BAB 43

227 10 0
                                    

Cuaca yang mula menggelap, langit yang terang baru saja hendak bertukar ke senja hari. Gadis itu menunggu lama di perhentian bas yang terletak di belakang Uni. Dia melihat jam di telefon yang menunjukkan pukul 6:47 petang. Dia mengeluh perlahan.

Seketika kelibat seseorang muncul di sebelah nya. Elice yang perasan akan itu terus mengalihkan pandangan ke sebelah nya.

Nicholas ?

" Elice ? Sudah lama tak berjumpa... " Ujar Nicholas.

Ya benar. Sudah lama tak berjumpa semenjak kita tak rapat seperti dulu.

Kita pernah berkawan rapat.

Kedua-dua nya pernah mengenali satu sama lain. Namun disebabkan Nicholas mengatakan bahwa dia menyukai gadis itu. Gadis itu menolaknya secara halus dan terus menghindari nya kerana tak mahu memberi harapan pada lelaki itu.

Elice sekadar mengangguk saja.

Hmm lama lagi ke awak nak sampai ni ? Bisik hati Elice.

" Elice, awak belum pulang ? " Soal Nicholas.

" Saya sedang tunggu seseorang.. " jawab Elice.

" Oh, ini sudah lewat. Biar saya tolong hantarkan awak.. "

" Thanks.. but saya kena tunggu juga.. " Ujar Elice perlahan.

Seketika Nicholas terus memegang kedua bahu gadis itu. Elice tersentak seketika. " Hey, saya boleh tolong hantar.. sorang-sorang sini bahaya.. " Ujar nya.

Elice terus menepis perlahan tangan Nicholas yang menyentuh nya. " Tak apa, terima kasih. " tolak Elice.

Nicholas terus menghembus nafas panjang. Gadis itu terus menerus menolak diri nya.

Perlahan-lahan tangan nya naik mengelus rambut gadis itu. " Hm.. baiklah.. jumpa esok ya.. " Ujar Nicholas sambil mengukir senyuman lebar.

Anak mata Elice meliar sekeliling, lantas terhenti apabila melihat kereta berwarna hitam di seberang.

" Maaf, orang yang ambil saya dah sampai.. saya gerak dulu.. "

Nicholas terus mengangguk perlahan. Entah mengapa hati nya sangat merindukan gadis itu.

Elice berlari masuk ke dalam kereta. Dia terus memandang lelaki itu di sebelah nya. Namun dapat dia lihat raut wajah lelaki itu terlihat sedang menahan amarah.

" Seronok ? Seronok kena sentuh oleh lelaki tu ? " Soal Gabriel. Dingin. Sorot mata nya mula sayu melihat Elice.

Sorot mata yang membuatnya takut untuk menatap nya..

" Tak tak.. dia yang dekat kat saya dulu.. maaf... " Ujar Elice sambil mengibas-ngibas tangan nya tanda tak bersalah.

Tangan Elice mula berpeluh menahan getaran. Ianya benar-benar takut jika lelaki itu mengamuk pada nya.

Gabriel terus mengeluh panjang apabila menyedari gadis itu mula takut dengan nya. Dia terus meraup wajah nya.

" Once again i saw him touch you, I didn't hesitate to kill him. " Ujar Gabriel lembut.

Elice terus menggeleng laju. " Tak.. tak.. saya tak akan lagi biarkan dia sentuh saya.. " Ujar Elice yang tergagap-gagap menyebut kata.

" Good girl.. "

Elice menghembus nafas lega. Nasib saja lelaki itu tak mengasari nya. Dia tak suka jika itu terjadi.

Dia terus mengalihkan pandangan ke tingkap. Kereta itu terus meluncur keluar dari kawasan itu.

GABRIEL AIZEN (OG)Where stories live. Discover now