Chapter || 26

46 2 0
                                    

" Gibran , aku nak bagitahu kau. Papa kau nak jumpa minggu depan, bila dia dah balik sini." Ujar, Rayyan lalu dia duduk di birai katil Gibran.

Gibran yang sedang menaip sesuatu di laptopnya menoleh sesaat ke arah sepupunya itu, dan menoleh kembali pada skrin laptopnya semula.

" So how ? "

" How, what?" Soal Gibran berbalas soalan, jelas dia malas mahu berfikir.

" Huh. About Clarissa."

Gibran diam , dia terus tutup laptonya kemudian dia memusingkan kerusi itu menghadap sepupunya. Dia berpeluk tubuh , ekperesi wajahnya tidak berperasaan.

" Nantilah, aku fikir. Dia pun tak sedar-sedar lagi. Kes Clarissa pun tak settle lagi, dengan dua ekor setan tu."

" Hmmm... Aku tahu Gibran. Bukan kau sorang je yang lawan dengan dia orang. Tapi, kita orang ni pun lawan dia orang. Macam mana pun kau jangan focus sangat, dengan musuh. Fikir juga, parents kau next week dah balik sini."

Gibran mengeluh kasar. Dia sandarkan kepala pada kerusinya seraya, dia merenung syiling kosong.

Dia fikir masak, dengan kata-kata sepupunya itu, jika dia langsung tidak mengendahkan tentang ibu bapanya akan menjadi masalah besar.

" Kau nak berterus terang apa yang jadi ke?" Soal Rayyan, dia bangun menghampiri Gibran dan berdiri bersandar pada dinding, matanya menatap tubuh Gibran.

" Ntahlah, aku pun dah pening nak fikir. Tambah pulak, dia tak sedar lagi. Aku nak jawab nanti macam tak ada guna, alasan apa aku nak bagi? Dia orang mesti akan tahu juga."

" Aku dah kata kan? Dari awal. Patutnya, kau kena bagi tahu dia orang. Kau degil, sekarang dia orang dah nak balik baru kau nak serabut."

" Aku dah kata kan, aku taknak buat dia orang susah hati kat sana." Jawab Gibran dengan nada suaranya serius.

" Dah tu ? Kalau dia orang baru dapat tahu, dia orang senang hati ke? "

Gibran tegakkan badan, dia langsung tidak memandang Rayyan yang tengah bersandar pada dinding itu.

" Aku cakap je lah, Clarissa pergi bercuti."

" Are you serious? Kalau dia orang call Clarissa?"

Gibran angkat bahu.

" Katalah, Clarissa bercuti kat luar negara."

" Kalau dia orang pergi tempat, ke mana Clarissa pergi ? Macam mana? Dia orang bukannya tak ada duit. Sanggup nak tengok anak kesayangan dia orang."

" Tak. Aku tak rasa dia orang sanggup pergi cari Clarissa kat luar sana."

" Kau lupa ke ? Masa Clarissa study kat oversea, parents kau sanggup terbang pergi sana semata-mata nak sambut birthday dia."

Gibran jeda. Dia masih ingat kejadian sewaktu, adik tirinya menyambung pelajaran ke luar negara, ibu dan bapanya sanggup berlepas semata-mata menyambut hari lahir. Walaupun pada ketika itu, mereka baru tiga hari pulang ke tanah air dari tanah suci Mekah.

Betapa sayangnya mereka pada Clarissa, sehingga Gibran rasa ditindas oleh bapanya dan ibu tirinya. Tidak lupa juga, ibu kandung. Dia rasakan selama ini, dia hanya berdiri di kaki sendiri sejak kanak-kanak sehinggalah meningkat dewasa. Kesedihan yang dia pendam selama ini terlalu banyak dan tidak mampu untuk dinilai.

Tetapi, adanya rakan-rakan rapat serta sepupu bekerja dengannya , kesunyian itu mula kurang. Tetapi, jikalau nak dibandingkan masa dengan keluarga sendiri dengan orang luar , cukup berbeza. Dia sudah anggap selama ini rakan-rakannya seperti keluarga.

GIBRAN XAYDEN'S  [ 1 ] [ HIATUS]Where stories live. Discover now