P14 : TERCABAR

301 8 0
                                    

"Kau okay tak Pendi? Lain macam je aku tengok kau." Tegur Nuri kepada Fendi.

Mood Fendi sejak akhir-akhir ini tidak berapa baik,apatah lagi beberapa hari yang lalu dia dimalukan oleh Cikgu Wafi di hadapan pelajar yang lain.
Tambahan pula wardennya itu seolah mencabar dirinya di sini.

Apatah lagi semenjak dari masa itu, penghuni asrama terutamanya yang junior seolah tidak mempedulikannya.
Rasa ketakutan mereka pada dirinya dan kawan-kawannya yang lain sudah hilang kerana mereka yakin bahawa Cikgu Wafi akan melindungi mereka.

"Safuan,panggil semua budak berkumpul sekarang !!" Arahnya kepada kawannya itu.

Semua pelajar junior ketika ini dikumpulkan di Dataran Sekolah ketika waktu prep malam.Ramai di antara mereka merungut,apatah lagi kerja latihan yang diberikan oleh guru semasa kelas tadi masih belum selesai.
Fendi dan rakan-rakannya kini berada di hadapan berdiri dan memerhati mereka semua.

"Ni asal semua berkumpul ni? Pergi masuk dalam kelas balik !!" Arah Panjang yang merupakan Timbalan Ketua Pelajar dan Asrama.

Fendi yang ketika itu berdiri melangkah ke arah Panjang dan terus melepaskan satu tumbukan ke wajah rakan setingkatannya itu.Kemudian Safuan dan beberapa kawan yang lain membelasah Panjang sehingga lunyai.

"Korang nampak tu? Kalau betch aku pun aku boleh lunyaikan inikan pulak korang !! Korang jangan ingat Cikgu Wafi ada,korang boleh selamat.Selagi aku ada kat sekolah ni,korang semua kena dengar kata-kata aku.
Disebabkan korang naik kepala 3-4 hari ni,aku nak korang bayar sorang RM10, bagi duit tu kat Nuri.Siapa tak bayar memang aku belasah !!
Satu lagi,sesiapa yang berani mengadu benda ni kat sape-sape terutamanya kat Cikgu Wafi,aku akan pastikan Cikgu Wafi kena pindah dari sini.Dan budak yang mengadu tu takkan selamat.
Ingat pesan aku baik-baik.Faham ?!!"
Jerkah Fendi kepada semua penghuni asrama yang berkumpul ketika ini.
--------------------------------------------------------------
Mesyuarat tertutup antara PIBG dan Sekolah akan dibuat secara tertutup sebentar lagi.Memandangkan Cikgu Amin tidak berasa sihat,dia meminta Cikgu Wafi hadir mewakilinya.Turut serta adalah Puan Pengetua iaitu Cikgu Habibah.

En Borhan selaku Pengerusi PIBG mula mempengerusikan mensyuarat.Dia sudah menjawat jawatan PIBG di sekolah ini hampir 7 tahun.Kebetulan anak ketiga,Affandi Borhan bersekolah di sini dan pada tahun ini dia berada dalam Tingkatan 5.

"Mana Cikgu Amin ya?", tanya En Borhan.

"Cikgu Amin dia tidak sihat.Jadi dia wakilkan Cikgu Wafi yang juga merupakan seorang warden untuk hadir ke mensyuarat pada hari ini", Jelas Cikgu Habibah.

"Patutlah saya tak pernah jumpa.Cikgu baru rupanya.Begini Cikgu,saya ada dengar rungutan tentang Jawatan Kuasa Asrama tidak berfungsi seperti yang diharapkan.Boleh cikgu fikirkan tentang pengganti?", tanya En Borhan kepada Cikgu Wafi.

"Rungutan dari siapa? Pelik betul saya yang duduk dalam asrama dengan pelajar tak dengar pulak.Tuan yang duk luar pulak boleh dengar." Kataku lagi. Cikgu Junaidi yang hadir seolah menahan ketawanya ketika ini.

"Begini cikgu.Jawatan Kuasa Sekolah dan Asrama adalah orang yang sama. Saya cadangkan biarlah asrama tu terdiri dari pelajar lain." Kata En Borhan lagi.

"Saya minta maaflah tentang benda ni. Lagipun urusan pemilihan Jawatan Kuasa ni bukan saya yang buat.
Keputusan ni diputuskan oleh Cikgu Amin bersama pihak pengurusan sekolah.Mungkin pada tahun depan kita boleh pertimbangkan apa yang tuan cadangkan ni", Jelasku lagi.

GURU 2018Where stories live. Discover now