Chapter || 13

36 2 0
                                    

• Someone will love you, more than you love yourself •

Kami bertiga melangkah keluar dari bangunan pejabat tersebut. Cuaca pada hari ini, langsung tidak menunjukkan cuaca baik. Panas !

Aku masih diam mengikuti ke mana lokasi yang mereka mahu tuju.  Kami bertiga mula memasuki pusat membeli-belah tersebut. Untung, sesiapa yang bekerja di pejabat, berdekatan dengan pusat membeli-belah ini,
bukan?

Mereka berdua berjalan lebih jauh sedikit dari aku yang berjalan di belakang mereka. Sesak di dalam pusat membeli-belah ini, sukar untuk aku mengejar mereka berdua yang seperti galah.

Bukan kaki aku yang pendek ya. Kaki dia orang yang terlalu panjang.

Orang ramai mula menghalang pandanganku untuk memerhati mereka berdua berjalan menuju ke suatu tempat. Aku cuba, mencelah.

Rayyan yang sedar, aku tidak berada dekat dengan mereka, dia berhenti seketika melihatku di belakang. Dengan ketinggian dia yang tinggi,  dia memerhati aku berjalan dan menungguku.

" Lambatnya." Komenya.

" Hehehe, sesak la, ramai orang. Awak dengan Gibran laju sangat jalan." Ujarku. Selepas itu, dia tergelak kecil.

" Kau yang jalan macam siput babi." Suara garau itu, tetiba mencelah lalu aku terus memusingkan badan ke tepi.

" Mana ada. Tadi sesak." Balasku geram.

Haih, bapak singa ini memang suka cari pasal ke? Kecil , besar kecil besar je aku tengok dia ini. Kalau aku jadi isteri dia , dah lama aku tonyohkan mulut puaka dia tu dengan Maggie ghost paper.

Dia sinis.

" Kalau dah lembap, tetap lembap. Mengaku je la."

" Mana ada saya lembap ! " Nada suaraku tidak sengaja meninggi. Dia menyengetkan kepala sedikit untuk melihat wajahku dengan serius.

" Kau lembap sebab kaki kau pendek, macam kura-kura." Dia masih mengusikku, lalu dia menjongketkan bibirnya.

" Kaki awak, yang terlalu panjang. Macam Zirafah." Balasku.

" Rayyan pun jalan sebelah dengan aku. Kau je yang tertinggal jauh. Jadinya kau memang kaum siput oing-oing.

Aku mengerutkan dahi, dan mataku mengecil merenung dia. Dia langsung tidak tercabar, malah eksperesi wajah nakal ditayangkan.

" Oing-oing." Usiknya lagi , lalu dia berjalan ke depan dan meninggalkan aku dengan Rayyan yang sedari tadi hanya melihat pergaduhan kami.

Aku menoleh ke arah Rayyan seraya dia menjongketkan kening sebelahnya.

" Dia tu mulut puaka." Kataku dia cuba menahan senyum.

" Jomlah. Jangan nak dilayan sangat dengan Gibran tu. Dia memang suka tengok awak marah tu." Ujar Rayyan seraya mengajakku berjalan.

Lagi sekali, apabila kami sedang berjalan, aku tertinggal belakang. Aku sedaya upaya melajukan langkahku, untuk membuktikan bahawa, aku bukan siput oing-oing.

Sesekali, Gibran menoleh ke belakang dan menoleh ke depan kembali, dengan reaksi kosong. Rayyan yang sedang berjalan di belakang Gibran turut melakukan perbuatan yang sama, apabila Gibran menoleh ke belakang.

Rayyan terus mendekati aku, lalu dia menarik lenganku yang berlapik dengan blouseku. Pergerakan kakiku mula tergesa-gesa seperti, anak kecil sedang berlari.

Dalam hati aku sudah sumpah seranah dengan perbuatan Rayyan.

Kami bertiga sudah pun, sampai di tempat yang kami tuju. Aku melihat nama restoran itu yang terpampang di hadapan.

GIBRAN XAYDEN'S  [ 1 ] [ HIATUS]Where stories live. Discover now