BAB 3

599 15 2
                                    

Yang di nanti-nantikan~

CAFE

Selesai saja mereka minum-minum coffee ditempat cafe itu. Gadis itu dan sahabatnya pun keluar dari cafe tersebut. Mereka berhenti dihadapan cafe.

" Lily.. dah jam 7 malam ni aku nak pulang asrama, biasanya kalau esok hari ahad.. security akan tutup pagar awal.. sorry beb." ucap sahabatnya sambil memuncungkan mulutnya.

"Eh tak apa lah.. pergilah pulang dulu" jawab Elice.

"Betul ni kau oke sorang-sorang?"

"Iya xena cantik"

"Hmm oklah, nanti kalau ada masa aku ajak kau jalan-jalan ok?"

"Iya.. pergi cepat!! nanti lambat" mengukirkan sebuah senyuman manis pada sahabatnya sambil menolak perlahan tubuh sahabatnya dari belakang.

"Okay beb, bye!!!" Jawab sahabatnya sambil berlari perlahan menuju ke hadapan.

Semakin sahabatnya berjalan, semakin pudar susuk sahabatnya dihadapan.

Elice menghela nafas tanda sedih. Pasti akan sedih kerana setelah pulang rumah pasti dia akan dipukul oleh abangnya.

Elice melangkah satu langkah ke depan. Tiba-tiba saja ketiga gadis asing itu menghalang jalan nya.

"Follow me." gadis asing di tengah itu berkata.

Elice yang tidak tahu apa-apa dia pun ikut sajalah. Sebab ketiga gadis itu ternampak seperti schoolmates nya. Elice mengangkat bahu nya lalu mengekori ketiga gadis itu dari belakang.

Mereka pun beredar dari hadapan cafe itu. Gadis-gadis itu membawa nya masuk, semakin sempit dan sunyi mereka memasuk nya. Dalam hati Elice berkata "Aik, mahu bercakap pun pilih tempat macam ni?"

Polos sangat dah Elice ni.

Elice yang masih saja blur tidak tahu apa-apa terus tubuhnya ditolak keras sehingga membuat lutut Elice luka dan berdarah.

Egh..

"Hey.. dah kenapa ni!.." ucap Elice yang masih kesakitan.

"Kau tu yang bermasalah! Asal kau gedik sangat? Sampai semua lelaki di kolej tu tergila-gila dengan kau!" bentak gadis di tengah itu.

Alah iri lah tu.

"Kalau saya ada buat salah.. saya minta maaf sangat-sangat.. tolong jangan buat saya macam n-" belum sempat Elice menyambung. Elice menerima tamparan keras dari gadis yang berada ditengah itu sehingga membuat tubuh nya terasa lemah kerana rasa trauma itu timbul difikirannya membuat tubuh nya menggigil ketakutan. Tubuh nya terpaku tidak mampu berbuat apa-apa.

Tubuh Elice di injak-injak oleh ketiga gadis itu namun di fikiran Elice hanya terbayang wajah samar-samar sedang memukulnya.

'Uhui.. asal tak mati lagi eh perempuan ni?'

'Apa kata kita buang je dia kat tasik.. Hahai!!'

Jelas terdengar suara tawa itu membuatkan tubuh nya menggigil. Elice terus menekup telinga. Tidak mahu mengingatkan lagi bayangan yang mengerikan itu.

Elice tidak mampu bergerak. Dia masih saja berada dibayang-bayangan itu. Air mata nya tidak berhenti, malah semakin deras. Dia hanya mampu menangis tidak mampu untuk melawan ketiga beruk itu.

Menangis tanpa suara. Hanya orang yang pernah merasai saja tahu macam mana rasa sakitnya.

"Kau gatal sangatkan , sini aku sebarkan maruah kau" tiba-tiba saja baju nya dikoyak kan dan hampir terlihat dada Elice.

GABRIEL AIZEN (OG)Where stories live. Discover now