" See. Masa Clarissa keluar jumpa ex dia. Ada orang pecah masuk rumah kau. Tapi, kau tak cerita kat kita orang, kenapa?" Kata Gibran, selepas kami bertiga melihat rakaman CCTV yang berada di rumah Clarissa.
Entah bagaimana aku langsung tak perasan di rumah dia ada CCTV.
" Tapi, masa tu lepas saya solat zuhur, saya cuma dengar sesuatu je. Kaca pecah dan saya fikir tu 'Mimi.'" ujarku, mereka berdua yang duduk di depan menoleh aku ke belakang.
" Mimi tu kucing Clarissa kan? Jadinya masa Elvina, lepas solat cuma dengar bunyi je lah. Dia anggap kaca pecah tu Mimi yang buat. Tapi, Elvina ada nampak orang tak? Cuba nak serang ke?" Rayyan pula bersuara.
" Hm...Masatu bila saya dengar bunyi kaca pecah dan dengar tapak kaki orang berjalan. Saya terus lari masuk bilik dan kunci. Sampai malam saya terperap dalam bilik."
Mereka berdua anggukan kepala.
" Betullah Clarissa tak balik sampai malam." Ujar Gibran, lalu dia menggelengkan kepala.
Selepas itu masing-masing diam. Jari Rayyan, mula menekan bahagian file video lain pada keyboard laptopnya.
Aku terserentak hebat, apabila melihat rakaman itu, menunjukkan aku berada di sebuah bangunan kotor, di mana sewaktu aku di serang oleh musuhnya.
Jelas CCTV itu, menunjukkan aku diserang dari belakang di bahagian kepala, menyebabkan aku pengsan. Kemudian, aku diserang oleh tiga orang lelaki lagi, selepas aku sedar seketika . Kejadian itu, masih mengingati aku, dicampak kuat pada rangka sofa yang tiada alasnya.
Video tersebut masih panjang, kami bertiga masing-masing hanya tumpukan pada video itu yang sedang berjalan.
Seorang lelaki mencampak, Clarissa ke lantai . Clarissa dan lelaki itu bergelut dan akhirnya Clarissa rebah akibat dipukul kuat dengan kayu baseball di kepalanya. Ngilu.
" Wait... Kau berhentikan part yang muka laki tu. Muka Erik." Rayyan mengikuti arahan sepupunya itu.
" Kau kenal muka dia? " Soal Gibran kepada aku.
" Wait ! Ini Erik ?! " Jelas aku terkejut dengan wajah lelaki itu. Lelaki itu bekas teman lelaki aku dua tahun lepas.
Otak mula ligat mencari jawapan. Selama ni dia dah lama kenal Clarissa? Atau, masa aku tengah bercinta dia pun bercinta dengan Clarissa ?
" Yes, He is Erik." Ujar mereka serentak.
" Erik ? Ya saya tahu nama dia... Cuma, saya pernah tengok muka dia." Ujarku perlahan.
" Ha apa? Aku tak faham." Soal Gibran dengan dahinnya dikerutkan.
" Edrick... Ex saya. Rupanya, Erik." Kataku, mereka berdua memandang aku tidak percaya.
" What do you mean, Elvina?" Jelas Rayyan masih tidak faham apa yang aku bicarakan.
Aku mengeluh kecil.
" Dulu, saya ada boyfriend nama Edrick. Muka dia sebijik macam dalam rakaman video ini. Rupanya dalam dua tahun tu, saya kena tipu dengan dia rupanya."
" Clarissa bercinta dengan Erik dah hampir lima tahun. Dan kau pun bercinta dengan laki ni dalam masa dua tahun? Lalu?" Soal Gibran mendapat kepastian dari aku.
" Mungkin... Sebab saya pernah bercinta dengan lelaki tu. Tapi, nama dia Edrick bukan Erik." Jawabku setelah itu, aku angguk kecil menjawab soalan Gibran.
" Damn." Maki Gibran keras.
" Wait...Bukan, Erik ni ada kembar ke?" Secara tiba-tiba, Rayyan menyoal kepada sepupunya di sebelah.
YOU ARE READING
GIBRAN XAYDEN'S [ 1 ] [ HIATUS]
RomanceGIBRAN XAYDEN & ELVINA ROSSANA Pertemuan yang tak diduga, pada awalnya lelaki yang bernama Gibran itu, hanya mahu membantu gadis tersebut yang hampir dijual oleh bapa kandung. Takdir yang tertulis buat mereka, tidak sangka mereka bakal naik pelamin...