Hanya jawapan itu sahaja aku berikan, dia turut tersenyum garis lalu matanya mengerling tubuh Gibran yang rancak berborak dengan beberapa ahli perniagaan.

" Aulia macam mana?" Soal dia secara tiba-tiba, aku kerutkan dahi.

" Aulia? Dia okay je kenapa?"

Dia anggukan kecil lalu menjatuhkan kepalanya.

" Awak dengan Aulia ada masalah ke? Bergaduh?"

Dia mendongak memandang aku seraya keluhan kecil keluar dari bibirnya.

" Ya kami gaduh, ada salah faham sikit." Jujurnya.

" Ala biasalah tu." Aku cuba sedapkan hati dia. Tidak mahu hubungan mereka putus. Aku tengok, Hadi dengan Aulia ini cukup padan.

" Dia ingat saya curang dengan dia." Ujarnya lemah.

" Ada hari itu, saya keluar dengan dua orang pekerja saya waktu lunch. Sorang lelaki dan sorang lagi perempuan. Masa kami kat cafe hari itu, kawan lelaki saya jawab panggilan kat luar cafe. Kebetulan pulak, terserempak dengan Aulia. Terus dia tuduh melulu , sampai sekarang tak nak bercakap dengan saya."

" Awak bagilah dia masa sikit. Perempuan ini kan memang kuat cemburu. Bagi dia reda dulu, barulah awam datang jumpa dia." Pujukku.

" Aulia ni jenis yang kalau saya tak pujuk mulalah dia kata saya ni tak sayang dia." Ujarnya seraya keluhan berat akhirnya terkeluar dari bibir.

Aku gelengkan kepala, macam budak-budak perangai Clarissa ini ya.

" Tak apa, nanti saya pujuk Aulia. Jangan risau, Aulia tu kalau marah tak lama pun."

Dia diam, bersetuju dengan cadangan yang aku berikan. Aku turut berharap Aulia kembali bersama Hadi. Aduhai, macam ini lah ya orang bercinta.

Baru aku teringat, lelaki yang hantar aku pulang ke Villa, sewaktu aku bergaduh dengan Gibran di pejabatnya, adalah Hadi. Dah lama juga aku ingin berbual tentang hal ini, tetapi masa yang tidak mengizinkan.

" Baru saya teringat, masa kita kenal kat bas stop tu. Awak hantar saya balik ke Villa abang awak, and baru saya sedar masa itu saya langsung tak bagitahu awak location, TUP TUP, dah sampai kat Villa."

Dia senyum malu.

" Er, sorrylah masa tu, Gibran yang minta saya bawa awak balik." Tuturnya, spontan mataku terbeliak sedikit. Terharu dengan tindakan dua beradik ini. Gibran pula tak habis-habis, lindung aku setiap masa. Sayang betul kat aku.

" Pandai dua beradik ini menyamar jadi orang luar." Perliku lalu kami sama-sama hamburkan ketawa.

" Apa yang kelakar?" Suara garau itu membuatkan ketawa kami mati , Gibran melabuhkan punggungnya di atas kerusi di sebelah kananku.

" Hadi. Aku nak cakap dengan Ros kejap." Ujar Gibran kepada adiknya lalu Hadi anggukan kecil seraya dia mula bangun menjauhi aku dan Gibran. Aku memandang Gibran 0menunggu bicara dia.

GIBRAN XAYDEN'S  [ 1 ] [ HIATUS]Where stories live. Discover now