P12 : DATARAN ASRAMA

320 10 0
                                    

Aku mula memasuki pejabat warden setelah Cikgu Amin membuat panggilan yang meminta aku datang ke sini.
Semasa aku tiba riak wajah Cikgu Amin seolah tidak menyenangkan.Dia kemudiannya meminta aku duduk.

"Wafi,ada apa-apa yang jadi di asrama ke?", tanya Cikgu Amin kepadaku.

"Rasanya takde apa-apa Cikgu.Kalau ada mesti saya tahu", Balasku pada Cikgu Amin.

"Kalau tak ada apa yang jadi,kenapa ada 15 orang pelajar Ting 1 dan 7 orang pelajar Ting 2 mohon untuk pindah ke sekolah lain?",Soalnya kembali kepadaku.

Sejujurnya aku terkejut apabila mendapat tahu tentang perkara itu.
Apatah lagi jumlah pelajar yang memohon untuk berpindah dari sini begitu ramai.Aku sebenarnya memang tidak tahu alasan untuk mereka pindah, kerana sehingga hari ini aku masih lagi tidak mendapat aduan daripada penghuni di sini.

"Sebenarnya begini Cikgu,sejujurnya saya memang tak tahu apa yang jadi pada penghuni asrama,lagipun saya memang tak dapat terima apa-apa aduan dari mereka.Cumanya saya syak ada penghuni asrama yang sudah berani merokok dekat stor atas tu.Saya dah minta Abg Radzi kunci stor tu tapi tak lama dah kena pecah balik.Saya pun masih mencari sape yang terlibat", Jelasku kepada Cikgu Amin.
--------------------------------------------------------------
Semua penghuni asrama diarahkan berkumpul di dataran asrama selepas minum malam.Apa yang mengejutkan mereka semua adalah arahan itu datang dari Cikgu Wafi.Majoriti pelajar lama di situ sebenarnya agak terkejut apabila arahan tersebut di keluarkan memandangkan mereka tahu Cikgu Wafi bukanlah seorang yang suka menghimpunkan mereka semua.

Syafiq,pelajar Ting 4 pada tahun ini melihat wajah cikgunya itu yang masih lagi menunggu ketibaan pelajar.Jelas terpacar di wajah cikgu muda itu dengan muka kemarahan.Oleh itu semua pelajar yang berhimpun di sini hanya mendiamkan diri sahaja.

Fendi dan kawan-kawannya merupakan kumpulan terakhir yang tiba di sini.Cikgu Wafi memandang wajah mereka dengan tenungan yang tajam.Bahkan semasa mereka duduk,mereka sempat lagi bergurau sesama mereka.
"Kau nak diam ke atau kau nak aku sumbat kasut dalam mulut korang?", tegur Cikgu Wafi kepada mereka.
Selepas itu mereka mula mendiamkan diri.

"Ruzaidi,check semua pelajar ada ke tak?",arah Cikgu Wafi kepada ketua asramanya itu.

"Semua dah ada Cikgu", jawab Ruzaidi selepas dia selesai mengira.

Keadaan di sini sunyi sepi.Kesemua penghuni asrama hanya mendiamkan diri sementara menanti ucapan dari warden mereka itu.Mereka seolah olah takut untuk memandang Cikgu Wafi yang tiba-tiba berwajah bengis pada malam ini.

"Semua dengar sini,anggap ni last warning dari aku.Kepada yang rasa diri tu besar sangat,AWAS!!Aku memerhati.
Aku tak peduli siapa pun kau,jadi pesan aku jangan sampai aku bertindak.
Aku tahu ada antara korang yang merokok kat dalam stor tu waktu malam atau masa aku takde dekat sini.
Baik korang buang je rokok korang dengan benda-benda haram yang lain.
Ruzaidi,jangan lembut sangat.Kau tak payah goyang sebab kau ada AJK.
Kalau AJK kau pun jenis bangsat gak,bagitahu aku senang aku ganti orang lain." Ucap Cikgu Wafi ketika itu.

"Pendi,kau bangun", Arah Cikgu Wafi lagi.Pelajar Tingkatan 5 itu terus bangun apabila mendapat arahan dari wardennya itu.

"Ingat kata-kata aku,aku tak peduli pun siapa kau.Siapa bapak kau.Pesan sekali dekat penjilat kau.Kalau kau rasa kau besar sangat kat sini kau silap", Kata Cikgu Wafi dengan nada yang tegas.

GURU 2018Where stories live. Discover now