Chapter ||04

81 3 0
                                    

" Esok aku datang rumah kau." Satu suara dari bilik Clarissa aku mengitai sedikit,  apabila pintu biliknya sedikit renggang. Suara itu seperti aku dapat mengenal siapa, tetapi aku masih  tidak mengecamnya. Aku mengetuk pintu biliknya, setelah itu talian mereka putus. Clarissa mengangguk kecil menyuruh aku masuk.

" Cakap dengan siapa tu? " Soalku , lalu melabuhkan punggung di atas katil empuknya, dia melabuhkan punggung di atas kerusi meja solek tersebut.

" Oh, cakap dengan ex , hehehe." Dia sengaja menggarukan kepala yang tidak gatal, mungkin tidak selesa dengan soalan yang aku berikan. Aku mengangguk kecil.

" Sebenarnya, saya nak cerita something dengan awak." Kata dia sedikit segan, mungkin dia rasa yang kami berdua ini baru sahaja kenal  dua hari, dan sepatutnya tidak perlu dikongsikan hal peribadi pada orang lain. Aku menjongketkan kening sebelah, dan senyuman kecil terukir dibibirku.

" Saya ada ex-boyfriend, nama Erik. Kami berdua sudah lima tahun kami bercinta. Tapi, bulan lepas,er kami baru je putus." Beritahu dia, aku mengerut dahi, tentang nama itu. Kenapa aku rasa macam pernah dengar ya nama tu? Oh baru aku teringat si budak yang bernama Erik juga ex-boyfriend aku dua tahun lepas. Mungkin, nama yang sama,tapi orang berbeza.

" Okay, then? " Soalku. Dia menukar posisi dan melabuhkan punggungnya di atas katil bersebelahan aku. Kini kami berdua saling berhadapan.

" Actually, saya yang putuskan hubungan dengan dia. Sebab saya yang bermasalah. Saya rasa bersalah dengan dia. Sebab tu tadi saya call dia nak jumpa." Ujarnya. Aku masih memberikan  tumpuan sepenuh ke arah dia.

" Kenapa awak putuskan hubungan?" Soalku sedikit hairan. Dia tersenyum kelat. Mungkin memang betul salah dia. Ha jangan cakap kau tak boleh move on ya senah.

" Sebab, saya syak yang dia ada perempuan lain. Jadi saya terus putuskan hubungan. Tapi, tak tahulah kenapa dengan diri saya ni. Saya rasa, macam salah saya. Dia tak curang, mungkin saya ni yang selalu fikir negatif." Ujar dia. Aku mengangguk kecil, reaksi mukaku serius, dan cuba taksirkan apa maksud dia.

" Macam mana awak boleh syak dia ada perempuan lain?" Soalku menunggu jawapan.

" Masa tu, saya balik lewat malam sebab ada kerja kat luar. Saya ikut bos saya jumpa client. Then, saya pergi tealive nak beli air, tiba-tiba tak sangka saya nampak Erik tengah berbual mesra dengan perempuan lain. Siap tangan dia letak kat atas bahu perempuan tu." Cerita lebar dia. Dia mula menjatuhkan kepala, mungkin sedih mengenang kisah itu.

" Okay, mungkin sangkaan awak betul, dia curang. Tapi saya masih tak faham, kenapa awak nak rasa diri awak bersalah? " Soalku sambil menyentuh lembut jarinya.

" Erm... Hari tu, saya terserempak beberapa hari dengan Umi dia. Kemudian kami berbual-bual. Bila umi dia macam syak hubungan kami renggang, saya terus ceritakan perkara sebenar tentang Erik. Tapi, kata umi, Erik tak curang. Umi kata malam tu Erik keluar dengan adik tiri dia. Ujarnya, yang aku dapat lihat kesal terukir di wajah mulus gadis di hadapanku.

" Jadi, awak nak getback dengan dia ke?" Soalku sedikit teragak-agak. Apabila mendegar sahaja soalan itu, dia mengangguk laju. Aku mengeluh perlahan.

Ting !

Bunyi loceng rumah teres ini mengejutkan aku yang berada di ruang tamu sambil menonton Kdrama. Apabila aku ingin bangun untuk melihat siapa gerangannya, tingkah laku terbantut apabila melihat susuk tubuh Clarissa yang sudah bersiap berpakaian kemas bersama tudung bawal setianya.

" Elvina, saya keluar dulu tau. Apa-apa call je saya." Ujar dia lalu dia menutup pintu rumah apabila kakinya sudah melangkah keluar. Kini, aku berseorangan di dalam rumah ini dan hanya bertemankan Kdrama kesukaanku. Aku tahu hari ini, Clarissa bertemu dengan bekas kekasihnya di luar, dia juga ada mengajakku untuk temankan dia, tetapi aku menolak, biarlah mereka  berdua berbual privasi tanpa aku. 

GIBRAN XAYDEN'S  [ 1 ] [ HIATUS]Where stories live. Discover now