Chapter || 05

84 3 0
                                    

Aku terjaga dari lena selepas kejadian siang hari menakutkan aku. Telefonku berbunyi meminta untuk diangkat. Nombor yang tidak aku kenali itu, membuatkan jantung aku berdebar sedikit laju. Aku tidak lagi berani untuk keluar dari bilik ini sehinggalah langit bertukar gelap.

Sementara itu, aku mengerling pada jam di atas meja, jarum menunjukkan pukul  9 malam. Aku terus menjawab panggilan itu, berdoa agar itu adalah Clarissa walaupun panggilan itu, tidak terpampang namanya.

" Hello?" Sapa aku terlebih dahulu setelah menggesek ikon berwarna hijau.

" Elvina Rossana? Is that your name?" Suara garau, dihujung talian membuatkan jantung aku lagi mengepam laju. Malah, nama aku pun disebut.

" Siapa ni ?" Soalku, sebaik sahaja menghembus nafas. Dihujung talian, aku dapat menangkap suara seorang perempuan sedang menangis, hanya sayup kedengaran.

" Kau nak kawan kau balik rumah? " Soal lelaki itu, dia tidak mengendahkan soalan yang aku lontarkan pada dia. Malah, dia ketawa kecil.

" Ha? Mana kawan aku ni ?!" Baru aku sedar sudah larut malam, Clarissa masih tidak pulang. Nada suaraku sedikit meninggi.

" Kawan kau, ada dengan aku. Kalau kau nak datang sini." Kata lelaki itu dengan nada penuh sombong dihujung talian.

" Kau jangan apa-apa kan kawan aku ! Kat mana dia sekarang ?!!! " Jariku mengepal berbentuk penumbuk, geram dengan tindakan lelaki bodoh itu.

" Huh? Okay, rileks... Aku hantar location." Sebelum talian itu dimatikan oleh dia, sempat lagi dia ketawa kecil.

Notifikasi terpampang pada skrin telefon, aku tanpa membuang masa terus menekan. Dan melihat di mana tempat itu. Aku  bangun, dan bergegas memakai baju yang lebih elok.

Aku melangkah laju ke luar rumah, tetapi langkahku terbantut seketika apabila sepasang mataku dapat menangkap sehelai kertas yang jatuh di atas lantai halaman rumah tersebut.

Aku mengambil dan melihat isi di atasnya. Sesekali aku mengerling ke luar rumah.

" Miss me?" Dua patah perkataan itu, aku mengerut dahi. Siapa yang hantar ini ? Aku terus memasukkan kertas itu ke dalam beg silangku, kertas itu aku letak tepi dahulu. Clarissa ! Ya tentang Clarissa aku perlu selamatkan dia terlebih dahulu.

Aku menutup pagar rumah ini, kemudian telefon aku mendail untuk menempah grab. Ini satu lagi masalah, dah la duit aku ni ciput je dalam akaun bank. Ahhh tu bukan masalah kau lagi Elvina ! Clarissa lagi penting ! Dia dah banyak bantu kau.

10 minit berlalu, sebuah kereta Perodua Axia mula berhenti di hadapan rumahku. Aku terus membuka pintu dan memberitahu kepada pemandu grab tersebut ke mana destinasiku.

Perjalanan mengambil masa 25 minit sahaja , aku sudah sampai ke sebuah bangunan yang agak terpencil di dalam hutan. Semasa dalam perjalanan , aku tak sengaja meninggikan suara pada pemandu grab tersebut. Haiya , maafkan saya ya pakcik.

Seseorang membuat panggilan, aku terus menggesek ikon yang berwarna hijau itu dengan segera. Tubuh badanku usah dikatakan menggigil habis ! Sudahlah larut malam, tambah pula dikelilingi hutan tebal. Ughhh tempat apa ni ?!

" Masuk. " Suara garau didalam talian mengarahkan aku untuk masuk. Aku masih diam. Berdebar dan berpeluh juga.

Aku melangkah perlahan masuk ke dalam bangunan berhabuk itu, tanpa sebarang cahaya. Semasa aku ingin menuju ke tangga tersebut

TINGGGG !

Aku terus rebah, apabila kesakitan pada kepalaku dipukul seseorang menggunakan kayu baseball aluminum, sehingga bunyi nyaring.

GIBRAN XAYDEN'S  [ 1 ] [ HIATUS]Where stories live. Discover now