" Umi. Boleh Elvin tanya?" Izinku, setelah kami berdua sudah duduk di atas pasir berhadapan dengan pantai. Tiupan angin laut, membuatkan rambutku sedikit menutup mata.
" Hm? Tanyalah."
" Mana suami Umi? Tak pernah nampak dia balik pun? " Soalku ingin tahu, tertanya-tanya juga dimanakah ayah kandung Hadi. Selepas, mereka berbual tentang hal kerja sewaktu dalam perjalanan tadi.
" Hurm... Suami umi kerja kat luar. Jauh, jadi dia jarang lah nak balik ke sini." Ujarnya, sambil dia menyuapkan fries itu ke dalam mulut menggunakan garfu.
" Ouh, macam tu. Nak tanyalah, Hadi tu ada abang eh? Mana abang dia?" Selepas soalan itu aku ajukan pada Umi, aku menyuap fries ke dalam mulut sehingga kembung pipiku akibat terlalu banyak disuap.
" Ya, Hadi ada abang. Nama Haris. Tengah sibuk bekerja kat Kuala Lumpur sana tu." Ujarnya.
Aku mengangguk kecil, sekali lagi aku menyuap fries banyak ke dalam mulut.
" Elvin. Makan elok-elok, nanti tercekik." Tegur Umi, aku menutup mulut dengan tanganku.
" Elvin ada adik beradik ke?" Soal Umi, aku terus menoleh ke tepi memandang Umi.
Aku menggelengkan kepala sebelum menjawab.
" Tak ada. Elvin cuma anak tunggal."
Dia mengerutkan dahi.
" Betul ? Tapi, umi tengokkan Aulia tu macam iras kamu je. Betul ke dia kawan kamu?" Soalnya tidak percaya.
Aku laju menganggukkan kepala.
" Betul Umi. Kami pun baru kenal dalam dua bulan. Dari kecil Elvin hidup tak ada adik beradik. " Kataku.
" Hm, mungkin cuma pelanduk dua serupa kan? Atau, mungkin dia tu saudara jauh."
Aku tergelak kecil.
" Kalau Umi nak tanya hal personal kamu boleh? " Izin dia terlebih dahulu lalu dia meletakkan garfu di atas bekas makanan tersebut.
Aku menganggukkan kepala.
" Macam mana kamu boleh terpisah dengan ibu kamu? Umi masih tak faham. Sampai kan kamu datang ke rumah Umi."
Aku menegakkan badan, bersiap sedia untuk cerita perkara yang sebenar. Aku mengambil nafas dalam terlebih dahulu, sebelum bercerita.
" Sebenarnya, Elvin bukan asal keluarga senang dan... Keluarga bahagia macam orang lain. Ayah Elvin, selalu buat kerja haram dan bermasalah."
Umi menyentuh telapak tanganku, apabila dia sudah dapat membaca perasaan aku pada wajahku.
" Suatu malam, ayah hampir nak jual Elvin kat orang yang dia hutang. Elvin cuba melawan tapi, tak berjaya. Sebab ayah tu, boleh tahan juga perangai dia, baran. Ibu pula sakit, lumpuh satu badan, cuma yang boleh gerak mata dan bercakap." Automatik air mataku setitik jatuh.
Pegangan Umi pada jariku semakin kuat.
" Ibu cuba pertahankan Elvin, tapi tak berjaya. Ayah hampir nak bunuh ibu masa tu, dia cekik ibu. Tapi nasib baiklah, masa tu, Elvin kuat lawan ayah." Aku mengaku air mata yang hampir banyak. Pandangan mataku mula kabur setelah air jernih mula menguasai mataku.
" Tak apalah, kalau kamu tak nak cerita lagi tak apa. Umi faham. Umi pun tak sepatut tanya hal peribadi kamu. Apalah umi ni haih." Dia mengeluh jelas kesal dengan diri sendiri.
Aku memeluk bahu Umi.
" Tak...Umi tak salah apa-apa pun. Cuma, Elvin teringat pasal malam tu." Ujarku dengan suara semakin serak.
YOU ARE READING
GIBRAN XAYDEN'S [ 1 ] [ HIATUS]
RomanceGIBRAN XAYDEN & ELVINA ROSSANA Pertemuan yang tak diduga, pada awalnya lelaki yang bernama Gibran itu, hanya mahu membantu gadis tersebut yang hampir dijual oleh bapa kandung. Takdir yang tertulis buat mereka, tidak sangka mereka bakal naik pelamin...