Uitm.
Selesai sahaja aku letakkan beg pakaian aku di dalam rumah sewa, kami terus gerak ke kampus untuk buat pendaftaran.
" Mana nak daftar nya?" Soalku ke arah Gibran, jelas aku nampak risau. Bukan setakat risau tapi anxiety.
" Tu kat depan tu, kau ni gelabah lah, rilek boleh tak?"
" Ish ! Awak ni, saya tak suka tempat sesak tau. " Marahku lalu aku menjeling tajam.
" Suka ke tak suka, kau kena pergi jugak. Dah pergi, serabut aku duduk sini. Tu cepat, nanti ramai orang." Arah Gibran dengan tegas lalu dia menolak bahuku untuk pergi.
" Ish, tahulah ! Tak payah lah tolak-tolak." Terus aku berjalan ke suatu bilik itu. Aku mengisi borang yang telah ditetapkan oleh pengurus di situ.
5 minit kemudian...
" Dah siap." Ujarku setelah itu, aku duduk di pondok kecil bersama Gibran.
" Cuba kau tengok kat sana." Arah Gibran lalu jari telunjuknya menghala ke arah parking kereta aku terus menoleh ke arah sana.
Alangkah terkejutnya aku, kawan-kawan Gibran juga turut hadir di kampus ini.
" What ?! Masa bila dia orang ikut?" Soalku tidak percaya.
" Dia orang naik flight." Jawab Gibran dengan malas lalu dia bangun berdiri. Aku turut berdiri di sebelahnya.
" Kau lapar tak?" Soalnya. Terus aku angguk laju.
" Jom." Kami berdua melangkah menuju ke arah kereta, kawan-kawan Gibran memerhati langkah kami, jelas mereka sedang menunggu.
" Hi, Elvina." Sapa Haydar dengan senyuman lebarnya.
" Hi." Balasku seraya tangan melambai ke arah mereka semua.
" Macam mana? Okay semua? Dah tak sabar ke?" Soal Danish.
" Semua okay, haah tak sabar nak belajar."
" Hurmmm... Angaulah, Gibran lepas ni." Usikan Rayyan disambut gelak ketawa kami, kecuali Gibran mula menayangkan wajah bengisnya.
" Dahlah, Ross jom kita makan. Tak payah layan beruk-beruk ni." Ajak Gibran lalu dia menarik tanganku yang berlapik dengan baju kemeja.
" Bro, kita orang pun lapar. Belanjalah kita orang makan sekali !" Jerit, Danish dengan tanpa rasa malu, apabila aku dan Gibran mula menjauhi mereka semua , orang awam disekeliling mula menoleh ke arah mereka.
" Ya bro ! Kita orang lapar ! Sehari tak makan ni ! Kau tak bagi gaji !" Jerit Megat Aziel.
" Kepala hotak dia orang, dari pagi tak makan. Beruk-beruk tu dah lahap nasi lemak dalam flight." Gumam Gibran, aku gelak besar.
" Suka eh kau?" Soal Gibran. Aku senyum lebar.
" Kelakar jugakan awak ni."
Gibran memutarkan bebola biji mata ke atas, mengejek aku lah tu.
" Awak ikut saya eh?",
" Haah, kau kan suka buat mata macam ni . Acah comel." Kata Gibran dengan selamba mengutuk aku di akhir ayatnya, lalu kami terus merebahkan diri di dalam perut kereta yang berjenama Mercedes benz milik dia.
" Awak tak sedih ke nanti tak ada saya nak gaduh?" Soalku spontan ke arah dia yang sedang kemas memegang stereng.
" Tak.. lagi tenang hidup aku." Selamba sahaja dia menjawab tanpa rasa bersalah. Aku menjuihkan bibir.
" Dah tu kenapa awak nak kawin dengan saya?" Nada suaraku mula berubah.
" Saja. Aku nak usik kau."
" Ish, macam budak-budak!"
YOU ARE READING
GIBRAN XAYDEN'S [ 1 ] [ HIATUS]
Roman d'amourGIBRAN XAYDEN & ELVINA ROSSANA Pertemuan yang tak diduga, pada awalnya lelaki yang bernama Gibran itu, hanya mahu membantu gadis tersebut yang hampir dijual oleh bapa kandung. Takdir yang tertulis buat mereka, tidak sangka mereka bakal naik pelamin...