Chapter || 17

39 2 0
                                    

Baru saja aku ingin masuk ke rumah apabila jam sudah menginjak pukul 12 pagi. Kakiku terhenti apabila, Gibran  yang sedang duduk di atas sofa, menoleh spontan ke arahku, eksperesi wajahnya kosong, tidak sampai dua saat pun dia kembali menatap iphonenya, semula.

Aku terus berjalan melepasi ruang tamu, untuk menuju ke bilik,  kakiku terhenti apabila seekor lipas terbang ke arah mukaku, dan menjerit.

" ARGHHH !!!"

Aku menepis seekor lipas itu dimukaku seraya haiwan itu terbang ke dinding. Ugh, ini kalau dah keluar sayap bukan lipas lagi.

Gibran yang berada di sofa tersebut, dia terserentak dengan jeritanku secara tiba-tiba, dia menghampiri aku jelas reaksinya cuak.

" Eh ? Kau kenapa ni ?"

" Lipas. Lipas hinggap kat muka saya."

Dia mengeluh berat.

" Lipas je pun. Tak mati pun kalau dia hinggap kat muka kau." Katanya selamba.

Aku mendongak , mataku dikecilkan untuk merenung tajam ke arah dia tanda protes. Dia menunduk ke bawah melihatku yang lebih rendah dari dia.

Selagi aku nak ingatkan, dia yang terlebih tinggi.

" Memanglah tak mati, tapi masalahnya lipas tu kotor." Balasku geram.

" Then? Basuh jela muka kau."

Aku memutarkan bebola biji mata ke atas.

" Lipas tu suka kat engkau lah tu, sebab tu dia cium muka kau." Dia mengusik lalu dia menapak tangga ke tingkat atas.

Aku hanya memerhati dari anak mataku melihat dia sedang menaiki tangga. Dengan selamba dia,  berjalan mendabik dada setelah itu dia menoleh ke kiri memandang aku dan bibirnya senyum sinis.

" Esok kau kemas bilik aku." Arahnya lalu dia menyambung semula langkahnya sehingga ke bilik tidur.

Ugh alang-alang aku pun tak pernah jejak kaki kat atas tu, bolehlah aku melawat .

***

Selepas aku bersiap membersihkan badan dan sudah berlengkap dengan pakaian aku menuju ke tangga untuk melakukan tugasan yang telah diberikan.

Tangan kemas membawa sebatang penyapu dan pondok. Aku menapak anak tangga satu-persatu. Pekerja-pekerja pembantu di rumah ini sudah mula melakukan harian mereka sepertia biasa.

Beberapa rakan lelaki Gibran mula menapak anak tangga untuk turun , yang aku dapat lihat mereka semua mengenakan suit berwarna hitam dan kemas.

Mereka menuruni tangga sebaris apabila melihat aku yang sedang menaiki tangga, mereka semua menghadiahkan senyuman.

Pergh macam mafia. Ni kalau tutup mata tak salah pilih ni. Kalau kau orang nak, cepat. Sebelum kena kebas.

" Morning Elvina." Sapa Rayyan yang terlebih dahulu berjalan di antara mereka. Aku hadiahkan senyuman segaris.

" Morning miss Elvina." Sapa Danish di belakangnya.

Aku menunduk sedikit, rasa segan pula dengan mereka. Aku terus melangkah anak tangga, untuk melepasi mereka.

" Cantik-cantik nak pergi mana tu?" Gurau Danial , aku mengerutkan dahi, seraya bibirnya spontan senyum mengusik.

" Cantik ? Mata awak rabun ke?" Balasku mengusik dia.

Mereka semua menghamburkan ketawa apabila , reaksi Danial terkedu.

GIBRAN XAYDEN'S  [ 1 ] [ HIATUS]Where stories live. Discover now