BAB 28

705 16 1
                                    

           Tangan nya tak henti menyuap nasi ke dalam mulut gadis itu menggunakan sudu. Selepas saja menghabiskan makanan nya, mangkuk disimpan di atas meja makan. Lalu tisu di ambil dan di lap hujung bibir gadis itu.

Elice hanya patuh dengan pergerakan lelaki itu, layaknya seperti anak kecil. Namun mata nya terhenti saat anak mata berwarna hijau-kebiruan itu tak lepas memandangnya. Elice terus memandang ke arah lain, ia takut bertentang mata dengan lelaki itu.

Gabriel berdecit, apabila melihat tingkahlaku gadis nya. Segelas air kosong di ambil lalu disuakan ke hadapan bibir gadis itu. Elice terus meneguk air itu.

Selesai saja menghabiskan nya. Gabriel terus mengambil coat nya yang tersimpan di kepala kerusi. Dan beredar dari dapur itu, Elice yang melihat itu terus tertanya-tanya. Kenapa lelaki itu pergi? Apakah lelaki itu pergi menyambung kerja nya dipejabat ?

Kalau seperti itu, sudah pasti sekarang dia sudah menyusahkan lelaki itu. Baru saja Elice hendak berdiri menahan lelaki itu, kelibat Gabriel sudah tak terlihat dari pandangan nya. Dia menghela nafas lalu dia menundukkan kepala memandang ke lantai.

Seketika dia tersentak apabila melihat ada kaki yang tiba-tiba muncul dipandangan nya. Dia terus mendongak memandang lelaki itu. Dingin dan tegang saja wajah lelaki itu saat ini. Namun di ubah menjadi senyuman kecil apabila gadis itu memandangnya.

Elice tergamam, ia terpesona dengan senyuman lelaki itu. Pantas saja Elice menggeleng. Tiba-tiba ada tangan yang mengelus rambut nya, rambut diselip ke telinga gadis itu. Pantas saja dia mengecup pipi gadis itu.

Lalu dikecup lagi bibir gadis itu sesaat. Dan membuat tubuh Elice mengeras seketika. Terkelip-kelip mata Elice memandang lelaki itu. " Aku tak balik malam ni. " ujar nya. Dan itu membuat Elice senang.

" One kiss on the cheek and one kiss on my lips. " ujar Gabriel. Bibir nya menyenget jahat.

Elice yang mendengar itu terus pipi nya berubah menjadi merah merona. Ianya malu dan tak mahu melakukan itu. Dia menoleh ke arah lain tanda tak mahu melakukan nya. Gabriel memegang dagu gadis itu lalu di dongakkan memandang ke wajahnya. Terjongket sebelah kening Gabriel memandangnya.

Mahu tak mahu dia mesti melakukan itu. Dia tak boleh menolak lelaki itu kerana pada akhirnya dia akan dipaksa. Elice menghela nafas lalu kaki menjingkit untuk menyampai ke wajah lelaki itu. Namun malangnya ketinggian nya tak menyampai ke wajah lelaki itu.

Ya, gadis itu memang pendek. Tak mungkin ia menyampai nya kalau lelaki itu tak menundukkan tubuh. Gabriel tertawa kecil, Elice yang melihat itu terus mendengus kasar. Tak terima di ejek.

Kedua tangan nya terus menyisip ke celah ketiak gadis itu dan diangkat lalu diletak di atas meja makan. Tangan kekar nya diletak di atas meja sisi paha gadis itu. Gabriel menunduk sedikit untuk menyamakan ketinggian nya dengan gadis itu. Terus terjongket kening Gabriel memandang Elice. Dia menyuruhnya melakukan itu sekarang.

Elice menghembus nafas panjang lalu kedua tangan nya diletak di bahu lelaki itu. Perlahan-lahan dia mengecup pipi licin lelaki itu sesaat lalu dipandang kembali wajah lelaki itu yang terlihat tenang. Lantas wajah nya mendekat kembali, dia mengecup bibir lelaki itu.

