Aku lihat di jari manis kananku sudah tersarung cincin berwarna emas, di atasnya berbentuk permata. Berkali-kali aku mengusap perlahan di cincin tersebut seraya bibirku terukir senyuman lebar. Cincin ini, bukan aku yang pilih tapi, ini adalah pilihan Gibran.
Aku bangun dari perbaringan, melihat beg-beg pakaianku sudah tersedia di letakkan di tepi almari baju. Dua minggu aku sudah bergelar tunang orang, esok pula aku akan berangkat ke Kota Bharu untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan perniagaan.
Hakikatnya aku tak sabar pada esok hari untuk aku bertemu dengan ibu sebelum ke Kota Bharu.
Pup
Satu notifikasi terpampang di skrin telefon, aku terus membuka masej tersebut dari Gibran.
" Jangan tidur lambat. Esok kena bangun awal."
" Kalau saya tidur lambat macam mana?"
" Aku simbah air didih kat muka kau, kau nak?"
" Ish, jahatlah awak ni. Awak nak kena isteri awak ni muka buruk?"
" Kau memang buruk pun"
Masej terakhir itu aku terus tutup telefon, tiba-tiba terasa pula masej yang terakhir dari dia.
Aku merebahkan badan ke atas katil. Selimut ditarik hingga ke dada. Hujan lebat diluar buatkan aku sejuk. Aku harap aku tak bangun lambat, aku ini biasanya kalau sejuk-sejuk mesti bangun lewat.
Sebelum tidur aku masih lagi meneliti cincin di jari, dah dua minggu berlalu pun aku masih, angau.
Aku ingat lagi perbualan aku antara dengan Gibran sewaktu majlis pertunangan kecil kami.
" Kenapa awak pilih cincin ni?"
" Sebab cincin ni sesuai untuk kau. Kau kan permata aku."
Automatik aku ketawa riang. Dah macam orang gila pun ada. Kelopak mata mula layu, perlahan-lahan aku tutupkan mata dan akhirnya lena dibuai mimpi.
....
" Aku tak percaya, aku boleh jadi suami kau, Ross. Kau tipu aku. Selama ni aku dah buat yang terbaik untuk kau, aku lindung kau, tapi ini aku dapat?"
" Saya tak buat semua tu, abang! Saya tak buat. Kenapa abang sanggup percayakan orang luar dari isteri awak sendiri?"
" Banyak bukti yang aku dapat Ross. Banyak. Selama ni aku diam."
" Percaya cakap saya, saya tak buat !"
" Anak dalam kandungan tu anak siapa, Elvina Rossana?!"
" Soalan bodoh apa yang awak tanya ni?"
" Soalan bodoh kau cakap ?! Soalan bodoh ni la yang aku nak tahu !!! Siapa anak dalam kandungan itu ?!"
" Anak awak. Awak dah lupa ke, Gibran?"
" Aku tak lupa, aku memang dah banyak sentuh kau. Tapi aku tak rasa itu anak aku !"
" Aku sendiri nampak, kau keluar dari kereta dalam keadaan kau tak sedar dengan sorang lelaki. Bau kau, aku tahu ! Bau lelaki tu ! Bau arak !"
Pang !
" Apa yang awak cakap ni Gibran ?! Apa yang awak cakap ni ?!!!! "
" Berani kau tampar suami kau? Mana adab kau dengan suami? Syurga kau kat tapak kaki aku ! Kau memang perempuan jalang !" Tengking Gibran, sehingga bergema di dalam ruangan bilik tidur mereka. Gibran mula hilang kawalan, dia terus menolak isterinya sehingga terjatuh dari balkoni.
YOU ARE READING
GIBRAN XAYDEN'S [ 1 ] [ HIATUS]
RomanceGIBRAN XAYDEN & ELVINA ROSSANA Pertemuan yang tak diduga, pada awalnya lelaki yang bernama Gibran itu, hanya mahu membantu gadis tersebut yang hampir dijual oleh bapa kandung. Takdir yang tertulis buat mereka, tidak sangka mereka bakal naik pelamin...