BAB 23

522 12 0
                                    

      
             Elice membolak-balik tubuh nya ke depan ke belakang. Entah apa yang dirasukkan sampai dia berfikir mahu lari lagi. Dia mengeluh kecil. Apa guna nya berfikir kalau lelaki itu pada akhir nya akan jumpa dia juga.

Kelopak mata nya terhenti saa melihat kelibat seseorang. Pantas saja dia mengejarnya. " Madam!! " panggil Elice.

" Ye Elice.. ada apa? " soal madam Arlen.

" Madam ada no tuan Gabriel tak? " soal Elice.

" Hm ada, tapi kenapa ya? "

" Boleh saya pinjam telefon madam? Saya ada nak cakap dengan dia.. "

" Okay, nah " madam Arlen menyeluk poket untuk mengambil telefon dan telefon dihulurkan ke arah Elice.

" Terima kasih. " ujar Elice lalu beredar dari situ. Elice duduk kembali ke sofa.

Tangan nya menaip nama Gabriel lalu ditekan tombol skrin itu. Bunyi deringan yang lama namun tak dijawab. Sekali lagi Elice menghubungi nya.

Seketika telefon dijawab. Elice menghembus nafas panjang sebelum memulakan percakapan. " Ya? " soal Gabriel melalui telefon.

Elice menjeling seketika, jadi macam ni je dia mulakan percakapan kalau madam Arlen call tuan nya, ceh..

" Hello. "

Gabriel menjauhkan telefon dari telinga lalu memandang skrin telefon. ' Madam Arlen. ' nama dah betul, tapi kenapa suara ditelefon itu berbeza? Suara madam cute ke? Uhuks !!

" Ini saya lah! " bentak Elice.

Berkerut kening Gabriel. " Ada apa? "

" Saya nak keluar. " ujar Elice dengan memberanikan diri nya.

Gabriel mendengar itu terus menegakkan badan dari bersandar dikerusi." Kau gila?"

" Tak. Saya tak gila, saya memang nak keluar.. "

" No. "

" Saya bosan di mansion ni , jadi saya nak keluar. "

" Tak. Boleh. "

" Saya bosan setiap hari berada disini, saya nak kebebasan " ujar Elice.

" Lain kali, sekarang tak boleh. "

" Saya nak sekarang lah! "

" Kau berani naikkan suara kau? " soal gabriel dengan separuh marah. Dingin.

Elice menelan air liur nya. Sebenarnya dia takut, tapi dia nak keluar!

" Saya sunyi kat sini.. "

" Nanti aku pulang. "

" Hmm... Tuan Gabriel Aizen. Boleh tak awak lepaskan saya? " ujar Elice lembut dengan separuh menahan sabar.

" Diam. Sekali lagi kau bantah, hukuman akan berjalan dan kau akan ter- " belum sempat ia menyambung kata, Elice terlebih dahulu mematikan telefon.

Huh! Hukuman.. Elice.. macam mana kau boleh lupa kalau lelaki itu membahayakan..

Baru saja Elice ingin melempar telefon tetapi terhenti seketika. Dia membatalkan niat nya. Ini bukan telefon nya. Huh.. ingin saja dia memukul-mukul wajah lelaki itu!

GABRIEL AIZEN (OG)Where stories live. Discover now