Mata nya tidak terkelip melihat kawasan sekeliling. Sungguh terkejut dengan keluasan rumah ini. Dia hanya mengikuti langkah Madam Arlen.
" Erghh madam.. boleh saya tanya sesuatu? "
" Tanya saja Puan.. " jawab Madam Arlen.
" Nama Tuan apa ya?? Tuan Gabri... erghh entahlah.. apa nama tuan?.."
" Tuan Gabriel Aizen " jawab madam ringkas.
Elice mengangguk.
" Madam dah bekerja dengan Tuan.. dah berapa lama? " tanya Elice.
" Lebih kurang 20 tahun.. kadang-kadang saya yang jaga mansion ini.. " jawab nya.
Terbeliak biji mata nya.. 20 tahun?!
" Hah? Biar betul.. jadi umur madam... "" 43 tahun. " Ujar nya ringkas sambil menyengih.
Sekali lagi mata nya membulat. Mata nya memandang Madam atas bawah. Tapi wajah terlihat seperti berumur 30 an.
Elice hanya mengangguk faham. Mata melihat lagi kawasan sekitar nya. Berkerut dahi nya.
" Hmm.. kenapa masa pertama kali aku datang rumah dia.. dinding warna putih.. ni pula warna hampir hitam dan kelabu saja " gumam Elice sambil persoalkan diri nya.
Madam Arlen tertawa kecil. Lalu dia menghentikan langkah dan memandang wajah Elice.
" Sebenarnya yang rumah hari tu awak dibawa oleh tuan Gabriel.. itu mansion lagi satu.. bagi tuan mansion itu sangat tidak menyenangkan kerana ada saja suara-suara persekitaran mengganggu ketenangan nya. " ujar Madam Arlen.
Elice menjongket sebelah kening nya. "Apa beza nya? Sama je saya rasa " jawab Elice.
" Ok, cuba awak ingat masa awak kat sana.. awak ada dengar kan suara kereta lalu lintas dan suara kanak-kanak bising di luar sana? " ujar Madam Arlen.
Elice mengangguk pantas. Memang betul, saat dia di bawa ke sana dia masih dapat mendengar suara-suara sekitar nya. Tetapi di tempat sekarang ini dia langsung tidak mendengar suara apa pun. Jadi makna dia di tempat lain...
" Jadi ini mansion lain lah kan? " tanya Elice. Polos.
Madam Arlen mengukir senyuman manis.
" Yups! Pintar Puan.. dan sekarang ni kawasan persekitaran mansion ini hutan.. sangat jauh untuk keluar dari mansion ini.. erghh Puan lari pun tak dapat sebab kawasan semua dikawal ketat " ujar Madam Arlen sambil melangkah meninggalkan Elice yang masih tercegat di sana.Membulat mata nya. Serius lah? Patutlah bunyi lain semacam saja.. rupa-rupa nya mansion lelaki ini di huta-
Gulp..
Dia terus masuk ke dalam bilik tempat wadrobe itu. Huh.. lega.. kurang asam.. madam tinggalkan aku..
Perlahan-lahan dia memusingkan tubuh nya. Sebelah tangan nya menekup mulut nya yang terlopong luas. Hilang sudah rasa takut nya setelah melihat yang ada di hadapan nya. Serius lah ini bilik wardrobe dia untuk tukar pakaian? Biar betul? Aku sebiji saja ada..
YOU ARE READING
GABRIEL AIZEN (OG)
RomanceSeorang gadis malang yang hidup nya dipenuhi dengan kesedihan dan kesakitan ia tanggung sendiri. Sampailah waktu kejadian itu Abang tiri nya menyeret kasar gadis itu dan memaksa gadis itu lalu abangnya memberikan gadis itu kepada jejaka asing demi m...