" Kak Elvina, hari ni kita nak buat apa ? Nak keluar cari ibu ke ?" Aulia berbisik di telingaku sewaktu kami berdua sedang berada di meja makan.
" Akak pun tak tahu nak cari ibu kat mana lagi. " Jawabku ringkas setelah makanan di dalam mulutku dikunyah habis. Sesekali aku mengerling ke arah Makcik Zita yang sedang membasuh pinggan di singki.
Kami berdua diam, dan hanya menjamu selera sarapan pagi yang dibuat oleh Makcik Zita. Masakan ibu aku rindu, apabila melihat hidangan mi goreng ini.
" Umi." Panggil Hadi secara tiba-tiba dia menuruni anak tangga menuju ke arah dapur ini. Aku dan Aulia serentak memandang Hadi yang berada di anak tangga, dia juga turut memandang kami di meja makan.
" Ya Hadi? Dah nak pergi kerja ke? " Soal uminya setelah selesai membasuh pinggan, seraya dia melangkah ke arah meja makan sambil memandang anak terunanya itu.
" Ya umi." Jawabnya ringkas, masih berdiri di atas anak tangga.
" Dah kenapa kamu tercegat kat situ? Meh lah makan, nanti gastrik perut tu." Ajak uminya sambil dia mencapai pinggan kosong di atas meja tersebut lalu dia mencedok kan mi goreng ka atas pinggan. Cawan pula diambil dan air teh di tuang ke dalam cawan tersebut.
Hadi melangkah ke arah meja ini. Jelas wajahnya segan apabila ada dua anak dara turut berada di meja makan. Dia mengambil tempat duduk di hadapanku. Aku menghadiahkan senyuman segaris ke arah dia.
" Hari ni ada nak pergi mana-mana ke?" Soal Hadi kepadaku seraya sesekali dia mengerling ke arah Aulia yang berada di sebelah aku.
" Hm...Kita orang pun tak tahu nak pergi mana. Tapi, kami plan nak pergi pekan. Dah lama tak pergi."
Dia angguk kecil lalu menyuapkan mi goreng ke dalam mulutnya. Setelah dikunyah habis, dia berbicara.
" Oh ? Awak berdua memang duduk sini ke dulu?" Soalan itu dia ajukan kepada kami.
" Saya dulu, masa zaman sekolah memang duduk sini. Jadi, saya tahu la juga tempat-tempat menarik kat sini."
Automatik aku nampak dia nampak teruja dengan jawapanku. Dia menegakkan badan.
" Oh ya? Dulu awak duduk mana?"
Aku terdiam seketika dengan soalan itu, aku mengerling ke arah Aulia yang masih menunduk. Dah kenapa budak ni? Kena sampuk ke?
Aku mengerling semula di hadapan. Telan air liur dahulu.
" Dulu, Elvina ni penyewa rumah ni dulu." Jawapan itu dari Makcik Zita seraya di melabuhkan punggungnya di atas kerusi sebelah anak terunanya.
Kami bertiga memandang ke arah Makcik Zita. Hadi angguk.
" Oh ya? Habistu awak datang sini buat apa? "
" Er. Saya datang sini, saja nak melawat kampung. Rindu pula rasanya." Bohongku. Tujuan aku datang ke sini adalah untuk mencari ibu kandungku setelah hampir dua bulan kami berpisah. Aku terpaksa berbohong, kerana malas nak cerita.
" Ouh, macam tu. Eh malam nanti ada pesta makan kat pantai. Jomlah kita semua pergi." Dia berkata , jelas mengajak kami untuk bersiar-siar di pantai.
" Saya okay je. Dah lama juga saya tak pergi ke pantai." Kataku seraya bibir mengoyakkan senyuman lebar. Sudah lama juga, aku tak jejak kaki di pantai . Dulu, masa zaman sekolah aku kerap juga bersiar-siar di pantai bersama ibu, atau jiranku yang bernama Alia.
Cakap pasal Alia, dah lama juga aku tak berjumpa. Semenjak dia menyambung pelajaran ke peringkat universiti setelah tamat pengajian di tingkatan enam dahulu. Aku dengar, dia ambil jurusan kejururawatan.
YOU ARE READING
GIBRAN XAYDEN'S [ 1 ] [ HIATUS]
RomanceGIBRAN XAYDEN & ELVINA ROSSANA Pertemuan yang tak diduga, pada awalnya lelaki yang bernama Gibran itu, hanya mahu membantu gadis tersebut yang hampir dijual oleh bapa kandung. Takdir yang tertulis buat mereka, tidak sangka mereka bakal naik pelamin...