Chapter || 07

44 4 0
                                    

Dua orang lelaki, menghampiri aku yang sedang terbaring kaku di atas sofa tanpa beralas kusyen.  Sengal di badan bahagian belakang masih berbisa. Kadang-kadang aku fikir, mungkin ini adalah hari terakhir aku hidup di atas muka bumi ini. Kata-kata ibu, masih terngiang di dalam kepala.

Walaupun takdir hidup aku sewaktu kecil, tak seindah seperti kanak-kanak lain, mungkin kebahagiaan itu akan datang apabila aku faham tentang dunia yang terlalu kejam. Dunia tidak pernah mengabaikan kau, cuma hidup ini kau perlu lalui segala pahit dan manis. Kau akan lalui, sesuatu yang pahit sebelum manis itu datang dengan sendiri, apabila kau berjaya menempuh segala cabaran. Mustahil, kau akan dapat merasa sesuatu, manis terlebih dahulu sebelum pahit. Mungkin ada di kalangan orang lain, kemanisan itu terlebih dahulu datang, tetapi percayalah, kau juga akan merasa pahit itu pada masa hadapan.

Kata ibu, Allah tidak menjemputku ke tempat asal. Kerana Dia tahu, sejauh mana hambanya mampu menempuh segala cabaran. Kerana Dia mahu, kita merasakan kemanisan dan kebahagiaan yang tertulis untuk kita sebelum dijemput ilahi.

Mereka berdua  mendukung aku ,aku hanya memejamkan mata,  berkali aku memohon pertolongan pada maha Esa tidak pernah mengalah. Aku membuka sedikit mataku,untuk melihat susuk tubuh yang terbaring di lantai itu. Clarissa seperti, sudah tidak bernyawa. Mungkin, hari ini hari terakhir aku bersama Clarissa, aku redho.

Tunggu aku di Syurga Clarissa !

Tiba-tiba, sepasang telingaku menangkap jerkahan dari seorang lelaki di hadapan, aku tidak boleh melihat kerana posisi aku didukung pada bahunya, jelas sekali, mataku hanya dapat melihat tubuh belakang lelaki jahat ini. 

" Let her go ! she has nothing to do with us ! she is  just a stranger . Poor man ! " Kata lelaki itu dengan suara dingin. Adakah itu lelaki yang Allah kirimkan?

" Why not? even though she is a stranger ?" Kata lelaki jahat disebelah ini. Bodoh aku tak ada kena mengena la jantan !

" AKU.KATA.LEPAS." Satu persatu perkataan dilontarkan dengan jelas oleh lelaki itu.

" Kalau aku taknak? kau nak bunuh aku? langkah mayat aku dulu. Gibran." Kata lelaki jahat , mungkin dia adalah kepala dalam kumpulannya . Fuh macam mafia pulak. Tapi kau kaya ke?

" Be careful with your words, i should have said that words. Not you, damn it." Penuh lagak lelaki di hadapan itu berkata. Dua orang lelaki jahat ini, terdiam dengan kata-katanya.

" Settle depan-depan bro, bukan gunakan perempuan." Satu suara yang berbeza di antara mereka bertiga. Dua orang lelaki jahat ini sekali lagi, terdiam.

" Oh Rayyan? hm...Kau nak tengok perempuan kesayangan kau macam mana sekarang? " Ujar lelaki itu.

" Erik, just settle face to face. Bukan guna cara bodoh kau. Macam budak-budak." Sindir Rayyan. Mungkin, itu kekasih baru Clarissa? Amboi Clarissa ramai peminat kau ya?

" Well, buat apa yang kauorang boleh buat." Suara penuh maskulin. tetiba sahaja lelaki yang sedang mendukung aku ini, mencampak ke lantai, tetapi sempat disambut oleh, seorang lelaki. Tubuhku terbaring di atas lantai dan kepalaku sempat dipegang oleh lelaki itu. Amboi kau, campak aku,macam campak anak patung eh?

Empat sepasang anak mata jelas kelihatan terkejut apabila, mereka melihat wajahku. Mungkin dia orang sangkakan aku adalah Clarissa. Aku diam. Lelaki ini, membawa aku ke arah blok bangunan yang jauh sedikit. Aku dibawa di dalam dukungannya, kemudian dia berhati-hati meletakkan aku di atas lantai dan bersandar pada dinding ini. 

" Argh ! sakit ! " Jeritku, apabila dia ingin membantu aku duduk. Allah dah la, tulang belakang ni masih berbisa. Dia terkejut, wajahnya prihatin lalu dia  segera membaringkan aku.

GIBRAN XAYDEN'S  [ 1 ] [ HIATUS]Where stories live. Discover now