Gibran menghampiri aku dan Rayyan dengan selamba dia tidak berbaju. Pandangan matanya langsung tidak memandang aku, malah dia hanya memandang Rayyan.
" Asal ? " Soal Rayyan seraya dia menunggu bicara sepupunya itu.
" Esok kita ada client." Ujarnya lalu Rayyan menjongketkan kening sebelah.
" So ? "
" Kau cari kawan Clarissa yang lain, suruh gantikan tempat Clarissa." Arahnya.
Aku menundukkan kepala tidak berani untuk memandang dia di hadapan, aku menguis-nguis nasi. Rasa bersalah pula pada Gibran.
" Kawan Clarissa? Siapa ? Aku tak kenal sangatlah." Balas Rayyan , dia mengeluh kecil.
" Balqis. " Jawabnya pendek.
" Balqis ? Balqis yang mana eh?" Rayyan mengerut dahi, dia seperti tidak mengingati siapa pemilik nama itu.
" Kau memang ada penyakit short memory ke?" Soal dingin Gibran, lalu dia melabuhkan punggungnya di kerusi tersebut.
Aku langsung tidak pedulikan mereka yang sedang berbual, aku menyuapkan nasi perlahan ke dalam mulut. Selera makan mula hilang.
" Jap bagi aku ingat balik." Kata Rayyan, lalu dia berfikir sejenak.
...
" Oh aku dah ingat." Ujar Rayyan sedikit teruja kerana dia sudah tahu siapa Balqis.
" Balqis yang kawan Clarissa masa study kat oversea kan?" Soalnya mendapat kepastian.
Aku terharu, dengan kata-katanya, rupa-rupanya Clarissa bukan calang-calang orang. Selain anak orang kaya, dia juga bekas pelajar oversea.
Gibran mengiakan.
" Okay...Nanti, aku cuba cakap dengan dia."
Suasana kembali sunyi di antara kami bertiga. Aku masih kekalkan posisiku, dan makanan di atas pinggan tidak terjeluak lagi, aku mula bangun walaupun masih ada sisa baki lauk dan nasi.
" Eh ? Elvina? Tu tak habis lagi." Namaku diseru oleh Rayyan, automatik aku menoleh ke arah Gibran dihadapan sepintas lalu aku menoleh ke arah Rayyan.
" Erm... Dah kenyang." Bohongku. Ikutkan hati, memang aku nak tambah dua pinggan ,tapi bila ada Gibran seleraku mula hilang. Huh !
Rayyan senyum sebaris lalu aku melangkah pergi ke dapur. Aku menghembuskan nafas lega, apabila kini aku tidak lagi bertembung dengan Gibran. Tanganku pantas mencuci pinggan ke dalam singki, dalam fikiran hanya berfikir supaya aku boleh masuk tidur awal walaupun jam masih menunjukkan pukul 9.30 malam.
Satu tangan mencapai gelas di atas rak sebelahku, seraya aku menoleh ke arah seseorang. Dia langsung tidak memandang wajahku, seolah-olah aku tidak wujud.
Lalu dia mengambil air kosong di coway . Aku mengalihkan pandangan dan menyambung semula mencuci. Selepas dia habis minum, dia terus meletakkan gelas ke dalam singki, tangannya tidak sengaja tersentuh tanganku, aku pantas menarik tangan.
" Basuh. " Arahnya dingin. Aku diam lalu membasuh gelas itu kemudian meletakkan semula pada tempat asal. Setelah selesai, aku menutup pili air tersebut, lalu aku memusingkan badan untuk melangkah pergi.
" Kau bukan personal assistant aku lagi." Ujarnya untuk mengingati sekali lagi. Aduh baru sehari bekerja, aku dah buat hal.
Aku diam dan berdiri tegak memandang dia yang sedang duduk di table top . Usahlah nak diberitahu wajah bengis seperti memandang aku dengan sangat jijik.
" Pangkat kau dah tak tinggi, dari pembantu rumah ni. Level kau dengan dia orang sama. I fired you. Aku cuma boleh bagi kau, kerja sebagai maid kat rumah ni. Sesuai untuk, kau." Sinisnya.
YOU ARE READING
GIBRAN XAYDEN'S [ 1 ] [ HIATUS]
RomanceGIBRAN XAYDEN & ELVINA ROSSANA Pertemuan yang tak diduga, pada awalnya lelaki yang bernama Gibran itu, hanya mahu membantu gadis tersebut yang hampir dijual oleh bapa kandung. Takdir yang tertulis buat mereka, tidak sangka mereka bakal naik pelamin...