" Elvina, pergi ambil bahan-bahan masak hari ini tau. Nak pergi sana." Kataku sambil memegang troli ingin mencari barang.
" Pergilah, Kak Siti cari bahan dessert."
Aku anggukan kepala, lalu kami berdua mula berpisah. Aku menolak troli sambil berjalan, memasuki lorong sayur-sayuran , sebelum mengambil aku membelek terlebih dahulu, setelah itu, barulah aku letakkan di dalam troli.
Sedang aku ralit melihat barang di atas rak tersebut, seseorang terlanggar aku dari belakang, dengan spontan aku hampir tersandung tetapi, disebabkan adanya troli di hadapanku, sempat lagi aku merangkul.
" Eh, cik saya minta maaf." Ucap gadis itu seraya dia memegang lenganku.
Aku mengangkat kepala melihat siapa gerangan itu.
" Tak apa." Balasku berbasi-basi.
" Eh kejap, ini Elvina kan?" Soal gadis itu nampak teruja.
Aku mengerutkan dahi seketika, bagaimana dia boleh mengetahui namaku.
" Ni I lah, Arissa. Do you still remember me?" Dia senyum lebar lalu melepaskan pegangannya pada lenganku.
10 saat aku cuba fikir siapa perempuan di hadapanku ini, setelah itu, aku dapat mengingati siapa dia.
" Oh ! Awak Arissa, yang kat station bas itu kan?" Aku turut teruja. Sudah berbulan-bulan kami langsung tidak bertemu. Kali ini bertemu sekali lagi.
Kami sama-sama gelak ketawa.
" How are you today?" Soalnya sambil dia meletakkan barang pilihan ke dalam trolinya.
" Fine, how about you?"
" I'm good. So you datang sini sorang ke?" Soalnya sambil memanjangkan sedikit leher melihat sekeliling.
" Tak, dengan kawan."
Dia angguk kecil.
" Awak datang sini, pun sorang ke?" Soalan itu aku pula ajukan kepadanya.
" Dengan abang I."
" Ouh. Mana abang awak?" Soalku mengambil berat. Teringin juga, mahu melihat wajah abangnya, sudah pasti elok , tengoklah Arissa ini pun cantik.
" Hmm..ha tuu. Abang !" Dia tunjuk di mana abangnya berada sambil melaungkan panggilan abang dia yang sedang berjalan menuju ke arah kami.
" Rissa? Siapa ni?" Soal abangnya kepada Arissa, pada tepat sekali dia bertanya siapa aku.
" Ini, kawan Rissa masa kat station bas ." Jawabnya lalu abang dia anggukan kepala.
" Hi. Nama apa?" Soal abangnya kepadaku sambil senyum manis, aku turut membalas senyuman itu.
" Panggil Elvina."
" Elvina ? Wow , beautiful name." Puji dia sambil mengenyitkan mata ke arahku, aku mampu diam dan tersenyum malu.
" Nama awak apa?"
" Me? Ouh, you can call me Araz."
Aku menghadiahkan senyuman lebar, kepadanya.
" Eh, hm jomlah. Nanti lambat pula nak masak." Ujar Araz kepada adik perempuannya.
" Ala, baru je jumpa, dah kena balik. Bagilah chance." Bantah, Arissa lalu dia membuat muka memek sedih.
" Lain kali je lah, Arissa. Ada masa kita jumpa lagi ye?" Ujarku pula. Aku pun kena balik awal, nanti tak sempat pula nak masak untuk keluarga Gibran.
" Ha dengar tu, Rissa." Kata Araz seraya dia memegang bahu adiknya.
![](https://img.wattpad.com/cover/359365839-288-k97362.jpg)
YOU ARE READING
GIBRAN XAYDEN'S [ 1 ] [ HIATUS]
RomanceGIBRAN XAYDEN & ELVINA ROSSANA Pertemuan yang tak diduga, pada awalnya lelaki yang bernama Gibran itu, hanya mahu membantu gadis tersebut yang hampir dijual oleh bapa kandung. Takdir yang tertulis buat mereka, tidak sangka mereka bakal naik pelamin...