" Kau tunggu bas ke?" Soal lelaki itu.
" Tak." Jawabku sepatah.
Dia memandang aku.
" Dah tu? Bahaya kau duduk sini sorang-sorang."
Aku diam. Mood tidak baik lebih baik aku diam. Lelaki yang aku tak kenal siapa dia yang sebenar lebih baik, aku berjaga-jaga, tak mahu pisang berbuah dua kali.
Aku mula bangun hendak melangkah pergi tetapi, dia memanggilku.
" Wait. Kau nak pergi mana?" Soal lelaki tersebut.
Aku memusingkan tubuh menghadap dia.
" Balik."
Dia menganggukkan kepala.
" Jauh ke rumah kau?"
Aku mengangkat bahuku.
" Dalam 15 minit lagi, sampai la." Jawabku malas.
" Aku hantarkan." Dia mempelawaku.
Aku pantas menolak cadangan dia. Entah dia ni siapa, aku tak tahu. Entah dia ni lebih kurang sama macam Gibran. Mula-mula berbaik,bila dah dapat kepercayaan sepenuh dari aku ? Entah apalah yang akan jadi dengan hidup aku nanti.
" Tak perlu, saya boleh jalan sendiri." Ujarku seraya kaki melangkah pergi.
" Bahaya lah, kau jalan sorang-sorang macam ni. Tengah panas pulak tu." Dia masih tidak mengalah. Dia mengikuti aku dari belakang.
Aku diam, langkah aku semakin laju untuk mengelak dari lelaki asing itu.
" Kau ni kenapa? Okay ke tak?" Soal lelaki tersebut seraya dia sudah berjalan bersebelahan denganku.
Aku memandang dia sepintas , setelah itu pandangan ke depan semula.
" Saya nak balik. Jangan kacau saya." Ujarku dingin.
" Tak. Aku tak nak pun kacau kau, tapi aku boleh tumpangkan kau, balik. Bahaya lah kau jalan tempat sunyi macam ni." Ujarnya desak.
" Lagi bahaya kalau saya tumpang dengan awak. Entah awak ni jahat ke baik, saya pun tak tahu. Saya tak pernah kenal awak."
" Okay, aku Hadi. Engkau? " Dia memberitahu namanya.
Aku terus memberhentikan langkahku dan menghadap dia disebelah.
" Elvina." Jawabku pendek, eksperesi wajahku tidak berperasaan.
" Okay, now naik dengan aku. Jangan risau, aku tak apa-apakan kau."
" Macam mana saya nak percayakan awak?" Tanyaku sinis.
Dia mengeluh berat.
" Okay. Macam ni, kau naik kereta dengan aku, then aku oncall dengan mak aku." Ujarnya untuk mendapat kepercayaanku.
Aku diam dan fikir masak-masak. Serik untuk aku percayakan manusia di atas muka bumi ini lagi.
" Macam mana kalau itu, bukan mak awak ? "
Dia menggelengkan kepala, jelas sekali ekperesi wajahnya kecewa. Aku menjongket kening sebelah.
" Okay, aku buat video call." Dia beri cadangan.
Aku fikir dahulu sebelum menerima pelawaannya. Lima minit aku diam, dan setelah itu, aku terima cadangan dia.
" Okay. Kalau apa-apa jadi kat saya, saya tak akan maafkan awak seumur hidup saya. kalau saya mati, disebabkan awak saya akan menghantui hidup awak, faham ? " Ujarku serius.
" Well, let's go." Dia melangkah semula ke arah bas stop itu, aku juga turut membuntuti langkahnya.
Apabila kami sudah sampai ke kereta Honda Accord berwarna maroon itu, dia mempelawa aku untuk masuk. Aku membuka pintu di bahagian penumpang di hadapan.
YOU ARE READING
GIBRAN XAYDEN'S [ 1 ] [ HIATUS]
RomanceGIBRAN XAYDEN & ELVINA ROSSANA Pertemuan yang tak diduga, pada awalnya lelaki yang bernama Gibran itu, hanya mahu membantu gadis tersebut yang hampir dijual oleh bapa kandung. Takdir yang tertulis buat mereka, tidak sangka mereka bakal naik pelamin...