D-DAY
Riuh rendah suara ahli keluarga sudah memenuhi kawasan rumah banglo Tengku Mokhtar. Majlis kali ini hanya berlangsung di rumah Tengku Mokhtar saja. Hiasan pelamin dan tempat akad semua sempurna terlihat.
Disisi lain, Najihah sibuk melilit shawl putih di kepala Athalia. Gadis itu sudah hampir siap didandani oleh sahabatnya. Makeup tipis tapi nampak sesuai saja pada pengantin itu.
Namun, suasana hati Athalia tidak menggambarkan perasaan yang sepatutnya pengantin rasa. Wajah gadis ini muram saja. Tidak ada senyuman langsung tercalit di bibirnya.
Dan perkara itu disedari oleh Najihah.
"Kau kenapa ni beb? Sedih je, hari ni kan hari kau. Happy lah sikit." Najihah menegur.
"Aku dah call dia, aku dah cakap yang aku nak dia ada disebelah aku masa aku akad kejap lagi. Tapi.."
Najihah dah agak. Ni mesti pasal Hanni Afrina lagi. Gadis itu hela nafas. Tangannya naik mengusap bahu Athalia, menenangkan gadis itu.
"Babe.. janganlah sedih-sedih macam ni. Maybe dia sebab kenapa dia tak balik sini."
"Sebabnya dia marah kan aku. Aku penyebab dia jadi macam itu." air mata sudah menakung.
"Mana ada lah. Dia tak marah kau. Kan mama dengan papa kau dah cakap Hanni pergi sana untuk berubat. Dia tak dapat balik sini maybe sebab dia tak cukup sihat lagi. Kita tak tahu."
Pujukan Najihah sedikit sebanyak dapat melegakan kembali fikiran Athalia.
"Kita positive je okay."
Athalia mengangguk perlahan. Dia kemudian melihat pantulan dirinya di cermin besar. Semua sudah siap. Simple tapi elegan.
"Cantik. Thanks Jihah. Nanti aku belanja kau makan eh."
Najihah senyum manis. Fuh nasib baik dia tak buat drama air mata kalau tak jenuh dia nak memujuk. Dah la tak pandai nak pujuk-pujuk orang ni.
Tok tok tok..
Pintu bilik dikuak, terpancarlah muka seorang gadis, Mungkin sepupu Athalia.
"Akak, dah siap belum? Pengantin lelaki dah lama sampai. Diorang panggil turun."
"Oh baik. Sekejap ya."
Usai itu, pintu ditutup semula.
"Hah tu bakal imam kau dah sampai. Boleh turun dah kot kita ni." usik Najihah dan itu membuatkan Athalia tersenyum malu.
“Elele malu-malu pulak tadi bukan main sedih-sedih. Ada jugak yang kena pukul kang.”
Bahu Athalia dicuit-cuit. “ Tch diam ah. Dah jom turun”
Bakal pengantin itu bangun dari duduk kemudian membetulkan baju kebaya putih yang dipakainya. Mukanya diperhatikan buat kali terakhir. Selepas dirasakan sempurna baru dia bergerak ke arah pintu.
“Eh menta la, mu deqhaih deqhaih nok gi mano? Abe mu dok lari aih.” Ujar Nik Najihah sambil kakinya mengejar langkah Athalia. Dua gadis ini berjalan beriringan ke bawah.
___
Pakaian serba putih dipadankan dengan sampin berbenang emas terlihat sempurna bila dipakai oleh Iskandar. Songkok di kepala dibetulkan sedikit. “Handsome dah kan aku? Agak-agak Hamni tengok cair tak?”
Iskandar tanya pada dua sahabatnya yang ada disitu. Nuh dan Aiman. Mereka baru saja pulang dari operasi kemarin.
“Segak dah aih, aku habaq seksiap ni kalau bakal bini hang tengok, dia tak toih dah aih kepala dia kat orang lain. Dia usya hang ja.”
YOU ARE READING
Qays Iskandar: Her Guardian
KurzgeschichtenSLOW UPDATE Qays Iskandar x Hamni Athalia Dek kerana rimas dengan desakan Opah, Athalia meminta Iskandar menjadi teman lelaki upahan untuk tiga bulan. "Asal kau tak cari boyfriend yang real je? Kenapa kena contract?" "Ishh awak ni! Sebab saya tak...