Chapter || 03

88 2 0
                                    

"...."

Bush !

" Damn ! Aku kata, kau keluar dari rumah ini sekarang ! Are you deaf ?! " Terhinjut kedua-dua belah bahu  orang lelaki tua itu di muka pintu rumah kayu tersebut.

" Maafkan aku , bagi masa sikit lagi, untuk aku bayar rumah sewa ini." Rayuan lelaki tua itu langsung tidak diendahkan oleh lelaki yang berbadan tegap itu.

" Dua bulan kau dah tak bayar sewa, orang tua. Aku dah bagi masa berminggu-minggu, tapi kau tetap tak bayar juga." Lelaki itu menatap tajam ke dalam anak mata lelaki tua itu yang sedang memeluk kaki dia.

Lelaki bertubuh tegap itu memandang ke arah dua orang pekerjanya lalu mereka faham arahan ketuanya dan memasuki ruang rumah tersebut. Mereka berdua mencampak segala barang keperluan lelaki tua itu.

***

" Elvina, nak makan apa? " Soal Clarissa sambil matanya melihat buku menu itu. aku mengangkat wajah melihat dia yang sedang fokus pada buku menu tersebut. Fuhhh macam kau belajar pula ya?

" hm. Nasi ayam hainan dengan fresh oren." Clarissa di hadapan mengangguk kecil. Kemudian, dia memberitahu kepada waiter tersebut sambil memegang buku kecil. Selesai sahaja , kami memesan waiter tersebut berlalu pergi.

" Clarissa. Boleh saya tanya awak ? " Soalku sedikit hairan tentang dia. Sudah beberapa kali, aku ingin bertanya sepanjang hari tentang kehidupan dia. Dia memandangku dan tersenyum kecil.

" Hm, awak cina mualaf ke? " Soalan itu aku ajukan. ha Straight to the point ya. Terbatuk perempuan ni. Ha nasiblah kau, aku ni mulut main lepas je.

" YA, saya  cina mualaf, saya baru memeluk Islam tahun lepas. Cuma hanya saya seorang sahaja beragama islam  dalam family saya ." Ujar Clarissa sambil membetulkan tudung bawalnya. Aku berdehem kecil. Rasa malu pun ada, main cantas aje ya?

" Oh, maafla. Sebab dari awal saya tengok awak, ingatkan erm bukan beragama islam. Bila awak pakai tudung, Baru saya tahu ." Dia tergelak kecil mendengar pengakuanku. Aku membetulkan rambut yang hampir menutup wajahku diselitkan di belakang telinga. Terasa segan pun ada ya. Aku yang beragama islam sejak lahir pun tak reti nak bertudung. Tak apalah , korang doa-doakan aku lah ya.

" Jadi, awak ni asal mana?" Soalku, apabila waiter itu meletakkan dua pinggan berisi makanan dan dua gelas air, setelah dia berlalu pergi.

" Oh , saya memang asal sini. Saya sejak lahir duduk KL." Jawabnya ringkas. Aku mengangguk kecil dan setelah itu kami berdua mula menjamu selera tengahari.

" Hm. Awak kerja apa ya ? maaflah kalau awak rasa saya ni, menyibuk. Saya cuma tertanya-tanya." Kataku , setelah itu dia meletakkan sudu di dalam pinggan. Kini tumpuannya ke arahku. Dia senyum kecil.

" Tak menyibuk pun. Lagi pun kita kan baru kenal dan dah jadi kawan. Saya kerja sebagai personal  assistant pada bos saya." Aku mengangguk. Bos? siapa bos dia eh. Dan mana lelaki yang hantar aku sehingga ke rumah  perempuan bermata sepet ini.

" Jadi, saya pula nak tanya awak." Ujar dia. Aku turut meletakkan sudu di dalam pinggan. Dan sudah bersedia untuk menjawab segala soal siasat. Fuhhh macam dia ni aku tengok seorang detektif pula. Gerun !

" Awak asal mana ? umur awak berapa ? mana Parents awak ? Awak sesat ke? " Aku menelan air liur soalan yang dia berikan itu bertalu-talu. Memang sah, ditektif personal aku lepas ni !

GIBRAN XAYDEN'S  [ 1 ] [ HIATUS]Where stories live. Discover now