Terlihat seorang lelaki sedang melempar barang-barang di atas meja itu. Kedengaran bunyi kaca terjatuh membuatkan perempuan paruh baya itu naik ke atas.
Datin Alena membuka luas pintu bilik itu. Tilam yang sudah kusut dan barang yang berjatuhan dilantai. Mengerut dahi Datin Alena melihat Felix yang sedang meraup wajah nya.
" Felix dah kenapa ni? Dah jadi macam orang gila dah? Apa masalah kamu ni? Bukan ke sepatutnya kamu bahagia sebab dapat kerjasama tu." Ujar Datin Alena sambil menyilang tangan ke dada.
" Semua itu tak dapat mom!! Gara-gara perempuan sial itu!! Arghhh stress!! " jawab Felix.
" WHAT! Apa yang dia lakukan? Beritahu mama. " berombak laju jantung nya apabila gadis itu membuat sesuatu yang tidak ia inginkan.
" Dia hasut tuan Gabriel itu supaya tidak dapat bekerjasama dengan syarikat Felix dan yang paling Felix tak puas hati, dia boleh pula halau Felix dari syarikat itu!! Macam Felix ini pengemis. Dia halau seperti itu. " ujar Felix dengan nada menahan amarah.
Datin Alena mendecit. Gadis itu tidak tahu malu berbuat seperti itu kepada abang tiri nya.
" Cih! Berani dia berbuat seperti itu kepada Felix. Tak apa. Dia pasti akan jatuh ketika berhadapan dengan mama dan dia tidak boleh merasakan kebahagiaan. Sejujurnya mama senang ketika dia hampir dibunuh. Padahal mama berharap dia mati pada saat itu, tapi malah dia masih panjang umur. " ujarnya sinis.
" Jadi masa dia berumur 13 tahun itu. Kerja mama? "
" Yes. "
" Kenapa mama tak terus saja bunuh dia waktu itu? " tanya Felix.
" Kerana mama ingin dia menderita dengan trauma nya. "
" Mama. Jangan biarkan dia bahagia. " ujar Felix.
" Jangan risau anakku. Tetapi mama akan membiarkan dia bahagia sementara waktu ini. Biar dia tahu bahagia itu hanya sementara. " ujar Datin Alena sinis.
Pinggangnya terasa berat seperti di tindih. Elice membuka kelopak mata nya. Haruman yang tidak asing masuk ke rongga hidung nya. Mahu tercabut jantungnya apabila wajah berhadapan dengan dada sasa lelaki itu.
Lelaki itu tidak memakai baju!
Pinggang nya dilingkari dengan tangan kekar itu. Perlahan-lahan Elice mengangkat tangan kekar itu. Belum sempat dia menjauhkan tangan itu, pinggang nya kembali dirangkul erat rapat ke tubuh Gabriel.
Gulp...
Elice dapat merasakan hembusan hangat dileher nya. Gabriel menghirup haruman yang menyenangkan itu sambil mata nya masih dipejam. Lelaki itu bangun dari katil lalu keluar dari bilik itu.
Terkebil-kebil mata Elice bagaikan tak percaya. Lelaki itu hanya memakai seluar pendek paras paha. Elice menghela nafas apabila kelibat tuan Gabriel sudah jauh dari pandangan.
Dia kembali memandang pakaian. Masih sama seperti semalam. Huh! Dia ingatkan lelaki itu telah melakukan itu.
Elice mendesis apabila tangan nya terasa sangat perit. Sakit. Dia melihat jari jemari nya yang sudah kemerahan dan berbiru. Ya dia hampir terlupa tentang semalam. Tangan nya diinjak.
Elice melangkah turun dari katil. Dia ingin membersihkan tubuh nya. Tuala tergantung dicapai.
Haruman masakan masuk ke rongga hidung. Huh! Bau sedap. Mesti madam yang masak. Elice turun dari tangga. Dia rasa malas nak guna lift jadi dia turun guna tangga saja. Sebab dekorasi tangga itu terlalu cantik! Hitam dan putih.
YOU ARE READING
GABRIEL AIZEN (OG)
RomanceSeorang gadis malang yang hidup nya dipenuhi dengan kesedihan dan kesakitan ia tanggung sendiri. Sampailah waktu kejadian itu Abang tiri nya menyeret kasar gadis itu dan memaksa gadis itu lalu abangnya memberikan gadis itu kepada jejaka asing demi m...