Suasana sunyi sepi asrama pada malam minggu ini dikejutkan dengan panggilan daripada Cikgu Amin yang mengarahkan agar semua penghuni asrama berkumpul di dataran asrama.
Keadaan yang terlalu riuh itu membuatkan Fendi dan beberapa orang kawannya cemas ketika itu,tetapi tidak apa yang boleh dilakukan mereka kerana Cikgu Wafi sudah pun berada di dalam biliknya dan mengarahkan mereka keluar daripada bilik.Cikgu Amin ketika ini mengarahkan semua penghuni asrama senyap dan dalam keadaan bertenang.Turut bersamanya ketika itu adalah Cikgu Junaidi selaku guru disiplin dan juga Cikgu Azman yang turut sama membantu.
"Semua pelajar berkumpul ikut susunan bilik,ketua bilik kutip kunci locker ahli bilik masing-masing", Arah Cikgu Amin ringkas.
Cikgu Junaidi membuat pemeriksaan pada badan semua penghuni asrama yang sedang berkumpul ketika ini di dataran.Beberapa barang larangan telah dirampas ketika itu antaranya rokok,lighter dan handphone.
Kemudian setiap ketua bilik dipanggil untuk membuka locker setiap ahli bilik mereka dan perkara itu berterusan sehinggalah tamat.Sekali lagi handphone menjadi barang rampasan paling popular pada malam ini.Selain itu juga pihak sekolah dan warden merampas beberapa barangan lain seperti majalah lucah,rokok dan vape.Apa yang paling mengejutkan adalah penemuan wang berjumlah RM1,650 di dalam locker milik Nuri. Wang tersebut juga dirampas untuk disiasat dari mana puncanya.
"Kau ni siallah !!! Jerkah Fendi sambil menendang tubuh Ruzaidi yang telah terkulai di atas lantai.
"Sumpah aku tak tahu ada spot check hari ni Pendi.Aku memang tak tahu", Jawab Ruzaidi yang mengerang kesakitan.
"Kau tau tak aku rugi babi? Barang aku kena rampas,duit kena sebat", Marah Fendi lagi sambil terus menendang tubuh kawannya itu.
--------------------------------------------------------------
Nuri kini sedang di panggil ke pejabat disiplin untuk disoal siasat mengenai penemuan sejumlah wang yang banyak di dalam lockernya.Hatinya cukup berdebar ketika ini,apatah lagi dia akan menemui Cikgu Junaidi."Boleh saya tahu duit tu dari mana dan datang dari siapa?",Soal Cikgu Junaidi memulakan bicara.
"Itu memang duit saya Cikgu." Jawab Nuri.
"Boleh saya tahu kenapa kamu perlu membawa banyak duit sebanyak tu ke asrama?", Soal Cikgu Junaidi lagi.
"Sebab saya plan nak beli handphone Cikgu hari tu.Tapi tak sempat." Jawab Nuri yang terus menipu.
Sebenarnya duit yang dirampas itu merupakan duit pow yang dikutipnya dari semua penghuni di asrama.Pada asalnya mereka mahu menggunakan duit itu untuk berjoli dan berhibur semasa minggu balik wajib nanti.Tetapi hajat mereka mungkin mengalami sedikit kesukaran setelah duit itu di rampas.
Sedang dia menjawab beberapa lagi soalan yang diberikan oleh Cikgu Junaidi,Cikgu Wafi kemudian tiba dan memanggil Cikgu Junaidi sebentar. Kelihatan mereka berdua sedang berbual di luar dengan wajah yang cukup serius.
Sebentar tadi secara diam-diam,Cikgu Wafi masuk ke dalam kelas setiap tingkatan untuk bertanyakan apakah selama ini mereka pernah di "pow" oleh pelajar senior.Pada mulanya ramai yang tidak mahu mengaku kerana takut di apa-apakan.Tetapi selepas Cikgu Wafi memberi jaminan,pelajar yang menjadi mangsa tampil ke hadapan untuk menceritakan perkara sebenar.
"Bagi no telefon mak ayah atau penjaga kau", Arah Cikgu Wafi kepada Nuri.
"Untuk apa cikgu? Saya ada buat apa-apa kesalahan ke?", Soal Nuri sambil memandang wajah wardennya itu.Cikgu Junaidi turut berada di situ.
"Bagitahu aku siapa lagi yang terlibat atau kau kena buang dari asrama hari ni jugak !!", jawab Cikgu Wafi dengan nada yang tegas.
YOU ARE READING
GURU 2018
RomanceAKU MENGANTIKAN CIKGU AMIN SELAKU KETUA WARDEN DI ASRAMA SELEPAS TERJADI BEBERAPA PERKARA YANG TIDAK DIINGINI. JUGA MELIBATKAN PERKENALANKU DENGAN SYAFIQ DAN AKIFF. DIINSPIRASIKAN DARI KISAH BENAR.