🔞
Mata terbuka. Nafasnya berombak laju seperti baru sahaja lepas berlari beratus meter. Dia merasakan tubuh berat ketika ingin duduk dari baringan nya. Ingatan yang muncul itu membuat mata nya terbeliak.
Anak mata nya meliar ke segenap yang tidak asing baginya. Tubuhnya ingin bergerak turun dari katil itu tetapi bahu nya terasa sangat sakit seperti dicucuk seribu kali. Dia mengingatkan semua nya.. apa terjadi.
Elice tidak mampu bergerak. Air mata nya mengalir perlahan-lahan. Kenapa ianya perlu ada disini lagi? Dia tidak mahu hidup dikurung seperti ini. Air mata nya tidak berhenti, malah semakin deras.
Sepertinya dia betul-betul tidak boleh lari dari genggaman lelaki itu.
" Dah habis nangis? " tanya suara garau itu. Elice tersentak. Mata nya meliar sekeliling mencari keberadaan lelaki itu. Dan...
Gulp..
Tubuh Gabriel sedang menyandar dimeja yang terdapat dihujung pintu. Dia mengatur langkah kaki ke arah Elice. Kini dia berdiri dibirai katil. Bibir menyenget jahat.
" Kau tau apa hukuman berat yang kau dapat setelah berani lari dari aku? " soal Gabriel. Dingin.
Elice mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia takut menatap lama sepasang anak mata berwarna hijau kebiruan itu yang menikam tajam ke arah nya.
Dia cuba untuk mengesot ke belakang perlahan-lahan di kepala katil. Gabriel mula naik ke atas tilam dan mendekat ke Elice. Sampai tubuh mereka sudah bersentuhan.
" Sakit tak bahu tu? Arh.. mungkin tak sesakit yang aku rasa apabila kau berani-berani lari dari aku.. " bibir nya yang menyenget jahat itu memudar begitu saja.
Sebenarnya tak lah sedalam itu dia menembak bahu gadis itu. Peluru nya tidak masuk kedalam. Hanya ditepi bahu gadis itu sahaja.
Gabriel mencengkam bahu gadis itu dengan kuat. Hingga terasa sangat sakit luka dibahu nya. Lantas dia mencengkam leher Elice dan mendongakkan kepala nya.
" Sss-sakit.. " Elice merintih kesakitan pada bahu nya. Air matanya mula mengalir kembali. Dan kini ia sedar saat ini...
Lelaki itu benar-benar berbahaya.
" Puas tak lari tadi? Kau nak lari lagi? " soal Gabriel dan ada tawa dihujung kata.
Elice menggeleng pantas. Dia berjanji tidak akan lari lagi, asalkan tidak ada hukuman yang lelaki itu mahu berikan padanya. Kerana sejauh mana pun dia pergi, pasti lelaki itu akan temukan keberadaan nya.
" Wow, dah jadi good girl lepas ditembak?" senyuman sinis terukir dibibirnya.
" Tolong.. tolong jangan buat saya macam ni.. apa salah saya pada awak? Kalau saya a-ada salah.. tolong beritahu saya.. dan tidak seharusnya awak kurung saya macam ni.. saya tak kenal awak pun-" belum sempat ianya menyambung kata. Gabriel terlebih dahulu memotong.
" But i know you. Aku kenal kau sepenuhnya. Dan kau tak ada salah tetapi hanya aku yang mahukan kau. Lagipun keluarga kau tak peduli pada kau, buat apa lagi kau mahu bebas seperti yang kau mahukan kalau kau tidak ada sesiapa lagi. Salah kau cuma satu. Siapa suruh kau muncul dihidupku pada waktu itu jika kau tidak mahu menderita. " ujar Gabriel.
Berkerut kening Elice. Penuh dengan tanda tanya difikiran nya. Apakah mereka pernah bertemu sebelum ini? Bila? Dimana? Kenapa dia sama sekali tidak dapat mengingatkan sepenuhnya. Wajah lelaki itu memang agak familiar baginya tetapi dimana kah mereka pernah bertemu.
YOU ARE READING
GABRIEL AIZEN (OG)
RomantikSeorang gadis malang yang hidup nya dipenuhi dengan kesedihan dan kesakitan ia tanggung sendiri. Sampailah waktu kejadian itu Abang tiri nya menyeret kasar gadis itu dan memaksa gadis itu lalu abangnya memberikan gadis itu kepada jejaka asing demi m...