Chapter || 28

40 2 0
                                    

Suasa hening diantara kami setelah aku berhenti ketawa. Dia memandang aku sesuatu, aku tahu pandangan itu bukanlah seperti selalu yang aku selalu tengok.

Aku berdehem kecil untuk menyedarkan dia dari menatap aku.

" Er... Perempuan  mana yang parents awak nak kawinkan dengan awak?" Tanyaku ingin tahu, kini dia mengalihkan pandangan ke hadapan melihat kolam renang.

" Doktor Irdina. Ayah dia kawan papa aku. Kami kenal dari kecil." Jawabnya setelah itu, aku perasan keluhan kecil keluar dibibirnya.

Aku angguk perlahan .

" Aku suka tengok kau pakai tudung." Pujinya secara tiba-tiba, terus aku melihat pada sehelai selendang hitam yang aku pakai ini.

Aku diam tidak tahu apa yang aku perlu tuturkan.

" Since when? Rossa?" Pandangannya pula mengalih pada aku, bibir dia mengukir senyuman lebar sehingga menampakkan lesung pipit di kirinya.

Comel !

" Baru je lagi. Masa Umi dengan Hadi datang saya pakai tudung. Awak tak perasan ke?"

Dia ketawa kecil.

" Mestilah aku perasan. Nak-nak pula masa tu first time aku nampak rambut kau tertutup. Aku tak pujilah kau masa tu, sebab aku fikir kau pakai tudung tu semata-mata nak tunjuk kat umi."

Ayat yang terakhir itu, membuatkan aku naik angin. Sesuka hati dia je, menuduh aku sebegitu. Tahu tak ? Aku ini struggle nak cuba pakai tudung.

Aku kecilkan mataku ke dalam anak mata dia. Air mukanya pula berubah, seakan dia keliru.

" Why?" Soal dia tertanya-tanya kenapa dengan kelakuan aku berubah secara tiba-tiba.

Aku jongketkan kening sebelah.

" Suka hati awak tuduh saya, pakai tudung semata-mata nak tunjuk kat umi. Saya pakai tudung ikhlas tau !" Marahku dengan jelingan maut aku hadiahkan.

" Wait, wait. Chill.  Aku gurau je." Ujarnya untuk menenangkan aku.

Aku muncungkan bibir.

" Kau dengan itik tak ada beza, Rossa." Selamba dia mengutuk aku . Dah la menuduh aku macam itu, sekarang nak kutuk aku pulak.

Aku menoleh ke kanan memandang dia seraya dahi aku dikerutkan tidak faham apa maksud disebalik kata-katanya.

" Kenapa pula?"

" Mulut itik macam mana?" Soal dia seraya bibirnya tersenyum senget.

Aku memandang atas, berfikir dahulu. Apabila bayangan itik mula aku dapat lihat, aku tengok pada mulut itik itu, muncung. Dengan spontan bibirku turut dimuncungkan.

" See." Ujarnya. Aku terus menoleh ke arah dia, tetapi mulutku masih muncung.

" Apa?" Tanyaku dengan soalan polos.

" Tengok mulut kau. Sama macam itik !" Dia terus melepaskan ketawa terbahak-bahak, apabila bebola bibi mataku digerakkan ke bawah untuk melihat bibirku, dengan pantas aku kemam bibir.

Ugh malu !

" Ish ! Dia ni. Tak habis-habis sakitkan hati orang." Bebelku , aku menolehkan kepala memandang hadapan. Nak tengok muka dia itu, dah menyakitkan hati.

" Ya ke? Okay, sorry." Tuturnya lembut. Entah kenapa aku rasa sekarang,  bila berbual dengan dia, buatkan aku senang. Rasa bahagia pula.

" Gibran." Panggilku, tetapi aku masih memandang hadapan. Dari lirikan mataku, aku tahu dia sedang memandang aku untuk menunggu apa yang aku mahu bicarakan.

GIBRAN XAYDEN'S  [ 1 ] [ HIATUS]Where stories live. Discover now