P22 : RUSUHAN

302 8 1
                                    

Pergelutan di antara 2 orang pelajar Ting 4 dan 2 orang pelajar Ting 5 itu berlangsung dengan hebat.Kedengaran bunyi jeritan dan dentuman dari bilik tersebut.Pelajar-pelajar yang lain hanya menyaksikan sahaja pertarungan tersebut dari luar.

Syafiq berjaya mencedarakan buku lali Harris sekaligus membuatkan lawannya itu seperti sukar untuk bergerak.Dia mengambil kesempatan itu dengan melepaskan rembatan yang bertubi tubi ke arah paha Harris di akhiri dengan satu tumbukan yang kuat ke perut seniornya itu.Akhirnya Harris tumpas dan jatuh di atas lantai.

Akiff pula sedang berhadapan dengan pertarungan dengan Fendi ketika ini. Hidung dan mulutnya mula kelihatan lebam dan berdarah akibat terkena libasan kayu dari Fendi.Meskipun begitu dia masih tidak mahu mengalah.
Dia mengeluarkan semua ilmu mempertahankan diri dari kelas taekwando yang pernah di hadirinya.
Rembatan kakinya yang tepat mengenai Fendi membuatkan pelajar Tingkatan 5 itu terus tersungkur di atas lantai.

"Kau okay tak Akiff?", tanya Syafiq kepada Akiff yang ketika itu menahan rasa pening di kepala akibat darah yang terlalu banyak keluar.

Syafiq mula memapah keluar Akiff dari bilik tersebut sambil dibantu oleh penghuni asrama yang lain.Tanpa dia sedari,Fendi mula bangun kembali dan mengambil kayu untuk menyerang Syafiq dan Akiff dari arah belakang.

"Serang !!!!", Jerit Tasnim dan Kunchai sambil diikuti penghuni asrama yang lain.Tindakan tersebut nyata mengejutkan Fendi yang tidak menyangka akan diserang dengan begitu ramai sekali oleh juniornya.
Fendi dan Harris bukan sahaja dipukul, malah turut dipijak oleh penghuni asrama yang lain.

Pengawal keselamatan telah pun tiba bersama sepasukan anggota polis.
Ketika mereka naik ke aras 2,mereka terserempak dengan Akiff yang cedera teruk itu sambil dipapah oleh Syafiq.
Anggota polis yang lain pula menyuraikan pergaduhan yang terjadi di dalam bilik Nuri.

Fendi dan Harris kemudiannya terus dikejarkan ke hospital akibat kecederaan yang parah.Safuan dan Akiff dari awal lagi telah dikejarkan ke sana.Cikgu Wafi yang tiba 15 minit kemudian mengarahkan kesemua penghuni asrama berkumpul dan tidur di dalam surau ketika ini.Tiada seorang pun pelajar yang dibenarkan kembali ke asrama buat sementara waktu.
--------------------------------------------------------------
Aku melihat keadaan Safuan dan Khairi yang kritikal ketika ini.Mereka berdua mengalami pendarahan yang teruk di bahagian kepala.Akiff pula hanya dirawat di zon kuning sahaja bersama Syafiq dan juga Nuri.Nasib Fendi dengan Harris aku tidak pasti,cuma apa yang aku tahu keadaan mereka juga membimbangkan selepas dipukul beramai-ramai.

Cikgu Amin dan Cikgu Habibah kini sedang berbincang dengan pegawai polis yang terlibat.Seperti ada sesuatu yang berat berada di bahu Cikgu Habibah ketika ini.Dia seolah tertunduk malu apabila aku memandangnya, mungkin dia menyesal kerana tidak menurut cadanganku membuang Fendi dan Harris dari asrama ini.

Keluarga pelajar yang terlibat telah dimaklumkan dan mungkin mereka dalam perjalanan ke sini.En Borhan antara yang terawal tiba,dia dan isterinya menangis apabila diberitahu keadaan terkini Fendi.Aku ada nampak dia berbual dengan Cikgu Habibah tadi dengan wajah yang tegang,aku tidak pasti apa yang mereka bualkan kerana aku sudah malas untuk mengambil tahu.Bagiku ketika ini nasi telahpun menjadi bubur.

Aku menghampiri Syafiq dan Akiff dan memesan kepada mereka supaya tidak berfikir dan bimbang tentang perkara yang terjadi.Dalam masa yang sama juga aku memberitahu mereka yang aku perlu pulang kembali ke asrama kena ada perkara mustahak yang perlu aku uruskan.Dalam masa yang sama aku mendoakan agar mereka berdua lekas sembuh dan dapat kembali ke asrama secepat mungkin.

GURU 2018Where stories live. Discover now