Lantas bibir Gabriel menyenget jahat. Baru saja Elice ingin menjauh, tiba-tiba terasa ada tangan yang menekan belakang kepala nya untuk mengecup kembali. Elice tersentak apabila lelaki itu mencium nya kembali. Dia ingin melepaskan nya tetapi ianya tak kuat melepaskan itu.

Apabila ciuman dilepaskan, Elice mengalihkan pandangan ke arah lain. Tercungap-cungap nafas nya saat ini. Dia memandang kembali ke arah lelaki itu sambil menjeling geram dengan Gabriel. 

Gabriel mengukir senyuman puas. Lalu pantas saja dia beredar dari dapur itu. Elice mendengus kasar. Lelaki itu sangat suka mengambil kesempatan !






Jangan lupa pasang lagu di atas tau ! ☝🏼
Biar merasa vibes obses !






Tangan nya tak henti menyelak beberapa fail. Lincah saja jari-jemari nya mengetik keyboard, fokus saja ia menghadap skrin komputer itu. Setelah menyelesaikan semua nya, dia menyandarkan tubuhnya di kerusi nya. Mata dipejam lama.

Hari yang menyedihkan, kerana tak dapat berjumpa dengan gadis itu di malam hari kerana dia perlu menyelesaikan beberapa kerja nya di luar. Mata nya terbuka kembali, lantas dia membuka laci lalu mengambil ipad nya.

Tak ada cas lah pula !

Gabriel mendengus kasar. Dia berdiri dari kerusi lalu lengan kemeja nya ditarik hingga ke siku. Kaki nya melangkah ke suatu bilik peribadi nya yang terdapat diruangan bilik pejabat nya. Apabila dia membuka pintu itu. Gelap saja pandangan nya saat ini, tetapi dia terus melangkah masuk.

Sampainya ia tepat berada disuatu suis yang bertombol merah itu. Apabila dia menarik tombol itu, secara tiba-tiba muncul cahaya yang mengilaukan mata. Terpapar semua komputer-komputer yang tersusun bahagia meja itu.

Tangan diletakkan di atas meja manakala sebelah tangan nya menekan keyboard dihadapan nya. Apabila selesai menekan, terpapar semua kamera cctv di mansion. Bahkan di setiap sudut, ada juga dibahagian bilik air nya.

Dia menyilangkan tangan nya ke dada. Mata nya tak henti mencari satu persatu di skrin itu. Apabila mata nya tertangkap sesuatu, dia terus menekan rakaman kamera bahagian biliknya. Semua rakaman kamera di setiap sudut bertukar menjadi semua di bilik tidur nya.

Terlihat seorang gadis yang sedang tertidur pulas di atas katil. Polos dan suci saja wajah gadis itu saat tidur. Bibir nya mengukir senyuman lebar. Lalu kerusi ditarik dan ianya duduk di kerusi.

Necktie ditarik lalu dilonggarkan. Setiap komputer riba yang tersusun itu dipenuhi dengan wajah Elice yang sedang tertidur pulas. Gabriel menekan keyboard untuk dizoom lebih dekat agar melihat lebih jelas wajah cantik itu.

Setiap kali masa rehat berkerja mereka akan pergi ke cafe untuk mencari makan. Tetapi berbeza dengan nya, dia malah sibuk dengan menatap gadis nya terus menerus. Bahkan melihat saja gadis nya sudah membuatnya kenyang.

Bibir nya mengukir senyuman lebar hingga menampak gigi nya. Tangan nya tak henti mengusap skrin komputer itu. Mata dipejam lama lalu dibuka kembali memandang wajah cantik itu.

" You're mine, forever to be mine. " gumam nya.

Percayalah bahwa dia tidak akan pernah melepaskan gadis itu walau apapun terjadi sekali pun. Obses mahupun suka, ianya berbeza. Dan selebihnya dia sangat obses dengan gadis itu.

 Disebabkan saya lama tak publish

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



























Disebabkan saya lama tak publish. Saya dah post 7 bab dan esok saya akan post lagi !

GABRIEL AIZEN (OG)Where stories live. Discover now