Chapter || 23

43 2 0
                                    

" So kau cakap, yang ayah kau hampir rogol kau waktu dia mabuk?"

Aku angguk kecil.

" Ayah jenis apa dia tu?" Soalnya lalu dia menggelengkan kepala.

Aku senyum terpaksa.

" Sekarang saya pun tak tahu, ayah saya pergi mana. Lepas kejadian awak bawa saya ke sini, langsung saya tak dapat contact." Ujarku seraya jari mengusap perlahan telapak tangan.

Dia berdehem.

" Dia... Dia ada je. Hidup lagi." Ujarnya lalu dia memandang kolam renang di hadapan.

Aku mengerutkan dahi dan menoleh ke arah dia dengan ekperesi serius.

" Mana? Ibu saya ? Mesti awak tahu kan?" Soalku mendapat kepastian darinya. Aku masih mengingati kejadian perit pada malam itu, kali terakhir aku hanya dengar suara dia bergaduh dengan ayah.

" Kau nak jumpa ibu kau? " Soalnya dia menatap anak mataku dengan pandangan lembut.

Aku angguk laju, seraya bibirnya tersenyum manis.

" Dia ada, aku arahkan pekerja aku hantar ibu kau ke rumah orang tua. Kat situ aku rasa lebih baik. Ada doktor boleh datang merawat ibu kau, berbanding duduk di kampung." Dia bangun berdiri, tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar sambil memandang aku.

" Boleh awak bagitahu, mana rumah orang tua itu?" Soalku lalu mendongak ke arah dia.

" Next week." Jawabnya pendek.

" Terima kasih." Ucapku seraya bibir tidak lekang dari senyuman lebar.

Masa yang ditunggu - tunggukan, oleh aku selama ini. Berbulan-bulan aku tidak dapat berjumpa dengan ibuku.

" Berapa banyak ayah saya hutang dengan awak?" Aku bangun dan berdiri di hadapan dia. Dia berpeluk tubuh dan mengeluh kasar.

" Sebenarnya, apa yang aku cakap masa kat office kat kau hari itu, tak ada betulnya pun."

Aku kerutkan dahi, tidak faham apa yang dia sampaikan.

" Let me I tell you, the true story." Dia duduk semula di bangku ini, dan menarik lenganku untuk duduk sekali.
Aku hanya patuh.

" Sebenarnya malam tu, aku datang bukan sebab nak kutip hutang or nak jual engkau. Aku yang selamatkan kau dari ayah kau." Katanya bersungguh-sungguh.

Aku diam dan memandang dia disebelah, dia memandang hadapan manakala aku hanya dapat melihat tepi wajahnya.

" Habistu, awak ni siapa sebenarnya?"

Bibirnya terukir senyuman segaris.

" Aku manusia dari planet Pluto." Ujarnya selamba seraya menahan ketawa.

Aku terus menumbuk lengannya perlahan.

" Cakaplah betul-betul!" Marahku lalu aku menjeling tajam.

" Chill okay ? Don't be serious."

" Eleh dia tu yang selalu serius. Kata kita pulak." Balasku kasar.

" HAHAHA okay, okay I'm sorry precious."

" Kenapa precious?"

" Precious itu kan berharga. That's why, aku selamatkan dari benda buruk. Kau terlalu berhaga untuk dibuang."

Aku menjuihkan bibir , lalu dia hamburkan ketawa.

" Okay, let's continue. Ayah kau berhutang dengan orang kaya atasan, which is aku kenal siapa orangnya. Kau tak perlulah tahu sebab tak penting, lebih baik kau fikir pasal aku, sebab aku ni penting dalam hidup kau." Dalam masih bercerita pun dia boleh lagi mengusik aku.

GIBRAN XAYDEN'S  [ 1 ] [ HIATUS]Where stories live. Discover now