Chapter || 30

56 2 0
                                    

Baju ini aku tenung lama apabila aku selesai mandi. Sedang aku ralit , mengusap perlahan pada baju dress yang berwarna soft pink itu, automatik bibirku terukir senyuman lebar. Berkali-kali aku memuji baju pemberian Gibran.

Tok tok tok.

Ketukan pintu bilik dari luar menyedarkan aku. Terus aku bangun dan melangkah ke arah pintu tersebut. Baru sahaja aku ingin memulas tombol pintu, baru aku teringat , aku hanya bertuala terlilit di badan. Pegangan pada tombol pintu, aku serta-merta lepas.

" Elvina? Lambat lagi ke?" Suara seorang perempuan yang cukup aku kenali itu. Mama Clarissa.

" Ya, aunty. Kejap." Jawabku.

" Mama tunggu kat luar ya."

" Okay aunty."

Terus aku menapak semula ke katil. Kemudian,aku menyarungkan dress pada badanku. Aku pusingkan badan melihat diriku di pantulan cermin itu. Dari atas sampailah ke bawah aku teliti, sesuai. Pandai betul Gibran pilihkan untuk aku.

Aku melangkah ke arah meja solek, foundation aku tepekkan pada kulit wajah mulusku hanya nipis bersama bedak. Aku letakkan lipstik berwarna nude pada bibirku. Make upku hanya simple. Tak berani aku, nak make up tebal-tebal bukannya pandai pun. Karang tak pasal-pasal aku jadi badut kat sana.

Aku sarungkan tudung shawl berwarna soft white. Ini juga pemberian Gibran, dari atas sampailah bawah semua dari dia. Selesai aku melilitkan shawl pada kepala, aku mencapai beg tangan dan melangkah ke arah pintu bilik.

Dup Dap dup dap.

Tiba-tiba sahaja aku berdebar, mungkin aku tak biasa berada di tempat ramai orang. Itulah salah satu kelemahan yang aku ada.  Aku mengambil nafas sedalam-dalamnya terlebih dahulu.

Rilek, rilek Elvina. Nanti dah sampai sana kau makan je. Kalau orang tanya pasal kau, kau pandailah goreng.
Ingat, makanan kat sana mestilah sedap-sedap, bila lagi kan kau nak merasa.

Akhirnya, aku memulaskan tombol pintu lalu melangkah keluar . Aku lihat, mereka semua sudah menunggu di ruang tamu. Kawan-kawan Gibran juga turut menghadiri majlis pada malam ini.

Aku menapak ke arah mereka semua, semua mata tertumpu pada aku. Wajahku mula membahang terasa kian malu dengan sepasang mata mereka.

" She looks so pretty." Puji Haydar.

" Yes, she looks so gorgeous." Puji Danial.

" Oh my god, I never seen pretty like this." Ucap, Danish pula.

Aku telan air liur, entah kenapa aku rasa macam membahang di pipi, mungkin aku blushing. Bibirku hanya terukir senyuman segaris terasa janggal pula.

" She is mine." Ujar Gibran, kini semua mata beralih pada dia. Aku lihat, bibir Gibran terukir senyuman manis sehingga menampakkan lesung pipit kirinya.

" Yes, she's Gibran." Kata mereka berbisik lalu menganggukkan kepala.

" Eh sinilah, Elvina." Panggil mama Clarissa lalu dia menarik tangan aku untuk duduk di atas sofa bersebelahannya. Kan aku dah cakap, mama Clarissa ini baik tapi anak dia tu menyakitkan hati.

Aku pelik, mereka tengah tunggu siapa lagi ? Aku tengok semua dah siap. Nak tanya, nanti dia orang fikir aku ini tak menyabar pula.

" Mana Clarissa ni?" Tanya Tan Sri Dato' Ghazir Xayden. Mereka yang sedang bersembang terdiam, apabila orang kaya tua itu mula bersuara.

" Biasalah anak dara tu, kalau bersiap macam pengantin." Ujar Emma , iaitu mama Clarissa.

Akhirnya ,  Clarissa pun mula melangkah menuruni anak tangga satu persatu, dengan gaya seperti model antarabangsa. Aku syukur walaupun dia sudah hilang ingatan tetapi, tudungnya masih setia berada di kepalanya. Dia mengenakan baju berwarna merah dan tudung berwarna marron. Cantik !

GIBRAN XAYDEN'S  [ 1 ] [ HIATUS]Where stories live. Discover now