Chapter || 18

38 3 0
                                    

" Hati-hati. Jangan balik lambat sangat." Pesan Makcik Suraya kepada kami berdua di stesen keretapi. Kami berdua angguk kecil dan setelah itu, kami bersalaman dengan Makcik Suraya.

" Apa-apa call je Makcik atau Kak Siti ya? " Pesan lagi sekali, Makcik Suraya.

" Jangan risau, Makcik Suraya. Kami berdua pandai jaga diri." Ujarku untuk mengurangkan kerisauan orang tua itu.

" Memanglah, kamu tu je yang pandai jaga diri. Budak ni hah mana reti nak jaga diri. Buatnya dia ikut kepala dia, ha taknya huru-hara nanti." Perlu, Makcik Suraya lalu dia menepuk bahu gadis itu.

" Ish ! Apalah Makcik Suraya ni. Orang tahulah jaga diri." Jawab Aulia, jelas reaksi wajahnya cemburut.

Aku dan Makcik Suraya ketawa kecil, melihat sikap Aulia seperti kanak-kanak.

" Okaylah, kami pergi dulu ya. Takut terlepas train pula." Mintaku, seraya Makcik Suraya angguk kecil.

Kami berjalan melepasi ruangan scan tiket tersebut, dan setelah itu Kami berdua menoleh belakang melihat Makcik Suraya buat kali terakhir. Jelas wajahnya nampak kerisauan sebagai seorang ibu kepada anak. Kami melambai buat kali terakhir, lalu menuju ke tempat menunggu keretapi .

....

Kini, kami berada di dalam ruangan keretapi tersebut, ia tidaklah terlalu ramai, tempat kosong masih banyak. Mungkin, sekarang waktu orang sedang bekerja.

Aku mengerling jam pada telefonku.

2.45 petang

Aku melihat mesej ibu lalu aku mengeluh berat. Sudah berminggu-minggu ibu tidak membaca mesej aku, hanya one gray tick.

Kerinduan pada ibu sukar aku nak ungkapkan. Aku hanyalah seorang anak tunggal yang sentiasa bermanja dengan ibu sejak kecil lagi. Bagi aku, ibu adalah seorang emak dan juga seorang bapa.

Destinasi kami sudahpun sampai. Kami bangun lalu melangkah keluar dari keretapi tersebut.

" Kak, jom kita beli tiket bas dulu." Ujar Aulia disebelah. Aku hanya diam dan mengangguk kecil.

Kami berdua berjalan menuju ke kaunter tiket. Destinasi yang kami mahu pergi ialah ke Sungai Petani.

Kami terus menaiki bas yang telah ditetapkan. Aku dan Aulia mengambil tempat duduk yang tidak terlalu depan dan belakang. Apabila aku ingin duduk, seseorang tidak sengaja terlanggar aku, akibat kesesakan di dalam ruangan bas itu.

" Maaf kak, saya tak sengaja." Ucapnya sambil dia mengambil iphone mahalnya yang terjatuh di atas lantai bas. Tidak sengaja aku terlihat gambar pada skrin iPhone dia, jelas sekali di dalam gambar itu adalah dia dan seorang lelaki.

Aku mengalihkan mata memandang dia. Bibir terukir senyuman nipis. Entahlah kenapa aku rasa macam tak kena je hari ini.

" Tak apa." Lalu aku duduk di kerusinya bersebelahan Aulia.

" Kak, Elvina okay?" Soal Aulia di sebelahku, nampak sedikit kerisauan.

" Okay je. Tak ada apalah."

Bas itu mula membelahi jalan raya, apabila semua penumpang sudah bersedia. Perjalanan mengambil masa hanya dua jam. Aku dan Aulia hanya diam duduk di dalam bas itu.

Terlebih dahulu dia memecahkan kesunyian.

" Kak, Elvina. Boleh Aulia tanya?" Dia meminta izin terlebih dahulu.

" Hm? Tanyalah."

Dia berdehem kecil sebelum bertanya.

" Kak Elvina dah berapa lama tak jumpa ibu?" Soalnya dia ingin mengambil tahu.

GIBRAN XAYDEN'S  [ 1 ] [ HIATUS]Where stories live. Discover now