Kaki nya melangkah keluar dari pawagam itu. Tubuh sedikit diregang-regangkan kerana terlalu lama duduk di tempat itu. Mata digosok-gosok lalu pinggang dipusing ke kiri dan ke kanan. Dia menguap seketika. Mata nya terus teralih kembali ke arah lelaki itu yang sibuk bermain telefon nya.
Perlahan-lahan dia mendekatkan lagi tubuh ke tubuh lelaki itu. Lantas dia mengintip sedikit apa yang lelaki itu fokuskan di telefon nya. Elice terus mengecilkan mata nya serupa ingin membaca perkataan mesej yang ditulis di dalam skrin telefon itu.
у тебя уже есть женщина? серьезно? ты сделал это с ним?
да, я сделал это
сумасшедший человек.
Lah bahasa apa tu ?
Berkerut kening Elice dibuatnya. Kepala nya didekatkan lagi sedikit ingin melihat mesej seterusnya. Lantas Gabriel menutup telefon nya lalu diletakkan ke dalam poket. Bibir Elice terus memuncung, tak sempat ia membaca nya.
" Busybody. " Ujar Gabriel.
Elice terus tersenyum tak bersalah. " Mmhmm tu bahasa apa wak? " Soal Elice.
" Rusia. "
Kepala nya terus terangguk-angguk tanda faham. " Awak sebenarnya orang perancis ke rusia ? "
" Hm maybe kedua-dua nya. "
" My Grandfather is france and my Grandmother is Rusia. " Ujar Gabriel.Elice hanya mengangguk saja. Ianya ingin bertanya tentang ibu dan ayah lelaki itu tetapi dibatalkan saja kerana lelaki tak mengatakan tentang ibu dan ayah nya.
Tangan kecil nya terus memeluk lengan sasa lelaki itu dan dagu nya disandarkan ke tubuh lelaki itu. Mata dipejam. Gabriel tersentak seketika. Tubuh nya mengeras. Bagaikan tak percaya gadis nya sudah berani menyentuhnya terlebih dahulu. Mungkin gadis itu sudah mula terbiasa dengan nya. Gabriel mengalihkan pandangan ke arah lain untuk menyembunyikan senyuman nya.
" Hmm terima kasih awak, sebab bawa saya keluar.. " Ujar Elice.
Gabriel hanya menggumam saja. " Awak, saya lapar.. " Adu Elice layak seperti anak kecil mengadu lapar.
Kepala nya terus diusap-usap manja.
" Mari. " Ujar Gabriel.Jari jemari nya terus menyulam ke jari jemari tangan gadis itu terus membawa gadis itu ke arah restoran di hadapan mereka. Kedua-dua nya duduk dimeja paling hujung yang terlihat sunyi. Namun disebelah meja nya ada empat sekumpulan perempuan. Elice hanya bertentangan mata sesaat pada orang-orang disebelah meja mereka.
Pelayan itu terus datang ke arah meja mereka. Selesai saja bertanya, dia terus beredar dari tempat itu.
" Awak tak makan ke? Kenapa minum saja? " Soal Elice.
" No. "
Elice mengangguk faham. Setelah menunggu beberapa minit makanan yang dipesan sudah sampai. Gadis itu terus menjamu selera. Gabriel masih saja fokus pada telefon nya. Dia hanya biarkan saja. Lebih baik dia habiskan makan nya dahulu.
Beberapa minit kemudian kedengaran suara seseorang disebelah meja nya yang memulakan perbualan. Elice hanya mendengar saja sambil menyuakan makanan ke dalam mulutnya. Mata nya hanya menatap sesaat ke empat-empat perempuan yang duduk di sebelah meja mereka.
YOU ARE READING
GABRIEL AIZEN (OG)
רומנטיקהSeorang gadis malang yang hidup nya dipenuhi dengan kesedihan dan kesakitan ia tanggung sendiri. Sampailah waktu kejadian itu Abang tiri nya menyeret kasar gadis itu dan memaksa gadis itu lalu abangnya memberikan gadis itu kepada jejaka asing demi m...