Wajah dia penuh dengan jerisan air jernih , yang aku lakukan tadi, dia menggosokkan matanya yang kelihatan kabur.
" Aqilah, kau okay tak sekarang ni?" Soalku prihatin.
" Aku kenapa ni?" Soalnya polos lalu dua menukar posisi dengan duduk di atas sofa tersebut.
" Tadi kau pengsan , aku balik lepas surau tengok kau dah terbaring kat dapur."
" Pengsan? " Soalnya sekali lagi, masih tidak sepenuhnya sedar.
" Ya, Qilah. Kau pengsan tadi. Mungkin, kau study hard sangat sampai tak cukup rehat ni."
Dia masih wajah polos, cuba tafsirkan sesuatu yang berlaku pada dirinya.
" Dah, aku bawak kau masuk bilik. Rehat dulu." Aku terus bangun dari kerusi ini, memaut lengan kirinya menyuruh dia bangun. Aqilah bangun dengan langkah yang lemah, aku membantu dia menapak ke anak tangga menuju ke biliknya.
Aku letakkan tubuh Aqilah di atas katil milik dia, serta naikkan selimut hingga ke dadanya.
" Apa-apa nanti kau panggil je aku tau." Arahku, setelah itu aku menapak ke pintu bilik untuk keluar.
" Ian." Suaranya menangkap sepasang telinga aku, terus aku pusingkan badan 360 darjah memandang dia. Aku kerutkan dahi, tidak faham sepatah perkataan yang keluar dari celah giginya.
Aku lihat dia mula menutup mata, ingin bertanya apa yang dia mahu katakan, tetapi aku biarkan sahaja, beri dia rehat dahulu. Aku terus keluar dari bilik tersebut seraya tangan menangani tombol pintu untuk menutup pintu bilik itu.
" Ian?" Aku masih tertanya-tanya, apa tu Ian.
Aku buat tak endah, terus menapak ke bilik tidurku pula. Aku rendahkan badan ini di atas katil tersebut. Lampu juga telah dipadamkan, tiba masa untuk tidur.
Aku mengerling jam pada telefon bimbit, sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Rasa awal lagi, nak tidur. Aku buka aplikasi Instagram.
Sedang ralit aku scroll Instagram, tiba-tiba telingaku menangkap sesuatu benda yang jatuh. Aku dengan pantas bangun dan berlari ke arah bilik Aqilah, takut-takut apa yang jadi pada dia.
Apabila aku ingin membuka pintu, malangnya pintu itu tidak dapat dibuka, kerisauan aku terhadap Aqilah semakin menggunung.
Tok tok tok tok.
Ketukan pintu tersebut dia langsung tidak menyahut panggilan aku.
" Aqilah ! Kau okay tak ni ?!" Nada suara mula naik satu oktaf, masih menunggu dia untuk menyahut.
Cemas !
Setelah lama aku berdiri di hadapan pintu bilik ini, akhirnya Aqilah buka pintu dari dalam. Wajahnya mamai.
" Kau okay tak ni? Benda apa yang jatuh tadi?" Soalku cemas, dia seperti tidak faham apa yang aku soal itu. Dia menggarukan kepala yang tidak gatal.
" Aku okay je, kau kenapa?" Ujarnya, buatkan aku rasa bertambah pelik. Benda, apa yang aku dengar tadi?
" Ouh, tak ada apalah. Sorry ganggu kau." Ujarku seraya dia anggukan kepala yang masih mamai, terus aku berjalan masuk semula ke dalam bilik tidur.
Mungkin perasaan aku je kot. Kemudian, aku rendahkan semula tubuh di atas katil, kelopak mata mula layu, mengantuk. Aku tutup telefon bimbit ini, seraya diletakkan di rak tepi katil.
...
Aku duduk di atas kerusi sedang menjamu sarapan pagi dengan hanya berbekalkan, sekeping roti yang disapu dengan peanut butter, itulah kegemaran aku.
YOU ARE READING
GIBRAN XAYDEN'S [ 1 ] [ HIATUS]
RomanceGIBRAN XAYDEN & ELVINA ROSSANA Pertemuan yang tak diduga, pada awalnya lelaki yang bernama Gibran itu, hanya mahu membantu gadis tersebut yang hampir dijual oleh bapa kandung. Takdir yang tertulis buat mereka, tidak sangka mereka bakal naik pelamin...