P8 : PROFIL

331 10 0
                                    

"Macam mana kaki kau boleh patah kaki ni Faiz?", tanyaku kepada pelajar Ting 2 itu.

"Saya jatuh tangga Cikgu.Tak perasan lantai licin", Jawabnya kepada soalanku tadi.

Awal pagi tadi aku dikejutkan dengan ketukan pintu yang cukup kuat sehingga membuatku terjaga.Sebaik aku membuka pintu Harris,pelajar Tingkatan 2 memberitahuku bahawa rakannya Faiz telah jatuh tangga dan perlu dihantar ke hospital segera.Faiz kemudiannya dijemput oleh bapanya untuk pulang ke rumah setelah mendapat cuti sakit selama 2 minggu.

Sedang aku berjalan menuju ke bilik warden,aku dapat menghidu bau bilik rokok daripada aras atas.Dengan segera aku pergi memeriksa dan ternyata bau rokok itu datangnya dari stor yang terletak di sebelah tandas.Apabila aku memasuki stor tersebut,sudah tiada sesiapa di dalamnya.Stor itu berbau rokok dengan kuat sekali.

Aku juga memeriksa setiap bilik,manalah tahu jika perokok itu menyembunyikan diri di dalam bilik.
Bagi pelajar yang merokok ini dia telah membuat 2 kesalahan iaitu merokok dan ponteng kelas prep petang.
"Tahulah aku kerjakan kau macam mana bilik dapat kau nanti", bisikku sendiri ketika itu.

"Ruzaidi,bagi aku list budak yang merokok termasuk kawan-kawan kau. Aku nak", Arahku kepadanya ketika dia datang menemuiku selepas aku memanggilnya.

"Baik Cikgu,malam nanti saya akan serahkan." Jawab Ruzaidi.

Seperti yang dijanjikan oleh Ruzaidi petang tadi,aku telah pun menerima senarai nama penghuni asrama yang disyaki merokok.Aku meneliti setiap nama yang diberikan.Nama seperti Fendi dan Nuri berada dalam jangkaanku.Nama penghuni yang lain akan berada di bawah pemantauanku.

Suasana di asrama mula sunyi sepi pada ketika ini.Cuma aku masih mendengar beberapa orang penghuni yang bersembang dengan suara yang perlahan.Aku kemudiannya bangun dan mula pergi ke halaman asrama,
"Korang semua tidur sekarang! Dah pukul berapa ni!", tegurku dengan nada yang keras.

Aku sedang menyemak setiap rekod pelajar Tingkatan 5 ketika ini di dalam bilik guru.Aku memohon kepada kerani sekolah,Pn Maizah untuk memberikanku rekod profil pelajar.
Dalam masa yang sama juga aku memerhati dan meniliti setiap rekod disiplin pelajar.Beberapa nota penting aku catatkan dalam bukuku ketika ini.
--------------------------------------------------------------
Fadly,pelajar Ting 1 tidak masuk ke kelas pada hari ini.Dia memaklumkan kepada Cikgu Amin bahawa dia tidak sihat dan dia diarahkan untuk berehat di surau sahaja sepanjang sesi persekolahan.

Ketika dia merenung di jendela,dia dapat melihat Cikgu Wafi baru keluar dari asrama.Mungkin warden asrama itu baru selepas melakukan pemeriksaan pada bilik asrama.
Bimbang jika masih ada penghuni asrama yang masih menyorok di dalam bilik dan tidak pergi ke sekolah.

Hajat di hatinya untuk memanggil cikgu muda itu,tetapi dia berasa ketakutan.Jelas ada sesuatu yang mencengkam jiwa pelajar berusia 13 tahun itu.Cikgu Wafi terus berjalan menuju ke blok sekolah sehingga hilang dari pandangan matanya.

Pada awal kemasukannya ke sekolah ini,dia sememangnya berasa sangat gembira.Apatah lagi sekolah ini mempunyai pemandangan yang cukup cantik dan menarik.Di sini dapatlah dia bertemu dan berkenalan dengan rakan-rakannya yang lain.Tetapi keseronokan yang dirasainya itu hanya bersifat sementara sahaja.

Loceng sekolah telah pun berbunyi menandakan sesi persekolahan telah pun berakhir.Fadly menuju ke public phone untuk menghubungi ayahnya.

"Ya Fadly,ada apa?" Soal ayahnya sebaik sahaja menjawab panggilan tersebut.

"Ayah,tolong datang sini esok.Fadly dah taknak sekolah kat sini.Fadly nak pindah sekolah", Jawabnya sebak.

GURU 2018Where stories live. Discover now