Chapter || 12

44 2 0
                                    

• Having you is a hallucination , you are a real object but it feels like mirage •

Hari ini, adalah hari pertama aku berkhidmat sebagai seorang pembantu peribadi kepada lelaki yang bernama Gibran Xayden bin Ghazir Xayden. Macam mana aku tahu nama penuhnya? Sudah tentu, aku melihat file-filenya sewaktu, aku mengemas bilik kerjanya.

Rayyan membawa aku di mana mejaku berada, aku membuntuti langkahnya ke meja yang telah tersedia untukku. Aku memerhati setiap hiasan di atas meja tersebut, dengan adanya beberapa pokok kaktus kecil.

Tidak terlalu serabut dengan pandangan mata, hanya berhiaskan pokok kaktus dan anak patung panda.
Aku menggelengkan kepala, geli hati melihat panda kecil itu.

Siapalah yang rajin hiaskan untuk aku ini.

Dengan spontan bebola biji mataku dilarikan pada suatu nama yang terpampang di atas meja itu yang sedikit terhalang dengan buku-buku.

' Caitlin Clarissa '

Sebaris nama itu aku anggukan kepala, sudah tahu siapa pemilik meja ini.

Ceh ingatkan ada orang hiaskan untuk aku, sempena staff baru. Rupanya bekas orang.

" This is your table. " Ujar Rayyan lalu dia mencapai anak patung panda itu. Aku terus mengerutkan dahi.

" Kenapa awak ambil anak patung panda itu? Bukan Clarissa punya ke?" Soalku lalu meletakkan beg silang kesayangan di atas meja.

Dia menjongketkan kening sebelah lalu dia mengerling pada panda itu, dan kembali menatap mataku.

" Yup, memang dia punya. But, this statue is a gift from me." Katanya, ekspresi wajahnya sedikit sedih , mungkin mengenangkan Clarissa yang sedang koma di hospital. Aku turut berasa sedih.

Moga kau cepat sembuh Clarissa.

" Jadi, awak nak ambil balik ke? " Tanyaku. Dia mengangkat kedua-dua belah bahu sebelum jawab.

" Sementara Elvina yang duduk sini, tak salah saya ambil panda ini kan? Panda ini hanya untuk Clarissa." Ujarnya lalu dia menjatuhkan kepala melihat panda di tangannya.

" Awak dengan Clarissa ada apa-apa ke? " Soalku, seraya wajah nakalku ditayangkan. Dia berdehem kecil.

" Ermmm... Awak duduklah sini. Buat kerja awak. Tak pasal-pasal nanti Gibran mengamuk." Dia terus berlalu pergi bersama anak panda Clarissa. Bibirku menguntum senyuman.

Untung kau Clarissa, mamat handsome suka kau, Plus kaya. Eh kau pun Asal keluarga kaya kan? Tukar-tukar, untunglah dapat lelaki bulu mata lentik. Eheks.

Aku membuka segala file yang berada di atas meja lalu membelek apa isi kandungan di dalam. Aku mengeluh dan menjatuhkan bahuku.

" Mana lah aku faham nak buat ini. Tak relate langsung time aku belajar masa form six dulu. Aku menongkatkan dagu dan membaca segala yang telah dicatat oleh Clarissa.

" Hi Elvina, I'm Elisha." Sapa seorang gadis lalu dia menepuk perlahan bahuku seraya aku memanggungkan kepala memandang dia.

" Hi, hehehe." Balasku sedikit janggal.

GIBRAN XAYDEN'S  [ 1 ] [ HIATUS]Where stories live. Discover now