• Love is not what you say. Love is what you do •
2 minggu kemudian...
Aku duduk di atas kerusi menghadap Clarissa yang masih terbaring di atas katil. Rasa sebak di dada hendak menangis melihat Clarissa seperti itu. Rasa sunyi.
Aku memegang jari-jemarinya dan menggenggam erat. Anak mataku sesekali mengerling, pada mesin Defibrillator itu sedang berjalan dengan lancar, menunjukkan degupan jantungnya sedang normal. Keluhan kecil di bibirku.
" Clarissa... Aku minta maaf, sebab tak sempat nak selamatkan kau." Ujarku dengan penuh kesal dalam diri lalu aku menggelengkan kepala.
" Bukan salah kau, Rossana. " Satu suara menangkap sepasang telingaku, terus aku menoleh pada pemilik suara garau tersebut di sebelahku. Entah, bila lelaki itu masuk, aku langsung tidak sedar.
" Kau dah sehabis baik, untuk selamatkan dia. Tapi, kau pun hampir nak mati. Jangan risau, kita doa yang baik-baik untuk Clarissa. Kau menangis macam ini, lagi dia sedih." Ujarnya dengan lembut.
" Clarissa, adik tiri aku. Papa aku, kawin dua. Aku dan Clarissa hanya adik beradik tiri. Aku ni hasil perkahwinan dari mama dan papa. Five years ago, My mother died, because she could not be saved. She is dead. There is no point in crying. Cuma apa yang boleh buat kami tenang, berdamai dengan takdir." Katanya dengan tenang lalu dia mengeluh kecil.
" Lepas setahun, mama aku pergi. Papa aku jumpa ibu Clarissa. Kemudian dia orang berkahwin. Clarissa hanya hasil perkahwinan dari ayah kandung dia dan ibu dia. " Sambungnya lagi, bibirnya tiba-tiba tersenyum kecil.
" Papa dan ibu tiri awak, duduk kat mana? Diorang tahu, tak pasal Clarissa?" Soalku ingin tahu. Tertanya-tanya, juga mana pergi ibu bapa Clarissa, langsung tidak melawatnya. Gibran berdehem kecil.
" Erm...papa dan ibu aku, bekerja kat luar negara. Ada hal." Jawabnya ringkas, tetapi aku dapat lihat dia seperti tidak selesa dengan soalan yang aku ajukan.
" Hm. Bila Clarissa boleh sihat macam dulu ? " Soalku , cuba mengalihkan topik. Aku memberikan tumpuanku ke arah Clarissa yang setia terbaring itu.
" I don't know. Apa boleh buat, berdoa supaya dia cepat sembuh." Ujarnya ringkas, padat dan tepat. Aku menganggukkan kepala.
" Clarissa dah berminggu-minggu koma. Doktor kata, dia macam tak ada harapan untuk hidup. Tapi, aku yakin dengan kuasa Allah. Orang yang nazak pun boleh bernafas semula, apatah lagi hanya koma kan?" Dia berkata untuk menyedapkan hatinya. Betullah apa yang dia cakap itu, kuasa Allah tiada siapa yang boleh melawan.
" Dia koma. Jantung dia tak berhenti, cuma otak dia tak berfungsi." Kataku seraya, Gibran mengangguk laju.
" Jomlah, balik. Aku bawa kau ke rumah aku. Gantikan tempat, Clarissa dan jadi personal assistant aku." Ujar dia, lalu tangannya pantas memegang kerusi rodaku. Dia terus menolak ke luar dan seterusnya dia menekan butang lif.
" Saya tak reti bekerja dalam pejabat. Hal-hal pejabat business awak lagilah saya tak tahu. Kenapa awak tak cari yang baru je? " Soalku lalu aku memusingkan kepala ke belakang sedikit untuk melihat wajah tampannya.
Bibirnya terukir senyuman sinis. Handsomenya lah jodoh orang ya.
" Kau memang nak cari penyakit ke? Kalau boleh pusingkan lagi kepala kau ke belakang biar leher kau pula patah. Aku tahu, aku handsome , behave sikit boleh ? " Sindirnya dan sekali lagi sexy smirk ! Aku terus memutarkan bebola biji mata tanda menyampah. Riak.
YOU ARE READING
GIBRAN XAYDEN'S [ 1 ] [ HIATUS]
RomanceGIBRAN XAYDEN & ELVINA ROSSANA Pertemuan yang tak diduga, pada awalnya lelaki yang bernama Gibran itu, hanya mahu membantu gadis tersebut yang hampir dijual oleh bapa kandung. Takdir yang tertulis buat mereka, tidak sangka mereka bakal naik pelamin...