Chapter || 36

47 2 0
                                    

" Rindu aku cakaplah." Masej dari Gibran itu terus aku buka. Rasa malu pula, dah kantoi.

" Buat apa nak rindu orang kat sana." Sengaja aku balas mesej dia sebegitu. Dah rindu, tak mengaku pula.

" Eleh, kalau rindu tak payah nak sorok, wahai bakal isteri."  Ayat terakhir itu buatkan aku angau lebih. Ini baru tunang, belum lagi kawin.

"  Iyelah, saya rindu orang tu kat sana." Kali ini aku jujur, rasa bahang mula menjalar ke pipi.

"  Tak payahlah rindu aku sangat. Entah-entah kau kat sana cuci mata."

" Masa bila pulak, saya nak cuci mata. Saya kat sini belajar je. Tak payah nak jealous sangat."  Balasku seraya bibir ini mula senyum nakal.

" Bukannya boleh harap kau tu, kau kan menggatal."

"  Masa bila pula. Saya rasa orang tu yang menggatal lebih...."

" Oh saya baru teringat nak bagitahu, bulan depan saya ada cuti."  Aku beritahu pada dia, tak sabar pula nak balik sana. Rindu juga aku kat mereka semua. Lagi-lagi budak Aulia tu, pasal aku nak tolong si Hadi tentang Aulia itu, aku tak sempat.

" Cuti period pun kau nak cakap kat aku ke?"  Sebaris masej yang dihantar oleh dia , buatkan aku terkedu seketika. Rasa malu, terus aku mengeluh kecil, dia ini otak kuning  betul !

" Bukanlah ! Cuti belajar saya lah, apalah awak ni."

" Ohhh, duduk jelah sana, buang duit aku je nanti."

Mendidih pula rasa bila bercakap dengan jantan ni.

" Saya pun tak mengharapkan nak balik." Masej kali terakhir aku hantar lalu aku offkan telefon aku. Ingat, bila dah bermasej ni, hilanglah rasa rindu aku kat dia, tapi lagi menyakitkan jiwa aku je.

Aku menapak ke tangga, menuju ke bilik tidur, letih badan, mungkin ini hari pertama buatkan aku lemah sedikit. Rasa melekit pada badan akibat peluh dengan cuaca panas di Malaysia, aku buat keputusan untuk membersihkan tubuh badan, busuk usahlah. Aku sendiri pun tak hingin nak bau badan macam bau bawang merah. Huh !

10 minit, aku mandi kemudian aku keluar dari bilik air tersebut, mencari baju tidur yang sesuai pada malam ini dengan cuaca yang sangat panas, suhu pun dah cecah 35 darjah Celsius.

Setelah badanku sudah dilengkapi dengan baju, aku baring di atas katil menunggu azan magrib berkumandang. Terasa bosan betul sekarang, aku buka aplikasi K-drama. Cari-cari punya cari, akhirnya K-drama  dapat menarik minat aku.

Episode satu aku tekan.

15 minit...

Azan sedang berkumandang, aku tutup telefonku seraya  pergi mengambil wudhu untuk bersiap ke surau. Mujurlah, surau tidak jauh di kawasan kediaman aku. Telekung putih dicapai lalu aku sarungkan. Beg silang kegemaran aku disangkutkan pada bahu. Telefon dan dompet juga dimasukkan ke dalam.

Aku menapak menuruni anak tangga tergesa-gesa, azam aku pada hari ini, nak duduk saf paling depan. Kan dapat pahala lebih.

Skuter milik Aqilah tiada, sudah tentu dia masih tidak pulang. Katanya, dia ada study group dengan rakan-rakannya. Aku dan Aqilah, sebaya. Tapi, disebabkan aku mula lambat melanjutkan pengajian, jadinya dia terlebih dahulu ke depan.

Selipar Jepun aku pakai, tidak lupa juga pintu rumah aku kunci dengan tertib. Aku berjalan kaki berseorangan di atas jalan raya, mahu menuju ke surau, langkah kaki ini aku cepatkan, rasa takut pula bila jalan sorang-sorang pada waktu malam.

Setelah lima minit berjalan, akhirnya aku tiba di Surau. Aku terus masuk, ke dewan solat bahagian wanita, dan ambil saf paling hadapan. Makcik-makcik yang berada sebaris dengan saf, aku hadiahkan senyuman manis. Bermanis muka, mana tahu dapat join membawang.

GIBRAN XAYDEN'S  [ 1 ] [ HIATUS]Where stories live. Discover now