Seminggu sudah berlalu dirinya dikurung dimansion. Seminggu itu juga dia rasa bosan duduk dimansion besar itu. Lelaki itu juga jarang pulang dan kadang-kadang dia hanya dapat melihat lelaki itu sekali saja. Tetapi ada timbul perasaan pelik kepada lelaki itu. Akhir-akhir ini lelaki itu nampak lebih dingin dan menyeramkan dari sebelum ini.
Dan dia merasakan lelaki itu seperti tidak akan biar dirinya terlepas lagi. Ada apa sebenarnya di fikiran lelaki itu? Jika difikirkan tingkah laku lelaki itu, membuatnya meremang.
Elice menggeleng kepalanya, dia tidak mahu memikirkan hal apa-apa lagi. Kaki melangkah turun dari sofa. Jika berbaring terus dia akan merasa bosan, lebih baik dia meronda-ronda mansion ini. Banyak lagi bilik yang dia belum pernah masuk. Hari ini dia berseorangan kerana madam Arlen ada urusan mendadak dan tidak dapat menemaninya.
Ting!
Pintu lif terbuka, kini dia berada ditingkat 3. Elice menghentikan langkah kaki nya, dia terpegun dengan satu pintu itu. Pintu kayu berwarna coklat, kaki melangkah ke hadapan. Perlahan-lahan tangan nya memulas tombol pintu itu.
Elice terkaku melihat kawasan sekeliling bilik itu. Dipenuhi buku! Seperti dalam bilik library. Ia tak menyangka lelaki itu menyukai buku.
Tanpa ia sedari ada seseorang yang memerhati tingkah laku nya. Bibir mengukir senyuman kecil melihat gadis kecil itu tersenyum sambil mengelilingi bahagian rak-rak buku itu. Tangan nya mengusap-usap skrin Ipad lalu mata nya dipejam sesaat.
" I miss you.. aku rindu haruman kau.. maaf kebelakangan ini, aku tak dapat bersama kau.. aku perlu selesaikan kerja supaya dapat ambil masa lama untuk bersama kau.. wait for me sayang... " ujar suara gemersik itu. Psiko. Obses.
Entah mengapa dirinya kebelakangan ini sangat menginginkan gadis kecil itu terus disampingnya. Apabila dia berjauhan dengan gadis itu, dirinya berasa tidak senang.
Mungkin saja dia mula lebih obses dengan gadis itu sampai ia terus berfikir inginkan gadis itu terus dan terus. Dan hanya untuk dia seorang. Dia ingin dia saja yang mengenali gadis itu, dia mahu dia saja yang difikirkan oleh gadis itu dan dia tidak mahu gadis itu memikirkan orang lain. Tidak kira kawan atau orang terdekatnya.
Seketika Gabriel berhenti menghayal apabila terdengar bunyi ketukan pintu. Dia menutup ipad nya lalu disimpan di laci meja kerja nya. Alex berdiri dihadapan meja Tuan Gabriel.
" Maaf mengganggu, petang ni kau ada meeting dengan tan sri. " ujar Alex.
Gabriel hanya sekedar mengangguk. Lalu mencapai coat yang tergantung dikerusinya.
Elice berbaring disofa yang terletak diruang library itu. Bertumpuk buku-buku diatas meja itu. Dia mengeluh sedikit sambil melihat-lihat dihalaman muka surat buku itu. Apa guna ada library kalau semua buku pasal kerja. Lagi-lagi pasal bisnes, huh! boleh pecah kepala.
Kelopak mata nya meliar ke sekeliling sambil melihat rak-rak buku yang tersusun. Hmmm.. rasanya rak atas itu dia tak sentuh lagi kan? Mungkin saja bukan pasal buku kerja?
Elice kembali meliar sekeliling. Kelopak mata nya terhenti apabila melihat tangga dihujung rak buku itu. Ahah! Jumpa!
Elice melangkah turun dari sofa lalu menuju ke rak buku itu. Tangan nya menarik tangga lalu diletak dihadapan rak. Perlahan-lahan dia menaiki tangga itu. Apabila sampai diatas, tangan nya mengambil satu buku di atas.
Huh? Buku teknik lakaran? Apakah lelaki itu menyukai lukisan? Jika betul, mereka sama. Elice duduk di tangga atas sambil menyelak muka surat dibuku itu.
Hampir satu jam juga Elice duduk diatas tangga itu. Perlahan-lahan kakinya melangkah turun satu persatu tangga. Namun malang nasibnya apabila kakinya tergelincir. Ianya tak sempat menahan, tubuhnya sudah jatuh ke lantai.
YOU ARE READING
GABRIEL AIZEN (OG)
DragosteSeorang gadis malang yang hidup nya dipenuhi dengan kesedihan dan kesakitan ia tanggung sendiri. Sampailah waktu kejadian itu Abang tiri nya menyeret kasar gadis itu dan memaksa gadis itu lalu abangnya memberikan gadis itu kepada jejaka asing demi m...