Kaki nya melangkah perlahan ke hadapan untuk ke lorong luar kelas. Nafas nya ditarik panjang lalu dihembuskan. Dia cuba untuk mengawal diri nya yang masih gementar. Sejujurnya dia masih trauma dengan ketiga gadis yang mengganggu nya. Namun dia kuatkan diri nya agar tidak terlihat lemah.
Langkah kaki nya terus terhenti di tepi pintu kaca yang tertulis Asasi Undang-undang. Lebih tepat nya kelas sahabatnya. Dia masih tidak mempunyai alasan untuk menceritakan semua nya pada sahabat nya kerana sudah menghilang secara tiba-tiba. Satu keluhan berat keluar dari mulut nya.
Dia terus tersedar dari lamunan apabila dia merasakan sudah lama berdiri di tempat itu. Langkah kaki nya mula bergerak perlahan. Namun belum beberapa langkah, tubuh nya terus terundur selangkah apabila terlanggar seseorang. Fail-fail yang dipegang oleh perempuan itu terjatuh berselerak. Elice terus ikut tunduk mengutip fail-fail itu.
Apabila sudah tersusun, anak mata perempuan itu terkaku melihat Elice. Lidah keluh bagaikan tak mampu untuk mengeluarkan suara.
" Sorry y- " Kata-kata Elice terus terhenti apabila melihat seseorang yang amat dia kenali dan amat dia rindu.
" L-lily ?!! " Terjerit Xena selepas saja lama berdiam.
" Where have you been all this time? " Soal Xena sambil memegang kedua bahu Elice.
Namun belum sempat Elice membuka suara, sudah terdengar suara lecturer memanggil nama Xena.
" Sorry, I have to go. Nanti aku tanya kau balik ly.. " Berat saja Xena mengatakan itu. Dia terus berlari masuk ke kelas.
Elice terus menghembuskan nafas lega. Ianya tak perlu terburu-buru mengatakan sesuatu.
Langkah kaki nya pantas saja menuju ke kelas nya. Pintu kaca diketuk.
" Come in ! " Jerit Lecturer yang terdengar dari luar.
Apabila Elice melangkah masuk. Suasana tadi nya bising terus menjadi senyap seketika. Mereka terkaku melihat susuk tubuh Elice. Kerana Elice sudah 2 bulan lebih menghilang begitu saja.
" Huh? Elice Adelea ? " Ujar sir
Lucas yang sedikit terkejut.
" Why did you just show up ? "Elice terus mendekati lecturer itu. Dia menghulurkan sampul surat itu ke lecturer. Dia sama sekali tak membuka nya kerana Gabriel yang memberi nya surat itu untuk diberikan ke sir Lucas.
Apabila Lucas selesai membaca, kepala nya terus terangguk-angguk faham.
" Go sit down "" Thanks, sir lucas. " Ujar Elice. Entah apa yang di isi surat itu sampaikan sir hanya mengangguk begitu saja.
Elice dapat merasakan penuh pandangan tanda tanya ke arah nya. Walaupun Elice menerima pandangan tajam ketiga-tiga perempuan yang membuli nya, dia tetap dengan riak tenang duduk di kerusi.
Pekerja-pekerja itu terus keluar dari bilik mesyuarat apabila pembincangan itu selesai. Terlihat susuk tubuh seorang lelaki sedang berdiri melihat tingkap yang terlihat jalan raya besar dibawah itu.
Dia terus menyandarkan tubuh nya dimeja mesyuarat itu. Satu keluhan berat keluar dari mulut nya. Gabriel benar-benar tak tenang apabila gadis nya sudah bebas. Entah mengapa dia sangat merindukan gadis itu. Jika boleh, ingin saja dia datang ke sana dan memeluk tubuh gadis itu sekuatnya.
Hayalan nya terhenti apabila bahu nya ditepuk. Anak mata hijau kebiruan itu terus menatap tajam kedua-dua lelaki di tepi nya itu.
" Why didn't you knock on the door ? " Ujar Gabriel dengan nada yang tinggi. Seperti hendak mengamuk.
YOU ARE READING
GABRIEL AIZEN (OG)
RomanceSeorang gadis malang yang hidup nya dipenuhi dengan kesedihan dan kesakitan ia tanggung sendiri. Sampailah waktu kejadian itu Abang tiri nya menyeret kasar gadis itu dan memaksa gadis itu lalu abangnya memberikan gadis itu kepada jejaka asing demi m...