BAB 39

406 10 0
                                    

Cuaca yang mula menggelap, langit yang baru saja hendak bertukar ke malam hari yang amat menyejukkan. Gadis itu sedang menyediakan makan malam di dapur. Rambut nya yang masih basah sudah terlilit dengan tuala di atas kepala nya. Elice mula menghidangkan satu persatu-satu makanan di atas meja makan.

Walaupun tubuh nya masih penat kerana berjalan seharian semalam tetapi ianya tetap melakukan nya. Namun timbul rasa sedih dihulu hati nya, sebenarnya dia ingin mengajak lelaki itu ke suatu tempat namun mereka terpaksa balik kerana hampir diserbu oleh orang-orang yang mengenali lelaki itu.

Elice kembali ke arah singki dan membersihkan pinggan-pinggan di atas singki itu. Seketika ada tangan yang melingkari pinggang nya dari belakang dan terasa ada kepala direhatkan di bahu nya. Elice tersentak. Namun dia terhirup haruman yang dia sangat kenali.

Tubuh gadis itu terus memusing ke arah depan memandang lelaki itu. Kedua tangan kekar itu berada di atas kabinet di sisi gadis itu. Tubuh gadis itu sudah terperangkap kerana tangan lelaki itu menghalangi nya.

" Awak? Awal nya awak balik.. " Soal Elice. Bibir nya terus mengukir senyuman manis.

" Yeah, because today I don't have much work.. " Ujar Gabriel perlahan. Kepala nya turun ke leher gadis itu lalu menghirup haruman di tubuh gadis itu.

Wangi.

Elice hanya membiarkan saja apa yang lelaki itu lakukan. Kang kalau tolak nanti tak sah-sah mood lelaki itu hilang.

Gabriel menjauh seketika. Jari-jemari nya menyentuh dagu gadis itu lalu bibir nya menindih bibir gadis itu beberapa lama. Entah mengapa diri nya sangat ingin menyentuh gadis itu. Namun dia mengawal nafsu itu.

Dia gembira kerana selalu berada di sisi gadis ini sekarang dan dia tidak akan menyiakan masa itu. Entah ke depan nya mungkin dia harus melewati perangai kekanak-kanakan gadis itu, tetapi dia tidak peduli akan itu. Kerana dia menerima apapun perangai gadis itu, apapun perangainya dia tetap akan menerima nya.

Gadis itu memang muda dan wajar jika masih ada perangai kekanak-kanakan. Tetapi dia tidak peduli akan itu. Dia hanya mahu gadis itu selalu berada disamping nya. Selama nya.

" Mhmphhh awak.. saya dah hidangkan makanan.. " Pujuk Elice. Sengaja memberi alasan kepada lelaki itu.

Gabriel menggumam saja. Langkah kaki terus ke arah meja makan lalu duduk di kerusi, diikuti oleh Elice dari belakang. Elice menghidangkan lauk di pinggan milik Gabriel. Apabila selesai, mereka mula menjamukan selera masing-masing.

Elice menyuakan sudu yang berisi nasi itu ke dalam mulut nya. Di kunyah perlahan-lahan. Gabriel terus teralih ke arah Elice, dia tersenyum seketika melihat Elice.

" Kat Uni tinggal berapa bulan? " Soal Elice.

" Ummph 2 bulan setengah kot " jawab nya dengan mulut yang masih dipenuhi makanan.

" Kat Uni tu best? "

" Best, sebab ada Xena je " Jawab Elice lalu disambung lagi mengunyah makanan.

Terangguk-angguk kepala Gabriel. Saja dia ingin bertanya. " Kalau sambung master lagi, dalam 3 tahun begitu " Ujar Elice.

" Oh. " malas hendak dia menjawab nya.

Berkerut kening Elice, mengapa dia bertanya pasal ini. Elice terus mengangkat kedua bahu nya, malas hendak berfikir.


* * * *








Kedengaran bunyi shower di dalam bilik air itu. Pasti lelaki itu sedang membersihkan tubuh nya. Elice terus menyambung kembali membaca buku di atas katil. Tubuh nya disandarkan di kepala katil lalu duvet ditarik hingga ke paras paha.

GABRIEL AIZEN (OG)Where stories live. Discover now