Chapter || 14

36 2 1
                                    

Rayyan, Airiel, Aziel, Danish, Danial dan Haydar , mereka menuju ke bilik pejabat Gibran. Mereka semua, bermanis muka apabila aku memandang mereka, semasa mereka semua melintasi mejaku.

Entah apa yang mereka bincangkan aku langsung tidak mengambil tahu. Seperti biasa, aku melakukan tugasku sehingga siap.

Sedang aku ralit melakukan tugasan, Danial membuka pintu itu dari dalam, kemudian dia memanggilku.

" Elvina." Panggilnya seraya dia melambai menyuruh aku ke mari.

" Huh? Kenapa?" Aku menjongket kedua-dua keningku ke arah dia.

" Sini, Gibran panggil." Ujarnya, lalu aku terus bangun dari kerusi dan menuju ke arahnya. Dia membuka pintu untuk aku, dah terlebih dahulu dia menyuruh aku masuk ke dalam.

Apabila aku sudah masuk di dalam ruangan bilik pejabatnya, enam pasang mata yang sedang duduk santai di atas sofa, mereka memandang aku.

Aku hanya berdiri jauh sedikit dari mereka. Setelah itu, Danial mengarahkan aku duduk di atas sofa bersebelahan dengannya. Gibran pula, berada di hadapanku. Seperti biasa, wajah dingin tidak pernah lekang.

" Tell me about the truth." Dingin suara Gibran.

Aku mengerut dahi, tidak faham apa maksudnya.

" Tell about what? I don't  understand." Ujarku setelah itu, mulutku ternganga sedikit.

" Huh." Dia sinis seraya menjeling tajam ke arahku.

" Apa dia? Saya tak faham. Boleh tak straight to the point? " Soalku tidak puas hati. Mereka yang lain hanya memerhati aku dengan Gibran.

" Kau kenal Erik?"

" Erik ? Erik ex-boyfriend Clarissa itu ke?"

Dia menganggukkan kepala.

" Saya tak pernah kenal Erik. Saya dapat tahu, siapa Erik pun sebab Clarissa yang bagitahu. Saya dah cakapkan sebelum ini, Clarissa ada cerita pasal Ex dia kat saya."

" Kau pernah tengok muka dia?"

Aku menggelengkan kepala.

" Tak pernah tengok. Masa saya terperangkap pun saya tak sempat tengok muka dia."

Mereka semua terkejut dengan pengakuanku.

" Siapa serang awak Elvina?" Danial disebelah pula bersuara.

" Saya tak kenal, tapi saya ingat lagi lelaki tu nama dia Afiq. Afiq yang pukul saya."

" Jadi, Erik tak serang Elvina, sebab tu dia tak tahu siapa Erik. But, Afiq yang serang Elvina." Rayyan membuat spekulasi.

" Setahu aku Erik ada kembar." Ariel pula bersuara.

" Tapi kembar dia dah lama mati." Giliran, Haydar pula berkata.

" Betul jugak." Mereka semua diam, cuba tafsirkan bagaimana Erik kenal aku.

" Mungkin, sebab Elvina duduk sekali rumah dengan Clarissa." Kata Danish yang dari tadi hanya mengunci mulut, eksperesi wajahnya juga seperti Gibran, sentiasa dingin.

" Tapi, jantan tu bodoh ke? Elvina tak ada kena mengena dengan Clarissa kan? Kalau dia nak Clarissa kenapa dia tak cari kita je." Ujar Rayyan pula.

" Aku pun pelik." Sokong Aziel.

" Kertas yang masa kau jumpa kat luar rumah itu, aku syak something." Tiba-tiba Gibran dihadapan berkata selepas kami semua diam.

" Ha ?"

" Kertas itu tulis ' miss me ' seolah-olah someone dah lama kenal kau."

Aku diam. Dan cuba berfikir siapa gerangan itu.

GIBRAN XAYDEN'S  [ 1 ] [ HIATUS]Where stories live. Discover now