🔞
Perlahan-lahan kelopak mata hazel itu terbuka saat kepala nya masih sakit berdenyut-denyut. Kedengaran bunyi pancuran air. Jari jemari cuba untuk menenangkan kepala nya yang terasa sakit. Elice bangun dari pembaringan nya. Anak mata nya yang kabur cuba untuk melihat sekeliling bilik.
Kawasan bilik itu hampir di penuhi dengan warna hitam dan kelabu saja.
Muncul satu ingatan yang menguasai diri nya. Elice menekup wajah dengan kedua tangan nya dan ya. Setitis air mata mula mengalir dengan perlahan. Ya dia ingat kejadian semalam.. dia hanya mampu pasrah jika lelaki itu ingin berbuat apa-apa pada nya.
Tetapi kemana kah dia? Jelas tidak terlihat di sini. Elice mengesat air mata nya yang membasahi pipi nya. Duvet yang menutupi pinggang nya diselak ke birai katil. Perlahan Elice turun dari katil itu dan menginjak lantai. Dia mendesis sakit perlahan. Kaki nya masih terluka.
Elice melihat sekali lagi sekeliling bilik itu tetapi hanya sesaat pandangan nya terhenti melihat susuk tubuh sedang menyandarkan tubuh nya di meja solek. Jantungnya bagai ingin meloncat keluar dari tempatnya.
Macam mana dia boleh ada kat situ.. dari celah mana dia masuk..
Bagaikan terkena renjatan elektrik. Lututnya terasa ingin longlai seketika. Elice menelan air liur nya saat melihat lelaki itu hanya dengan tuala berwarna putih itu melilit ke pinggangnya. Terdedah otot-otot lelaki itu.
Elice menatap lengan sasa lelaki itu yang terdapat tattoo dibahagian tangan kanan nya dan juga dibawah leher nya terdapat lambang ular. Meremang bulu roma Elice. Siapa sebenarnya lelaki itu?
Gulp...
Tersedak air liur dia saat sepasang anak mata cantik berwarna hijau kebiruan itu menikam tajam ke arah nya. Dingin.
Tetapi hanya sesaat pandangan dingin itu sebelum bibir nya menyenget jahat.
Sekali lagi Elice tertelan air liur nya. Bagai ingin saja dia rebah tetapi tubuh kecil masih mengeras.
" Puas? " ujar Gabriel. Bibir menyenget jahat itu sudah pun memudar.
Perlahan-lahan langkah ingin mendekat Elice. Elice tersentak. Dia berundur saat langkah Gabriel ingin mendekati nya.
Namun membulat mata nya saat punggung sudah pun rebah di birai katil itu semula. Elice menggenggam erat cadar tilam itu.
" Puas lari dari aku? " ujar Gabriel sekali lagi. Dingin. Dan menyeramkan.
Elice hanya mampu menggeleng laju. Dia tidak mahu lagi di sakiti oleh lelaki itu.
Gabriel tersenyum sinis lalu meneruskan lagi langkah nya mendekati Elice. Kini lutut nya sudah bersentuhan dengan lutut Elice. Elice menelan air liur perlahan. Sudah berapa kali dia telan air liur sebab aura lelaki ni sejuk semacam saja. Hmmph!!!
Elice dapat merasakan hembusan hangat itu ke wajah nya. Ya!! Terlalu dekat. Sehingga hembusan hangat itu turun ke leher nya.
" My petite fille.. " meleret suara garau itu.
" Tolong jangan kerjasama dengan abang saya.. dia tak berhak dapat semua itu atas memperlakukan saya seperti itu.. " Ujar Elice. Namun mata nya sudah bertakung menahan tangisan. Penuh berhati-hati Elice menolak perlahan dada bidang itu.
Perlahan-lahan Gabriel menjauh dari nya dan berdiri tegak di hadapan nya. Dia menyilangkan kedua tangan nya ke dada. Bibir nya menyenget sinis.
YOU ARE READING
GABRIEL AIZEN (OG)
DragosteSeorang gadis malang yang hidup nya dipenuhi dengan kesedihan dan kesakitan ia tanggung sendiri. Sampailah waktu kejadian itu Abang tiri nya menyeret kasar gadis itu dan memaksa gadis itu lalu abangnya memberikan gadis itu kepada jejaka asing demi m...